hai assalammualaikum

Selang beberapa kilang dari tempat nad kerja ada sekolah memandu. Bila tengok sekolah memandu tu teringat masa nad ambik lesen dulu..cuak, takut semua ada la..lagi-lagi bila nampak test JPJ..hohoo..biasalah siapa yang tak excited bila dah ada lesen P..boleh bawak kenderaan kemana sahaja tanpa rasa gerun bila adanyer pak polisi..(matlamat utama amik lesen..heehhe)..

Bukan senang nak dapat lesen P tau. Kene lalui beberapa peringkat, bayarannya plak boleh tahan. Ayah nad suruh ambil lesen lepas SPM, tapi disebabkan nad yang belum sangat berani nak bawak kereta, nad pendamkan dulu. Then masa masuk universiti kawan-kawan semua dah mula ambil lesen, jadi nad decide masa cuti panjang sem 7 nad nak ambil lesen. Pembayaran dibuat oleh ayah nad..hehee..(masa tu belum ada duit lagi..ayah nak sponsor)..Nad amik lesen motor dengan kereta. senang..

Setiap kali nak pergi mesti berdebar..haha..yela sebab nad pergi sorang-sorang..Tempat belajar moto dengan kereta berlainan. Belajar moto dekat Meru, kereta pulak dekat Shah Alam..sebab orang yang ngajar nad tu kawan ayah orang Shah Alam. Ini merupakan peringkat-peringkat yang perlu dilalui semasa nak mengambil lesen. 

  
 Cuak tak cuak nad ken pergi gak..Kalau tak sampai bila-bila nad takda lesen. Pertama sekali sampai dekat sekolah memandu semestinya kene daftar dahulu. Dah selesai segala dokumen yang dia nak, masuk la ke kelas yang telah disediakan.Inila yang dinamakan kursus KPP. Kelas ni la yang tersangatla boringnya. Dahla 5 jam, dengar orang tu bercakap. Mata pun makin lama makin mengantuk. Kadang-kadang curi-curi tido..hahhaha.. Tapi sekali ade orang tu buka pasal kemalangan terbeliak biji mata, tapi buat-buat tak tengok. Nad memang tak boleh tengok benda ni semua, sebab nad akan nervous bila nad bawak moto nanti. Bila terbayang takut jadi macam tu. Lagi-lagi banyak kemalangan motor sekarang ni. Dahla nad pergi kerja naik moto.. Ya Allah selamatkan aq setiap hari pergi dan balik kerja.

Setelah menduduki Kursus KPP, anda perlu membuat ujian teori berkomputer. Segala urusan nad dibuat oleh Pakcik yang ngajar nad bawak kereta. MAsa tu pun nad cuti, so nad amik masa berderet, cepat habis dan cepat dapat lesen..haha. Nad banyak buat latihan dekat buku yang diberikan. Akak nad cakap majoriti keluar soalan dekat buku tu. Perlu diingatkan, sebelum menjawab ujian tersebut, anda dikehendaki membuat ujian buta warna, ujian huruf, nombor dan warna dekat komputer tu jugak. Selepas itu baru keluar soalan berkenaan undang-undang jalan raya.  Staf di pusat ujian tersebut akan mengambil gambar anda dan anda dikenakan caj RM10. Markah minimum  atau lulus yang perlu anda perolehi adalah 42/50. Masa ni nad jantung degup laju, yela pikir tak lulus la, kene amik balik. Macam mana nak gune komputer ni, semuanyer blank masa ni..hahha..Alahmdulillah. nad lulus dapat 45/50..okla tu. Kalu tak lulus kene ulang balik ler.

Selepas dah lulus Ujian komputer tu, pada hari lain pula nad kene buat Kursus PRA-L (6 jam) untuk mendapatkan Lesen L. Macam nad, amik dua-dua lesen iaitu kereta dan moto. Jadi nad amik kursus PRA-L untuk moto dulu. Hari lain pulak untuk kereta. Penat weii.. Tapi disebabkan nak lesen ku gigihkan jua. Masa ni belajar la isyarat semasa memandu, belajar beramai-ramai dengan orang lain. Takdela malu sangat kan. Dah biasa bawak moto, so bawak jela macam biasa. Belajar signal la, brake, angkat tangan. hehe.. Tapi yang menakutkan bila bawak kereta. Ce bayangkan nad tak pernah langsung bawak kereta sekali bawak nah kau macam kuda..haha..mati saje. dahla nad amik dekat Shah Alam, banyak rouabout plak tu. Kenderaan takyah cakap la..banyak oo..

 

 


 

Disebabkan kegigihan nad..akhirnya dapat gak Lesen L..hhaha..bangga jap. Lesen Belajar Memandu (LDL) akan diperolehi 3 hari bekerja ke seminggu. Lesen L hanya sorang je boleh memndu. Kau tak boleh bawak penumpang. Kalau kau bawak memang kene saman la. Cari nahas namanyer. So takkan korang nak sampai lesen L je kot. Mana seronok kan.



