hai assalammualaikum..


ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh, 51, menyifatkan tindakan Sharnaaz itu seolah-olah mengenepikan dirinya dan isteri sebagai ibu dan bapa kepada Shila.Sharnaaz sebelum ini dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang dia akan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi terbabit.

"Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.

"Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya," kata bekas penyanyi tradisional itu dengan tegas.

 tindakan pelakon itu mengakui Shila bakal isterinya sangat memalukan kerana dia tidak pernah mengadakan perbincangan bersama keluarga Sharnaaz mengenai perkahwinan itu.

"Sharnaaz mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu," kata ND Lala lagi.

"Saya tidak pernah lagi berbincang dengan keluarga Sharnaaz atau menyentuh apa-apa perkara berkaitan pertunangan atau perkahwinan kerana saya mahu Shila memberi fokus utama kepada kariernya terlebih dahulu.

"Pesanan saya pada Sharnaaz, ibu bapa Shila masih hidup dan kita ada adat dan agama, jadi jangan nak memandai-mandai.

"Kenyataan Sharnaaz itu telah menyebabkan saya dihujani pelbagai soalan oleh rakan dan peminat. Mulanya saya mengambil sikap mendiamkan diri tetapi kemudiannya banyak pula kenyataan liar dikeluarkan media dan Internet.

"Sikap keterlaluan dia itu benar-benar telah menjejaskan nama baik keluarga saya dan perjalanan seni Shila. Tolonglah jangan biadap, hormati kami sebagai ibu bapanya. Perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main," tambah ND Lala lagi.

ND Lala bagaimanapun tidak menolak jika jodoh memang ada antara Shila dan Sharnaaz, tetapi menegaskan belum sampai waktu untuk anaknya berumahtangga.



dunia artis macam ini la..kalo nak amik anak orang..amik la hati kedua ibu bapanyer dulu..bukan abaikan..bila sseorang itu berkahwin..bukan dengan bininya sahaja..malah berkahwin dengan seluruh keluarga..
hai assalammualaikum..



Penyanyi Ning Baizura selamat melahirkan seorang bayi lelaki kira-kira jam 3.06 pagi tadi di sebuah hospital di ibu negara. Aylwin turut memberitahu kehadiran orang baru itu lebih bermakna apabila Ning, 37, melahirkan bayi tersebut pada hari ulang tahun perkahwinannya yang kelima.Ning dan suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 37 berkahwin pada 31 Januari 2008.

Tahniah kepada Ning Baizura dan suami.. semoga baby tu menjadi anak yang soleh..mendapat didikan agama yang secukupnyer..amin

FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA EPISODE 5

in , by Nadia Johari, 00:42:00
hai assalammualaikum



oppss sory terlewat buat entry pasal FEAR FACTOR SELEBRITI ni..line internet pun lembap..tapi xpe..ni pun berusaha sabar..hahaa..dalam episode 5 ini, hanya tinggal 11 kumpulan yang akan beraksi selepas jehan dan dr faiz tersingkir minggu lepas.episode 5 kali ini akan mencabar peserta untuk lebih berani dengan aksi yang lebih mencabar..siapakah yang akan mendapat imuniti??..siapakah dapat RM10 000..



cabaran pertama kali ini menguji kegayatan peserta terhadap ketinggian.. peserta akan dinaikkan setinggi 50 kaki..tengok bawah mesti menggeletar..dalam cabaran ini peserta perlu mengambil bendera dari hujung dan berpatah balik untuk meletakkan bendera di tempat permulaan..setiap pasangan akan diikat tali dipinggag dan mereka perlu membuat strategi bagaimana nak membantu setiap pasangan mengambil bendera dan meletakkan bendera supaya tidak jatuh dan pasngan tidak boleh melebihi zon yang telah ditetapkan..maksudnya, kawan dalm kumpulan perlu berada ditengah2 supaya kawannya lagi sorang boleh mencapai bendera dan berpatah balik beri kepada kawan lagi satu tadi untuk meletakkan bendera..itula gunanyer tali yang diikat di pinggang mereka...amatla susah weeii..dengan anginnya yang kuat..

semasa group Atu dan Azri melakukan aksi..Azri tidak berapa yakin dan terasa gayat..x tau apa yang menganggu fikiran dia sehingga atu berasa kecewa dan melepaskan tali di pinggangnyer dan terjun tanpa melakukan aksi..group Zawen dan Is juga tidak dapat melakukan aksi ini kerana bahu Zawen yang cedera disebabkan aksi minggu lepas..siapakah yang mendapat imuniti? Akim dan Farish yang mendapat imuniti dan mereka meggunakan imuniti itu untuk tidak mengambil risiko..


cabaran kedua pula..sorang akan berada dalam kotak ..dan kotak akan ditenggelamkan dengan perlahan-lahan dan seorang lagi akan pegi ke boyan untuk mengambil kunci dan berusaha membuka mangga untuk menyelamatkan kawannya di dalam kotak itu..dan sekiranya mereka berjaya membuka..kawannya yang berada di dalam kotak akan pergi membunyikan lonceng bagi menamatkan masa..sape tau berenang okla..dan perlu tahan nafas secukupnya..susah gak cabaran ini sebab perlu memilih kunci yang betul untuk membuka ketiga-tiga kunci..group Zawen dan Is terpaksa tarik diri dalam melakukan cabaran ini disebabkan masalah serius bahunya

Dengan masa 1 minit 17 saat, pasangan Johan dan Kaka memenangi RM10k minggu ini! Tahniah! dan tiada penyingkiran disebakan Zawin dan Is sudah menarik diri..









hai assalammualaikum



kite perlulah sentiasa merenung setiap perkara yang kita lakukan.. supaya kita sedar akan kelemahan kite sebagai hambaNya dan sentiasa mendekatkan diri kepadaNya..

