PERCY OF JACKSON : SEA OF MONSTER

in , , by Nadia Johari, 00:34:00
hai assalammualaikum

selepas kami pergi open house member  kami berdua plan nak tengok wayang..sepanjang kami berkapel dan sekarang dah menjadi tunang, ni baru ketiga kitaorang pergi tengok wayang..hahaha..masa tu sangat terhad, yela tunang adalah photographer..kejenyer tidak menentu..keje dia bukan office hour..keje dia 24 jam..so nak taknak kene la tunggu dia free..sebelum ni keluar pun sebab nak lebihkan masa bersama..almaklumla..jarang berjumpa..dah berjumpa mesti nak berborak panjang..takpelah nanti dah kawin leh la tengok wayang setiap minggu..midnight lagi..haha..



ok hari sabtu aritu kitaorang pergi tengok wayang dekat One Utama..cerita nad nak sangat tengok cerita omputih ni PERCY OF JACKSON : SEA OF MONSTER..kami pilih 3D punyer..yela bukan selalu tengok wayang..sekali tengok mesti nak amik yang mahal..haha..duit jejaka mafia jugak..wakakka..bila tengok semua benda macam terkeluar..sikit-sikit nak elak..



cerita ini mengisahkan tentang Percy, Annabeth, Grover dan Thalia merupakan anak dewa dan sewaktu mereka kecil mereka melarikan diri ke Camp Half-blood. Camp Half-Blood merupakan tempat untuk anak-anak dewa. Pada waktu itu mereka dikejar oleh Cyclops (gergasi mata satu). Pada masa itu Thalia cuba melawan untuk menyelamatkan kawan-kawannya, namun Thalia tewas dan mati. Tetapi Thalia telah bertukar menjadi pokok dan sebagai pendinding yang memberikan perlindungan kepada Camp Half-Blood supaya tiada anasir jahat yang mapu masuk ke dalam Camp tersebut.

Setelah kesemuanyer dewasa, seorang anak dewa bernama Luke telah menyerang dan membawa masuk kerbau yang berapi dan dinding itu telah pecah. Annabeth telah mendapat idea bagaimana hendak memulihkan semula pokok Thalia. Mereka perlu mencari Golden Fleece ( bulu kambing emas) yang dapat menyelamatkan pokok Thalia yang telah diracun.

 Pada masa itu, Tyson mengaku dia merupakan adik tiri kepada Percy. Tyson merupakan kaum Cyclops kerana dia bermata satu. Annabeth tidak menyukai Tyson kerena kaum Tyson iaitu Cyclops yang menyebabkan Thalia mati. Namun Tyson lain daripada yang lain, dia seorang yang baik dan tidak seperti Cyclops yang lain.

Clarisse telah dipilih untuk mencari Golden Fleece. Clarisse merupakan pesaing Percy, dia tidak suka kepada Percy. Dia berasa sungguh gembira apabila terpilih mencari bulu kambing emas itu. Namun Percy dan kawan-kawanyer termasuk adik tirinyer Tyson menyelinap keluar secara senyap-senyap untuk pergi mencari Golden Fleece itu kerana Percy telah mendapat tahu mengenai takdirnya. Perjalanan mereka membawa mereka ke laut berbahaya belum diterokai untuk mendapatkan Golden Fleece yang boleh menyelamatkan ke.


 
Dalam perjalanan mereka, pelbagai halangan serta makhluk-makhluk yang pelik terpaksa diharungi. Sehingga suatu masa, Percy terpaksa bergabung tenaga dengan seterunya iaitu Clarisse untuk memusnahkan Kronos yang dibangkitkan oleh Luke. Siapa Kronos??..Apa yang terjadi selepas itu..pe kata korang tengok jela sendiri..ok..daaaa..

comey tak..comey tak...hahhaa..

SHARE 8 comments

Add your comment

  1. adnan sempit juga tetap di hati.hehehehe

    ReplyDelete
  2. boni..jap lagi nad tengok..hehee

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..nad :)

    hero dia nampak mcm pelakon lain dari filem pertamanya kan...ker fesyen rambut dia dah ubah? haha

    ReplyDelete
  4. Cite ni memang best gila....
    AJ baru tengok minggu lepas.... =D

    ReplyDelete
  5. cter ni ok la dr .... hehehe

    saya dah update..jom semak :D

    ReplyDelete
  6. tadi pi tengok wayang.. tapi pilih cerita elysium... percy jackson ni, esok malam la tengok.. hehhe..

    ReplyDelete
  7. ayie..tak sure la..nad tak tengok yang sebelum ni

    qaseh rania..p tengok pat..

    AJ..kann..memang sangat awesome..lagi2 mase naik teksi

    nizam ijam..dari ae ijam oii

    sam..haha..takpe..leh bli cd kalau tak sempat tgk

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2