Selepas tu, kalau nak teruskan ke lesen P, korang kene lalui Latihan Praktikal 8 jam. Latihan praktikal ini belajar dengan lebih mendalam lagi. Kalau moto kene belajar naik titi. Masa ni nad mula-mula cuak jugak, takut terjatuh kan, tapi selepas diajar dengan cik alhamdulillah boleh. pastu dengan tongkat dua. haha.. Perempuan kalau tongkat dua memang tak lepas tapi kalau masa nak amik lesen tenaga diaorang akan bertambah dan akan berjaya membuat tongkat dua..hahaha...tapi dah habis mesti lupa macam mana caranya.hahha..Kalau latihan untuk kereta masa ni keluar jalan raya, belajar naik bukit, parking dan 3 penjuru. Kalau ada orang sebelah memang semua boleh buat. Kalau kau sorang-sorang memang semua kau lupa..hahha..nad cakap dekat diri sendiri.


Latihan Praktikal akan ditambah 2 jam untuk Ujian Pra- JPJ. Sebelum ujian bersama JPJ kita akan buat ujian pra bersama dengan tenaga pengajar. Yela tenaga pengajar taknak bagi korang gagal. Kalau boleh nak semua bagi lulus. So sebelum berdepan dengan JPJ yang sebenar better buat dulu bagi ingat. Dah ingat senang. Tapi masa ni tenaga pengajar lain yang cek, dia akan cek jugak lulus ke tak. KAlau tak lulus kau takleh buat JPJ lagi. NAsib Nad lepas. KAlau moto memang takde hal la, kereta yang problemnyer sebab first time bawak. Tapi ok lepas..hehe..tapi ada kisah sedih..hohoh


Inilah benda yang ditunggu-tunggu oleh student iaitu Ujian JPJ Praktikal. Kita perlu berdepan dengan JPJ. Bersemangat, takut semua ada. JPJ jangan dibuat main-main. Muka dahla garang. Masa nad ambik Lesen ni bulan puasa. Cuba bayangkan panasnyer, dahaganya, macam nak pitam rasanya. Nak taknak kene tahan jela. Masa ujian dengan JPJ korang akan dipanggil mengikut giliran. Memang tak senang duduk kau. Lagi berdegup bila nombor kau dipanggil. Dahla semua orang tengok kau bawak. Kalau moto kene tongkat dua, cek lampu, signal. dan palig menggerunkan naik titi. Jatuh je kau terus gagal. Selepas itu buat brake emergency. Alhamdulillah moto nad lepas. 

Yang sedihnyer masa bawak kereta. Masa keluar jalan raya nad lepas, masa tu JPJ duduk sebelah nad perempuan. Mak haiihh muka garang, puasa plak tu masa tu. Masa nad bawak, masa tu dah nak balik ke sekolah memandu, nad lupa roundabout no berapa, adeh, nasib baik JPJ tu bagitau, pastu nad hampir terlanggar kereta orang, nasib die cepat-cepat tekan brake. Dalam hati adoii macam mana ni..doa dalam hati. Alhamdulillah nad lulus jalan raya. Mayb masa tu puasa dia baik sikit..hohoho..tapi sedihnya nad gagal masa dekat bukit..huaaa..boleh mengundur..sadis. dah kalau gagal situ takleh buat parking dengan 3 penjuru.=(..apakan daya kene repeat balik. dah kene bayar balik. takpela. Akhirnya Nad repeat dan nad lepas ketiga-tiga ujian tu..yeahh..alhamdulillah.



Akhir sekali benda yang ditungu-tungu setelah bersusah payah mengharunginyer. Lesen Memandu Percubaan P dah ada ditangan. Lesen P akan siap dalam masa 1 ke 3 hari berkerja. dah boleh memandu di jalanraya dengan memiliki lesen yang sah dan patuhilah undang-undang di jalanraya. Semoga anda sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. huhu..Seronok habis sebab dah boleh keluar sana sini. Tapi sedih takdok kereta. Haritu pakai kereta ayah habis tersagat dekat dinding. Terus takut nak guna kereta ayah..hohoho..nak kereta auto ler..senang sikit. Tapi duit takdok..hohoho

Lesen nad dah full..nanti nad buat entry pasal lesen full ni plak..=) 


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

11 comments so far,Add yours

  1. kan, first time pegang stereng, cuak.. and rasa macam kaki tak pijak tanah time nak lepas klash.. hehe.. shad tgh blajar lagi.. baru cukup 3-4 jam.. hehe

    ReplyDelete
  2. teringat time ambik lesen dulu.. mmg nebesss tak hengat hehe

    ReplyDelete
  3. shhh.. sam 2 kali repeat test parking.. shhhhh... hahahah

    ReplyDelete
  4. lyeen bru nk plan ambik hujung thun ni sbb tahun dpn dah nk g praktikum...:) alamak..mcm susah je..mcm susah je..

    ReplyDelete
  5. ena dah lepas semua ni... skrg dok renew lesen full je.. susah gak dlu ambil lesen tapi best sbb segala usaha kita tu dibalas dengan kejayaan... hikhik

    ReplyDelete
  6. pengalaman buat lesen adalah pengalaman air mata buat muja,, mmg muja taknak ingat dah. kena tipu la ape,, sobs :'(

    ReplyDelete
  7. Senangnya hati dah ada lesen p..huhu... harap kita akan lulus jg.. :)

    ReplyDelete
  8. Brapa lama buat lesen ye? Dlm sebulan hingga dua ada tak? Huhu

    ReplyDelete
  9. Seram pulak nak mgharungi Lesen L nt hehe

    ReplyDelete