1) Pabila kite tengok keindahan alam kita pasti akan merenung dan berfikir bagaimana tumbuh-tumbuhan ini boleh terjadi..dan mase itu kita akan teringat kepadaNya..Allah yang mencipta manusia..mencipta haiwan..mencipta tumbuh-tumbuhan.. mencipta langit dan matahari..Subhanallah..kekuasaan Allah..tiada sapa mampu menandinginya..

2) Dalam pada kite sedang menikmati hidangan..kita renunglah..dari mana datangnya reziki kita..memang setiap manusia akan berfikir..ia datang dari hasil usaha kita..namun..setiap reziki dan nikmat yang diberikan adalah daripada Allah..Jangan ada di dalam hati kita perasaan sentiasa tidak cukup, kerana kalau kita rasa macam tu, apa-apa saja pun tidak akan cukup. Allah memerhatikan kita setiap masa..dan bila2 masa juga Allah boleh menarik nikmat itu sekiranya manusia tamak dan alpa...sekiranya kita mendapat nikmat yang banyak..ucapkan la syukur alhamdulillah..Begitu juga dengan nikmat yang ada pada tubuh badan kita. Mata; Allah kurniakan kepada kita untuk melihat dunia dan ciptaan-ciptaanNya..

3) Sudah tertulis di dalam  Al-Quran dan hadis memberitahu kenikmatan yang dirasai di dalam syurga kepada orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh. Apabila kita bandingkan dunia dan syurga apalah sangat yang ada di dunia ini berbanding dengan syurga. Syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan yang tidak terbayangkan seperti buah-buahan, susu, arak (hanya halal diminum disyurga, di dunia tetap haram), batu permata, emas, dan sebagainya .. Tak rasa macam nak masuk syurga ke?..sentiasa motivasi diri untuk tidak lupa tentang kebesaran Allah dan alpa tentang duniawi.

4)  Selain syurga di dalam Al-Quran juga ada banyak menyebut tentang azab-azab seksaan Allah kepada orang yang melampaui batas dan melanggar perintah-perintah Allah. Nauzubillah... Allah membayangkan api yang ada di dunia ini hanyalah sebesar biji sawi yang dipotong-potong halus, dan hanya sebutiran potongan itu sajalah kepanasan api dunia. Kita renungkan, kalau api yang ada di dunia ini sudah cukup kuat untuk membakar kayu api ataupun sebuah kawasan di bumi, apatah lagi neraka yang besarnya berganda-ganda,
 Biarpun kita ini merupakan seorang hamba yang banyak berdosa kepada Tuhannya, jangan lupa kurniaan Allah yang tertinggi iaitu keampunan. 


5)  Kita manusia, sering alpa, dan banyak pula berdosa. Terlajak tidur atau tertidur awal kerana kecuaian dan kelalaian kita sehingga tidak dapat menunaikan solat pada waktu yang sepatutnya. Kemudian, kita sering melakukan perbuatan-perbuatan dosa yang dianggap kecil dan remeh temeh, padahal sepatutnya kita menanamkan di dalam diri kita, bahawa jangan kita pandang kecil perbuatan dosa. Biarkanlah diri berasa bersalah dengan kecuaian-kecuaian kita supaya mudah kita beristighfar kepadaNya, dan terdetik di hati kita untuk mengubah diri menjadi ke arah yang lebih baik daripada semalam.

KITA IBARAT PINGGAN

in , , by Nadia Johari, 13:47:00
hai assalammualaikum..

lama dah nad x wat entry..dah 2 hari dah..hahaa...bukan malas..tapi ade masalah kesihatan..hari isnin aritu nad skit dada..susah nak bernafas..so x dpt blogwalking dan wat entry..alhamdulillah..sesak nafas ni dah kurang..pastu semalam nad buka blog hanya blogwalking dan follow blogger lain..semalam nad blogwalking ramai blogger yang gune domain.my tukar kepada .com dan blogspot..so lehla buka blo diaorng.. dan semalam dalam kul 3. 30 pagi..blog yang gune domain .my dah leh buka erk..semlm try buka blog paly..tgk2..eh leh buka la..tapi x tau yang lain..nant nak terjah ok..

Allah Maha Berkuasa..bila2 saje die leh amik nyawa kita..sebgai hambanya yang lemah..kita sentiasalah mengingatinya walau dimana sahaja berada..


Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..
hai assalammualaikum..

korang ingat x..seorang perempuan comel yang penah dilamar seorang lelaki..dan mendapat restu daripada kedua ibu bapa..perempuan comel yang masih muda..menerima lamaran itu dan lamaran itu telah divideokan untuk mengucapkan die terima lamaran itu kepada si lelaki..cute seh tgk video tu..nad penh letak kat facebook..korang lupe..meh nad bagi tunjuk..=)


dah ingat seleps tengok video..alhamdulillah..DENA BAHRIN selamat melahirkan anak sulungnyer..nak baca lebih lanjut.. TEKAN SINI..dena ni pun rajin wat tutorial pasal tudung..=)..sweet je kan..

