hai assalammualaikum




Itulah respon yang diberi bila nad buat status. memang kebanyakannya tidak menyukai pelayan kedai yang tidak memahami etika pelayan. Kita adalah pelanggan, kita ada hak untuk order seberapa banyak kita nak. Sebagai pelayan mereka kenela hormat pelanggan sebab pelanggan la yang memajukan kedai makanan mereka. Kalau nak buat muka sombong, lepastu mintak order banyak kali dah mengumpat dengan kawan baik tutup kedai. Itu pun nak kene ajar ke. 

Siapa pelayan? Pelayan lah yang melayani pelanggan dengan mengambil pesanan makanan dan minuman mengikut permintaan pelanggan. Pelayan yang elok perlulah berketerampilan baik dan rapi. Hal ini meliputi tingkah laku, kejujuran, sopan santun, ramah – tamah kepada pelanggan. Macam ni baru orang suka dan selalu datang ke kedai makanan. Perkara pertama yang pelanggan lihat adalah perkhidmatan dan layanan.

Kualiti layanan yang baik, yang itulah dapat meningkatkan keuntungan dalam perniagaan kedai makan manakala kualiti yang kurang baik menunjukkan prestasi yang buruk dan kurang menguntungkan. Pelanggan adalah nombor satu. Pelanggan juga berhak untuk menambah atau mengorder makanan seberapa mereka mahu. Sekali pelanggan tengok pelayan kurang memuaskan, kemungkinan besar pelanggan tidak akan datang lagi ke tempat itu. Setiap pelanggan mempunyai pelbagai karakter. Sesiapa sahaja yang ingin membuka perniagaan sendiri perkara yang paling utama adalah perkhidmatan dan layanan. pikir-pikirkanla..


        

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

10 comments so far,Add yours

  1. pernah jadi camtu, terus bangun n gi kedai lain....

    ReplyDelete
  2. tu tak pe lg, klu kita panggil pelayan tu, pastu tunggu setengah jam, tak de sape dtg... huhu

    ReplyDelete
  3. kalau akak memang terus blah jer dari kedai tu.... nak meniaga tapi tak mesra pelanggan langsung...memang pantang lah jugak....

    ReplyDelete
  4. keje x ikhlas ler kalu cmtu.
    dh boleh dh banned kdai tu pasni.

    ReplyDelete
  5. think (+) mungkin pekerja tu penat

    think (-) blah je.. tak payah makan kat situ lagi..

    ReplyDelete
  6. Complain kat bos dia...senang sikit...

    ReplyDelete
  7. bagi sy yg duduk dlam industri Food n Bevrage ni, isu yang awak utarakan sememangnya menjadi perkara yg amat dititik beratkan...

    ReplyDelete