BLOG.MY ade problem

in , by Nadia Johari, 02:57:00
hai assalamualaikum..

oo tadi tengah blogwalking..then buka blog yang domain die.my..macam PAPA BLOGGER DAN BLOG PALY..tapi mslhnyer die tulis server not found..ingatkan internet nad yang nazak lagi..dah refresh banyak kali pun xleh buka blog tu..kenape erk..nad ni selalu blogwalking blog diaorng..aisyehh x dp la baca crite sensasi diaorng.....xpela..tgk sok macam mana..


Segmen : I Follow You,,You Follow I '

in , by Nadia Johari, 04:16:00
hai assalammualaikum..

jom join segmen ni.. kwn model nad dah tag nad..hehe..aimi..oh aimi..nak menmbahkan kenalan..jom2..klik la banner


jumlah follower: 239

mangasa terhormat

SEGMEN KHAS : ISLAM ITU INDAH

in , by Nadia Johari, 04:03:00
hai assalammualaikum..

nad nak join segme yang dibuat oleh budak nama Apit ni..segmen yang sangat berguna kerana dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita dan sentiasa beringat tentang perkara wajib yang perlu dilakukan oleh umat Islam..segmen ni dibuat semasa Maulidur Rasul..dan segmen ni tiada penutup....so korang leh join sampai biler2..nak join KLIK je banner ok..nad join lewat sebb line nad mse tu dah nazak..sampai sekrng nazak jugk tapi gigih nak wat segmen ni..xnk terlepas..apit ade bagi soalan2..so kne jawab ok..


Berikan jawapan soalan-soalan di bawah.

 A. Senaraikan Rukun Islam?

1) MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
2) MENUNAIKAN SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM
3) BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
4) MEMBAYAR ZAKAT
5) MENUNAIKAN HAJI BAGI YANG MAMPU


B. Senaraikan Rukun Iman?

1) BERIMAN KEPADA ALLAH
2) BERIMAN KEPADA MALAIKAT
3) BERIMAN KEPADA KITAB
4) BERIMAN KEPADARASUL
5) BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT
6) BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR


C. Bilakah Al-Quran diturunkan?

Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

Sumber daripada: SINI
Al Quran diturunkan kepada nabi Muhammad dengan tiga cara, yaitu pertama malaikat Jibril turun dalam wujud manusianya dan membacakan ayat-ayat Al Quran kepada nabi Muhammad, kemudian beliau mengikutinya. Kedua, adalah Al Quran turun tanpa perantara malaikat Jibril, sehingga tiba-tiba saja ayat-ayat Al Quran tersebut muncul dalam pikiran nabi Muhammad dan yang ketiga adalah Al Quran turun dengan didahului terdengarnya suara gemerincing lonceng yang sangat kuat. Cara terakhir adalah cara yang dirasa nabi Muhammad sangat berat saat menerima wahyu Allah SWT.
Sumber daripada SINI

D. Berapakah ayat dalam Al-Quran 
 Alquran dulu mempunyai 6666 ayat dan 30 Jus. Tapi sekarang menjadi 6236 ayat

Sumber daripada SINI

E. Berapakah surah-surah dalam Al-Quran 
114 surah 

Sumber daripada SINI

F. Surah apakah yang paling teragung dalam Al-Quran?  

Surah Al-Fatihah..



nad tag semua blogger..jom join sme2..kongsi ilmu sme2..=)

MACAM NI KE AKAN TERJADI..??

in , , , by Nadia Johari, 16:58:00
hai assalammualaikum..

kalo korang nak tau..my jejaka mafia ni seorang photographer..kalo nak tengok hasil kerja die p la tekan kat menu tab tu..keresxtudio..nad baru letak sikit..so kalo ke mana-mana die mesti bawak kamera die..yela..kalo time tu awek die ni a.k.a bakal tunang die ni cantik mse tu..ofkos die akn amik gambar aweknyer x berenti2..hahhaa..xdela..ni pu je..bukn amik gmbr aweknyer je..die akan amik pemndangan yang die nampak lawa..die xkan bawak kamera if mase tu kitaorng tgk wayang..atau memang mase tu die xde hati nak amik gambar..yela..kmera dslr tu berat oooo..die bukan satu lense.tapi macam2 lense..sekali ngan tripod die..haishh..

nad pulak memg suke bergambar..so memg dapatla seorang lelaki yang suka amik gambar..kire ngam la kan..hehee...memang bukan senang nak jadi peneman seorang photographer..yela kalo korang tengah date..tup2 die nampak matahari terbit ke..die tengok ape2 la..mesti die akn fokus dekat bnde tu..dan kau akan rase terabai..hahaa..kadg2 nad rse mcm tu,..tu dulu la..sekrang dah phm..kdg2 syok jugk..yela kdg2 bnde yang kite x pernah tgk..dapat tengok..=)..lagipun kje photographer ni gajinyer leh tahan..hahaa..memandangkan jejaka mafia suke amik gambar..so setiap ape yang kami lakukan ade kenangan..hehe..dan blog ni juga la yang wat citer kami...weee...

if kalo kami berkahwin dan dah de anak..mana plak nak campak ank erk..haha..macm kat bwh ni leh x..hahhaha


Pencuri Pisang diGantung Motorsikalnya

in , by Nadia Johari, 16:29:00
hai assalammualaikum

semalam line nad dah nazak sangat..so mmg dapat blogwalking mn yang sempat je..yela..line kalo dah nazak..tungu loading berjam2..bzir mase kat situ je..sedih kaann..plak tu kne refresh banyak kali..hasishh..germ dengn broadbnd..enter kat laptop jadi mangsa..ni pun x ping lagi entry2 nad..nant tunggu line dah ok..nad ping la..pageview pun semkin menurun..ohh tidakkk..

hehe..mengadu sat kat sini..ni ha nak crite pasl moto si penduri kne gantung..hebat gak orang2 kampung ni..leh plk terpikir nak gantung moto si pencuri ni..hehe..



Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, dua penduduk terserempak dengan suspek sedang mencuri pisang di kebun berkenaan, tetapi dua lelaki itu melepaskan diri meninggalkan pisang serta motosikal mereka.
Penduduk kampung yang berang menggantung motosikal dipercayai milik seorang suspek bersama pisang dicuri pada tiang telefon yang terletak 500 meter dari kebun berkenaan.


hahahha...tu baru moto..kalo dapat orangnyer..alamat tergantung jugala kat pokok yang banyak kerengga..mencuri x sudah2..

SALAM MAULIDUR RASUL

in , , , by Nadia Johari, 13:44:00
hai assalammualaikum..



Nabi Muhammad adalah nabi terakhir..Beliau dipilih Allah sebagai Nabi kerana sifatnyer yang baik hati dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah
hai assalammualaikum..

BUTTERWORTH, (Bernama) - Seorang ahli perniagaan tempatan yang enggan dikenali, hari ini menyumbang RM1.5 juta bagi pembinaan sebuah masjid di Gaza, Palestin.Derma itu disalurkan menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan diterima oleh Pengarah Strategik MAPIM A.Sani Araby. 

"Memang kita selalu mendapat sumbangan tetapi ini kali pertama kita mendapat sumbangan secara peribadi daripada seorang usahawan yang dermawan untuk membina sebuah masjid bernilai RM1.5 juta. 

"Masjid itu akan dibina di tengah-tengah pusat bandar Gaza yang mempunyai ramai penduduk dan siap sepenuhnya Julai ini kerana kita merancang untuk merasmikannya pada awal Ramadan," katanya pada sidang akhbar Program Kayuhan Amal Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) Ride 2013 di sini hari ini.

Beliau berkata kerja pembinaan masjid dua tingkat dan dapat menampung 4,000 jemaah itu dijangka bermula Februari ini.

"Setakat ini masjid itu belum ada nama rasmi tetapi telah disebut sebagai Masjid Melayu berdasarkan ciri-ciri pembinaannya dan didermakan oleh usahawan Melayu dari Malaysia," katanya. 


syukur alhamdulillah..semoga usahawan itu dimurahkan reziki..dan diberkati oleh Allah..In Shaa Allah kalo nad seorang usahawan yang berjaya..nad pun ingin menjadi seperti beliau..duit x leh di bawa bersama apabila kita mati kelak...amalan yang penting

BUKIT CAHAYA SHAH ALAM PART 2

in , , by Nadia Johari, 16:40:00
hai assalammualaikum..

Bukit Cahaya Shah Alam Part 2 - aritu nad ade citer pasl Bukit Cahaya kan..yang Part 1..sekrang nak cerita untuk Part 2 plak..selepas nad ngan jejaka mafia p aritu..kitaorng x puas jalan..sebab x dapat round sume..yela pegi pun dah lewt..nak round sume tempat memng xkan habisla..so kitaorng p ari lain plak..mase kitaorng p ni..best sikit sebab mse ni ramai orang sikit..dengan ade rombongan sekolah..dengan famili masing-masing..so x bosan sangat mcam aritu..


aritu kitaorng decide nak jalan kaki..xpe..exercise itu bagus..hahaa..ko x tau betapa penatnyer berjalan..mse tu plak tghari..mcm matahari ats kepala gak.walaupun banyak pokok..tapi die xde laluan berbumbung ok..sebab nak nikmati keindahan alam ciptaan Allah ini...nak xnak gigihkan kaki..ckap..we can do it..hahaa..bile korang jalan je..jalan jauh la gak..korang xkan sesat sebab die akan bagi map..map die bukan map yang kat gps atau map google..tapi map bergambor..so korang akan pahamla..xkan sesat..kalo sesat..err x taula..so better p reramai..lagi syok..besrnya belimbing tu..xleh makan ok..hahhaa

 
hahaa..muka penat berjalan..berehat sekejap kat bawah pokok..redup sikit..sambil2 tu tunggu jejaka mafia amik gambar..biasalah photographer kalo nampk cantik di mata..pasti berenti dan amik gmbar tu..nad la peneman die..untungla awok dapat awek penyabr mcm ni...kalo x dah lama tinggal kan kat belakang..hahaa..muka je nmpk serius tapi x kisah..wakakkaa..poyo je lbh..


selain umah 4 musim..kat Bukit Cahaya juga ada Empangan..ade banyak empangan..tapi nad dapat amsuk dekat Empangan Air Kuning..ingatkan bile msuk je empangan air yang mcam tembok.upernyer die macam tasik..tenang je..angin pun kuat je mse tu..


ni la suasana dalam empangan tu..kat sini korang boleh memancing..kene bayar kot..x taula..x tanya plak..biasalah..jejaka mafia tengok keindahan alam yang cantik ni..snap sana sini..dan salah satu hasilnyer..gambar ni la..hehee..


kat dalam Bukit Cahaya pun korang leh jumpe macam2 binatang..tapi nad amik gambar dengan kuda je..hahaha..jauh2 sikit takut disondol..wakakaa..ni jele yang mampu nak cerita pasal Bukit Cahaya..sebenarnyer banyak lagi tempat..tapi yang ade gambr ni je..hehe..Bukit Cahaya ni luas..sesuai la nak beriadah..

psstttt..blogger yang dekat ngan nad..jom wat gathering kat cni nak..weee...leh berkelah2..haha..

UPLOAD GAMBAR TANPA PAKAIAN

in , by Nadia Johari, 15:11:00
hai assalammualaikum..

sory..agak seksi gambar..hohoho..telah diedit semula oleh saya ok

Aimi Jones, 21, warga Oxfordshire, England ini berniat untuk menjual gaun skater miliknya yang berwarna kuning melalui Ebay. Ia-pun menggambil gambar gaun itu, yang tergantung di dalam almari pakaiannya.

Namun Aimi tak menyedari, dirinya ikut terfoto bersama dengan gaun itu, dan lebih mengawatkannya lagi, ketika itu ia tidak mengenakan sehelai pakaian pun untuk menutupi bahagian bawah tubuhnya.


haisyeman..mcam mana leh x perasan.. dah x sabar nak jual kat ebay tu sampai x selidik dulu gambar tu..atau takut line tenet putus..kalo nad, 
1) masukkan dalam laptop
2) periksa mana yang x patut ade dalam gambar
3) crop gambar yang x berkenaan
4) edit gambor

kalau yang dalam phone nak trus upload..baik cek elok2..kang jadi mcm ni dah malu..selalu berwaspada ok..

FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA EPISODE 4

in , by Nadia Johari, 21:09:00
hai assalammualaikum..

"buktikan keberanian anda, atasi cabaran zon fear factor"..sape berani..p la kat tempat yang dianjurkan fear factor untuk sahut cabaran..hadiah pun lumayan..Kalau korang tengok minggu lepas ade dua aksi iaitu aksi ular dan aksi kuda..minggu lepas juga mempunyai imuniti iaitu peserta terselamat dari tersingkir..minggu lepas juga peserta yang telah tersingkir ialah Celina Khor dan Arthur Tan akibat daripada kegagalan mereka menghabiskan cabarankuda tersebut..kumpulan pada minggu keempat hanya tingal 12 kumpulan..minggu ke 4 ini mereka perlu melakukan 2 cabaran iaitu melintasi 5 tiang dan satu lagi cabaran ialah berkenaan dengan tanah dan ditemani tikus di dalam kotak..haha..


setiap kumpulan mesti memilih seorang wakil untuk melakukan cabaran mengambil bendera ini..dan peserta harus melintasi 5 tiang tersebut untuk mengambil bendera yang berada di hujung tiang..setiap kumpulan kene berpikir siapa yang berani dan tidak gayat..kerana tiang tu akn bergoyang apabila ditiup angin..aiyakk..dahla tinggi..bergoyang plak tu..berderau jantung wee..setelah semua kumpulan sudah melakukan cabaran ini..3 peserta telah mendapat imuniti kerana kepantasan masa yang dilakukan..kumpulan tersebut ialah Pasukan AjakShiro dan elfira_loy yang terpantas di cabaran pertama..AkimAhmad dan FarishAzizHM dan JohanAsari dan KakaAzraff .Namun begitu Akim dan Farish tidak menggunakan imuniti tersebut dan memberi kepada kumpulan Ezlyn dan Nik..nak sahut cabaran kedua kot2 diaorng dapat RM 10 000 kalo menang cabaran kedua..dapatkah Akim dan Farish RM 10 000 itu..hahhhhhh..jeng jeng jeng..tunggu cabarn kedua..

cabaran kedua..seorang ahli kumpulan akan dimasukkan di dalam kotak dan ditimbus dengan tanah...ooppss bukan masuk sorang2 je tau..ahli dalam kotak akan ditemani beberapa ekor tikus yang ganas..oohh noo..x taula..geli kot..err..manakala pasangannya akan menggali tanah tersebut untuk mengeluarkan pasangannya..cabaran ni menguji ketangkasan mereka menggali tanah dengan cepat..susah gak..pas korek..pastu pintu dengan tenaga yang ada untuk membuka kotak mengeluarkan pasangannya..masa terpantas akan mendapat RM 10 000..nak tau sape yang menang..Pemenang minggu ini... Azri_af9 dan Atu Zero! Tahniah! RM10,000 milik mereka!..kesian akim dengan farish..rugi bagi imuniti tu..tapi xpe..diaorng mencuba..

macam biasa..setiap minggu ade penyingkiran..dan yang tersingkir pada hari itu ialah Jihan dan Dr Faiz..tengok badan sasa..tapi nak wat mcm mana xde reziki diaorng...so jangan pandang sasa tu hebat..ehhee..tahniah kepada mereka kerana melakukan aksi Fear Factor yang mencabar ni..=)



hai assalammualaikum..

aritu nad ade cerita tentang Yuna dengan Jules kat SINI



Jules semakin hari mahu dekatkan dirinya dengan budaya Melayu dan Islam selepas ada fotonya yang mengenakan baju Melayu dan songkok ketika mengunjungi kampung Yuna.

Paling mengejutkan, Jules seperti mahu mendalami ilmu Islam selepas berkogsi gambar buku-buku bacaannya bersama senaskah Al-Quran. Jules memberitahu dalam entrinya itu, dia belum membuka atau mendalami isi Al-Quran itu tetapi dia memberitahu dia pasti akan tiba masanya untuknya mendalami Islam nanti.


dari pikiran nad kalo seseorang non muslim nak memeluk Islam biar kerana Allah dan minat pada agama dan bukannya kerana perempuan atau kerana nak kawin dgn org Islam. Tkaut nanti ade ape2 yang berlaku x diingini mereka kembali kepada ajaran mereka semula..

BUKIT CAHAYA SHAH ALAM PART 1

in , , by Nadia Johari, 17:15:00
hai assalammualaikum

Bukit Cahaya Shah Alam Part 1 - nad pegi Bukit Cahaya ni dah lama..mse tu tengah praktikal..tahun lepas la maknanyer..selalu tempat praktikal nad sabtu ahad cuti..tapi mse tu ari sabtu company nad ade wat program..pastu blik tu suh jejaka mafia amik..nad x tau la die nak bawak nad p Bukit Cahaya sebab sebelum ni nad penah ajak die tapi die bz sesangat..so konon2 nak wat surprise la..haha..seeloknyer pegi Bukit cahaya ni pakai tshirt ngn seluar slack je..sebab tempat die berhutan..so beriadah..berjoging pun leh..tapi emmandangkan mse tu nad bru habis progrm..malas nak tukar..so pegi jele..hehe

Taman Botani Negara Shah Alam yang sebelum ini dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia (Taman Pertanian Malaysia) dan yang pada mulanya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah telah dibangunkan pada 24 April 1986 sebelum ia telah diisytiharkan sebagai Bukit Cahaya Seri Alam Taman Pertanian Malaysia oleh lewat Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Hishamuddin Alam Shah Al-Haj pada tahun 1991..

Terdapat pelbagai tempat kat dalam Bukit Cahaya ni..besar giler..kalo satu hari pun x sempat habis..sesuai untuk beriadah bersama keluarga..Tempat tarikan dalam Bukit Cahaya ni ialah 
1) Taman & Kebun
2) Taman Haiwan
3) Taman Hiasan
4) Taman Iklim Sederhana 4 Musim
5) Taman Rempah Ratus & Pelbagai Minuman
6) Taman Kaktus
7) Taman Buah-buahan Tropika
8) Empangan/Tasik
9) Kampung & Chalet

 Terdapat dua cara untuk jalan-jalan dalam taman Bukit Cahaya iaitu dengan bas ulang-alik atau basikal. Shuttle bus adalah percuma tetapi untuk sewa basikal jam pertama RM 5.00 dan yang berikutnya RM jam 1.00. Bagi mereka yang merancang untuk menaiki basikal untuk lawatan di sekitar taman Botani Negara Shah Alam, sila tiba di sana sebelum 7:45, kerana aktiviti ini adalah sangat panas dan tiada basikal disediakan jika anda lewat.

Bile nad sampai sana..bayar tiket..mula2 pikir gak nak jalan kaki..atau basikal..atau bas..tapi disebabkan lama dah x pegi Bukit Cahaya, nad dengan jejaka mafia cadang anik abs..sebenarnyer naik bas ni x best sebab die berenti tempat2 tertentu je..tapi xpe..sebab kitaorng cadang lain hari p lagi..haha..kalau naik basikal plak, nad kne sorang2 naik..sebab jejaka mafia bawak kamera..tau2 la kje phorographer..so nad xnkla naik sorang2..pas kitaorng naik bas..kitaorng turun dekat Tama Iklim Sederhana 4 Musim..memang tempat tu orang ramai cari..tapi mase nad datang musim bunga daa..ermm..nak jugk tgk musim sejuk..haishh...


muka pun mcm mls nk snyum..hahaa..dalam hati excited nk msuk 4 musim ni..musim bunga pun bunga la..hahaa..dah lama kot x msuk 4 musim ni..dulu pegi Bukit Cahaya mse tingkatan 1 atau 2 kot..hohoho


hahaha..sebenrnyer tempat 4 musim ni bertutup..sejuk plak tu..payung tu memang wajib bawak..sebab cuaca sangat panas kat Bukit Cahaya tu..


background mse musim bunga..lagi cantik kalo tengok real..berwrna wrni yowww..


pas pegi 4 musim..kitaorng decide jalan kaki..nak tengok suasana Bukit Cahaya ni..pergh memang penat dowh jalan kaki ni..haha..tapi bagus gak exercise..dahla aq pakai formal sangat baju..haha..nasib bawak payung..kalo x kehitaman aq disebabkan cahay matahari yang begitu terik..macam2 ade upernyer kat Bukit Cahaya ni..


tengokla kehijauan Bukit Cahaya..dipenuhi pokok2 yang hijau dan damai..


muka dh penat..penat berjalan..tapi enjoy..hahahha..banyak lagi tempat sebenrnyer..ni baru part1..tunggu part 2 plak ye..=)..
hai assalammualaikum


Siapakah Julian Schratter ? Adakah dia pakwa baru Yuna..adakah dia pengganti Qi razali. Gosip ini mula tersebar apabila ramai mata telah menyaksikan kemesraanmereka berdua khsusunya di laman sosial Instagram mereka. Yuna yang mengakui masih single itu berkata bahawa Julian adalah merupakan jurugambar merangkap temannya dari Amerika Syarikat. Pada sekitar November tahun lalu, Julian telah menjadi perhatian setelah dilihat sering bersama Yuna ketika sebulan penyanyi itu pulang ke Malaysia.

"Dia kawan saya. Pada November lepas dia mengikut saya ke Malaysia selepas dia memberitahu teringin untuk melawat Malaysia. Dia tiada kenalan disini, saya pun mengajaknya ke Malaysia ketika saya balik untuk menjayakan beberapa konsert seperti Urbanscape dan siri jelajah konsert saya.

"Secara tak langsung dia boleh ambil gambar dan tengok bagaimana perkembangan peminat muzik di Malaysia. Saya pun boleh dapat gambar nanti. Sepanjang di Malaysia, Julian nampak seronok dan enjoy ikut saya pergi show dan majlis macam sekarang ni.

"Kemesraan yang diihat umum itu mungkin kerana kami bersama setiap hari. Disebabkan itu, apa yang boleh saya cakap, Julian adalah kawan saya. Kalau jodoh tak tahulah. Saya pun single, so macam tulah!,"ujarnya berseloroh ketika diminta mengulas mengenai kemesraan diantaranya 
dan jurugambar, Julian Shratter.

 Dalam pada itu, Yuna tidak menolak kemungkinan jika dia bertemu jodoh dengan jejaka bukan Melayu. Bagi Yuna, Islam itu sebuah agama yang indah dan mudah untuk dipelajari. Yuna malah ibubapanya tidak menilai seseorang itu daripada asal usul seseorang itu.


dah kalo jodoh Yuna..kita doakan die bahagia..=) ..nad suke dgn kaat2 Yuna berkenaan Islam..

"Bagi saya kita manusia semua sama manakala Islam itu sebuah agama yang indah dan mudah untuk dipelajari bagi mereka yang benar-benar ingin mempelajari. Semua orang boleh belajar dan mendalami agama Islam.

"Saya tidak menilai atau menjadikan agama dan bangsa sebagai kayu pengukur kepada peribadi seseorang itu. Begitu juga dengan ibu bapa saya. Kami tidak melihat orang daripada agama mahupun bangsa,"jawab Yuna.

NENEK BOHSIA BERTUKAR PASANGAN

in , by Nadia Johari, 03:29:00
hai assalammualaikum

Tidak padan dengan usia sudah lebih separuh abad, seorang janda berstatus nenek kerap bertukar pasangan, membawa teman lelakinya pulang ke rumah di flat Larkin di sini.
Malah, anak sulungnya, wanita berusia awal 30-an, dipercayai bersekedudukan dengan teman lelaki hingga melahirkan seorang anak berusia dua tahun manakala anak keempatnya, juga wanita berusia awal 20-an, melarikan diri dari rumah itu selepas mengandung anak luar nikah.
Dua anak lelakinya, iaitu anak kedua dan ketiga yang sudah berkahwin serta tinggal bersamanya, hanya mampu menasihatkan ibu, kakak serta adik perempuan mereka.

sumber..mymeTro
hailah nenek..kubur kata mari..rumah kata pergi..bertaubatlah wahai nenek.. nasiblah anak lelakinyer x terjebak..kalau x..x taula nak cakap ape..

TRAGEDI KEJUT SOLAT

in , by Nadia Johari, 02:32:00
hai assalammualaikum


ternampak dekat facebook..Apa pandangan anda dengan tragedi yang berlaku ini?. Salahkah isteri mengejutkan suami untuk bersolat. Kenapa manusia akhir zaman ada yang berperilaku sedemikian rupa? 
tak sangka lah ada suami yang tergamak melakukan sampai macam tu sekali terhadap isteri yang selama ini menjadi teman setianya.. Apalah dosa si isteri sampai diperlakukan demikian rupa… Hanya kerana kejutkan solat Subuh? Hanya kerana melakukan perbuatan yang sangat mulia?? Bersyukurlah anda kerana mempunyai isteri yang solehah seperti itu.

sesetengah lelaki memang susah nak dikejutkan bangun subuh..bukan setakat lelaki perempuan pun ade..tapi agk2 la..xkn kejut bende baik nak smpai belasah dan tikam..sepatutnya menjadi tanggungjawab suami untuk membimbing si isteri ke jalanNya… sepatutnya menjadi tanggungjawab suami untuk ajar si isteri supaya jangan meninggalkan solat malah ajak si isteri solat berjemaah bersama-sama anda..

menjadi isteri memang bukan mudah.. kalau tak kena pada tempat.. memang buruk padahnya kan? Diingatkan buat kaum isteri juga.. kalau nak kejut suami bangun subuh.. kejut dengan penuh kelembutan.. bukan dengan kemarahan yang mungkin akan mendatangkan kemarahan juga… nak tegur suami.. tegur secara berhemah… Jangan sampai kredibiliti beliau sebagai suami tercabar…

trase x sbr nak kawin sebb nak kejut suami bangun subuh..nak berjemaah same2..tapi kalu die naik angin...nad kirus air panas je..hahaa.xdela..gurau..

MAHARAJALAWAK MEGA-REZIKI JOZAN

in , by Nadia Johari, 02:07:00
hai assalammualaikum..

baru nampak nad post kaannn..mana hilang selama ni..x hilang mana..semalam nak blogwalking..tbe2..jejaka mafia tepon mintak teman die p makan dekat setia alam je..sebb die p jumpe customer kat shah alam..dapat payment..hoho..so alang2 jumpe kekasih hati die ni..nak belanja..haha..pe lagi keluarla..pastu p umah die plak..amik moly..spe moly?..moly si kucing bulu tebal..haha..mak jejaka mafia nak buang kucing tu..tapi nad x bagi..so nad amik bwk balik..sampai umh nad kul 10 malam..masuk umh trus tengok tv astro..MAHARAJALAWAK AKHIR kau..xleh ketinggalan..walaupun tau die ade siaran ulangan..tapi xmo tengok ulangan..haha..dan harini rse pent sgt..sebb tu malam bru on9..habis dh blogwalking..haha

keputusannya korang mesti dah tau kann..spe yang menang..nad je lambat update..haha..sebelum tu nak ucapkan tahniah kepada semua pemenang..kira malam ni semua pemenang sebab semua kumpulan dapat duit..dari nombor lima hingga ke juara..haha..kire xde yang kalah..perbezaannyer cume jumlah wang sahaja..hehe..untungla weii..malam tu MAHARAJALAWAK MEGA AKHIR dibuat di JOHOR..tema malam tu ialah bebas dan muzikal..semuanyer best..semuanyer tiptop..malam tu 5 kumpulan berentap..JOZAN..JAMBU..SHIRO..BOBOI..DAN SAYWHO..ikut tururtan pemenang..hehe..sebelum ni maharajalawak mega SEPAH DAN OSBON menang..tahun ni..

TEMPAT PERTAMA
JOZAN
RM 500 000 BESERTA TROFI

 memang nad jangka johan akan datang..hehe..walupun kaki masih sakit da jalan terhencut-hencut..johan xnaka menghampakan peminat dan zizan..malam tu bagi nad yang sketsa bebas diaorng best..konsep ustaz azhar dan awie..

TEMPAT KEDUA
JAMBU
RM 250 000 BESERTA TROFI

 jambu..kalo kita tau..mmg lawak spontan..cakap mcm x ikut idea yang diaorng dah berlatih..macam ayat sndiri yang keluar..haha..yus x hbis dengan suara lantang die..nasb baik tokeh leh control yus..hahaa..mse muzikal..terbaik..seksi si tokeh tau..haha..

TEMPAT KETIGA 
SHIRO
RM 150 000 BESERTA TROFI

 mse gaya bebas..watak nasir bilal khan memang menjadi..haha..dan yang paling kelkar time muzikal..sampai tergoyang-goyang perut tu hah..haha..romantik kau..sepasg suami isteri yang mengeluarkn ayat2 cinta..

TEMPAT KEEMPAT
BOBOI
RM 50 000 BERSRTA TROFI 

 boboi memang kalkr pada malam itu..kisah kaka2 hang li po..hang li we degan hang li nge..sebab ape..sebb haru tua..dan nabil telinga die capang..haha..yang muzikal..pasl nak cr pengganti yuna..hahaa..nabil jadi ning baizura..mantop kau..

TEMPAT KELIMA
SAYWHO
RM 15 000 BESERTA TROFI

saywho adegan dalam klinik..yang xleh blah mase yang pakai spek tu cakap kat bocil.".badan kecil tapi nafsu besr"..haahah..mse muzikal kurang paham sikit..hehe..

ingatkan ade la keajaiban malam tu JAMBU menang..tapi x gak..hehe..xpe..reziki JOZAN..tahniah kepada semua..duit pun masyukk..

Segmen " Saya Nak Doodle By Zakie11"

in , by Nadia Johari, 20:58:00
hai assalamualaikum..

bile si model yang cun iaitu aimi dah tag nad..so nad pun join..hehe..lama dah x join segmen banyak2 ni..hahaa..sebenrnyer nak wat entry sat lagi..tgh duk pikiaq ni..hahaa..ok jom kite strt..one...two..go..


NAMA : NADIA
WARNA : BIRU

mangsa terhormat

"Awesome Photo Contest by Shadhira"

in , by Nadia Johari, 01:44:00
hai assalammualaikum..


disebabkan nad dah ditag oleh kawn blogger nad yang comel iaitu didiey..dan nad pun xde watpe malam ni..so nad nak join cntest ni..tibe2 teringatkan kawn2 nad mse study kat kedah..masing2 dah buzy..hehe..ok dhira nad dah follow blog and like fanpage dhira. Nanti senang nad nak tau dhira update pasl contest ni..sory dhira nad x follow twitter dhira sebab nad xde twitter..hehe..

FRIENDSHIP FOREVER..SAYA SAYANG KAWAN SAYA..
kalo korang nad tau nad kat UUM kurang rapat dengan lelaki..haha..sebab nad ni pemalu..hahhaa..bukan xde kwn lelaki..ade..cume x rapat sangat..ni la kawan2 nad kat UUM yang paling ohsem..semua perempuan..kami semua tinggal di DPP yang sama..DPP tu dewan penginapan pelajar..kami semua amik kos yang sama..iaitu kos keushawanan...cantik2 kan semua kawn2 nad..hehee..ade yang single dan ade yang dah berpunya..like me..hehee..gambar ni di ambil mse kitaorng last sem..amik gambar banyak2 tuk kenangan..semua datang dari negeri jauh2..ade johor..ade pahang..ade kelantan..ade perak..ade kedah..ade sabah..ade terengganu..dan selangor..nad la tu..hahaa..bile de mase kami akn berunion..wee sonok...=)

mangsa terhormat

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih

in , by Nadia Johari, 00:34:00
hai assalamualaikum..


Segmen Top Up by  Blogger Emas Putih.

jom reramai join segemn yang dibuat blogger emas putih..pemiliknyer ialah Uzu..korang mesti kenal kan..femes gak blog ni..=)..so die bebrbesar hati nak bagi topup..sape2 yang lum jd kawan die..jom la join..kalo korang nak join tekan banner ok..=)


Hadiah
Top Up RM5x10 blogger yang bertuah
(Jika melebihi 200 peserta, topup akan bertambah kepada 20 X RM5Top Up)
tarikh tamat pada 30 Januari


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2