hai assalammualaikum

Alhamdulilah dan syukur sangat-sangat, dapat earning daripada nuffnang.. earning daripada INTI Cycle 1 Degree Exten.. Terlewat sedikit nak update pasal CPUV ni..kerana kesibukan diri.

Inti International University and Colleges merupakan keseluruhan pembelajaran dalam cara baru yang membolehkan anda untuk mencapai lebih daripada yang diinginkan.
 
Jenis terbaik pendidikan adalah salah satu yang akan memberi kuasa kepada anda untuk hidup. Lebih daripada ijazah, ia perlu memperkayakan anda dengan kemahiran yang betul dan ciri-ciri untuk cemerlang dalam apa sahaja yang anda lakukan, di mana sahaja anda pergi. Itulah sebabnya kita telah mengambil langkah ke hadapan untuk satu pengalaman pembelajaran yang baru. Mendapat manfaat daripada pendidikan berkualiti yang termasuk pendedahan antarabangsa untuk membantu anda mengembangkan perspektif global. Proses inovatif dan kerjasama untuk membantu anda berfikir secara kritikal, menyambung dan menyelesaikan masalah. Dan pembangunan individu untuk membantu anda merealisasikan aspirasi anda dalam dunia yang sentiasa berubah.

Untuk maklumat lanjut sila layari web berikut

CPUV DARIPADA NUFFNANG..

in , by Nadia Johari, 01:13:00
hai assalammualaikum

Sebelum ni nad ada cerita berkenaan keyword daripada nuffnang..dah lama tak menjenguk nuffnang sekali harini terasa nak tengok..bila buka je selepas tengok keyword p ke bahagian earning..wah macam tak sangka..betul-betul tak sangka..benda yang semua orang nak..akhirnya nad dapat jugak..bukan senang nak dapat benda ni daripada Nuffnang.. Syukur alhamdulillah, memang tak sangka nad akan dapat CPUV! Selama ni nad tunggu bila lah CPUV ni nak menyinggah di blog nad..memang susah nak dapat kan.. Yelah, traffic blog nad bukannya tinggi kebabom macam korang semua... sob..sob :'( 

Tengok orang lain punya CPUV, pergh! Bertingkek-tingkek...siap dah cashout berapa kali..heheh..Apa-apa pun, ini semua rezeki masing-masing kan, bersyukur :) Weehoo! Thank you so much Nuffnang..semua ni nad belajar dari blogger shida..dari situ nad tau apa itu nuffnang..kene hantar tiket kat nuffnang..hehe..

 Buka-buka je bukan satu CPUV..tapi lebih dari satu..alhamdulillah..berkat usaha nad dan mereka yang baik hati mengklik..thank you so much.. i apprecite it..mohon tekan lagi..heheh..

KEYWORD DARI NUFFNANG

in , by Nadia Johari, 23:17:00
hai assalammualaikum

Sambutan krismas harini macam-macam cerita ada dekat televisyen..jadi hari cuti ni nad merehatkan diri dengan melayan televisyen dari pagi sampai la ke malam..duduk rumah sebab dah lama tak berehat..cerita yang menarik ialah cerita kartun..hahaa..baru je lepas tengok Despicable Me..cerita kisah penjahat bersama banana-banananya..comel-comel semuanyer..muncul pulak 3 orang budak..yang telah mengubah hidup Gru..memang layan tadi..hehee..sekarang layan Ice Age channel 413...ooppss alamak sebenarneyr bukan nak cerita pasal cerita kartun tapi nak tunjuk keywords dari nuffnang ni..hehe..over pulak..

Nad dah lama tak jenguk nuffnang..dalam sebulan beberapa kali je..harini nad buka nuffnang..haha..mana pulak celahnyer keyword ni boleh ade kat sini..nak  tau keyword ape..


hahaha..sape la yang nak mencantikkan wajah tu.. tak payah la gune botox-botox ni..nak cantik kang jadi hodoh pulak nanti..yela kemudian hari akan ada kesan buruk kat kita juga..Bersyukur jela dengan pemberian yang Allah bagi. Biar huduh tapi hati baik..satu lagi keyword tempat mancing empangan jus..adeh..macam-macam ada..gelak pulak..hehee..tersenyum sekejap tengok..hehe..layankan jela..

oo ade berita gembira..apa die..tunggu entry seterusnya..

KAKI LIKE :SERANGAN DARIPADA ZAZA

in , by Nadia Johari, 00:54:00
hai assalammualaiikum

Sejak akhir-akhir ni badan cepat letih je bila habis kerja. Memang tak dinafikan kerja semakin hari semakin memenatkan dengan bermacam situasi yang dihadapi. Nak taknak kene laluinya juga sebab inilah dinamakan kehdupan. Setiap cabaran menjadikan kita lebih matang dan menjadikan kita lebih sabar..err sabar ke..hahhaha..malam ni on je facebookk terus like status orang..nak komen dah tak larat..kita jadi stalker jele..tiba-tiba


tengok ni..tengok ni..punyer la cek nengok notification banyak..rupe-rupenyer gara si Zaza yang comel ni..sempatla capture time die like..hahhaha..nad pun terkena serangan like die..hehe..ni dinamakan serangan sebelum nak tidur..hahhaha..ok mata rasa dah berat je..sok nad blogwalking dan nak update entry..rindu haishh..

REVIEW APLIKASI ANDROID DENAIHATI TERBARU

in , by Nadia Johari, 15:17:00
hai assalammualaikum

Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru - Harini curi-curi on9 blog dekat ofis. Kalau dah kat ofis memang tak sempat nak on9. Sibuk memanjang. Kat rumah sewa pulak tak dapat on9 sebab line memang zero. Bila dah dapat on9 ni ape lagi mesti nak join Tuan Denaihati punyer review . Di harap masih berpeluang untuk membuat entry review yang dianjurkan oleh Tuan Denaihati atas kejayaannya dalam Blogrr Awards kategori Best Personal Blog yang diadakan di Mines. Blog Denaihati Network telah mengalahkan empat blog lain iaitu blog brofamestone, cikepal, ben ashaari dan irene nadia. Event ini merupakan event yang mengumpulkan ramai blogger dan pemberian awards kepada blogger-blogger terhebat. Masa ni nad nak pergi tapi disebakan masalah jem yang panjang nad pun tak jadi pergi.

Blog Denaihati bukan sahaja di facebook malah telah dimuat turunkan di aplikasi terbarunya di Playstore di mana semua pengguna android boleh melihat blog tersebut di mana-mana sahaja dengan hanya dihujung jari sahaja. Pada mulanya nad tak dapat install aplikasi ini disebabkan storage telefon dah penuh, jadi nad buang mana yang tak patut dan alhamdulillah akhirnya dapat install jugak. Cara nak memuat turun senang je..

CARA-CARA INSTALL:
1) Pergi sekarang ambil telefon mudah alih anda (Android/Smartphone )
2) Klik pada playstore
3) Klik pada butang search kemudian taip “Denaihati Network
4) Klik dan Install
5) Tunggu sehingga habis install
 Sekarang dah boleh tengok..yeaahh
 
Bila Install je terpapar muka depan ni. Warna hijau yang cantik dan lembut je bila dipandang.  Hijau biasanya dikaitkan dengan alam. Hijau adalah satu warna yang menenangkan dan melambangkan pertumbuhan, kesegaran dan harapan serta mudah di mata secara visual. Hijau juga melambangkan pembaharuan, ketenangan, tenteram, kesuburan, cemburu, tumbesaran dan renungan. Simbol yang direka sangat menarik walaupun simple. Yang simple itulah yang cantik.
Dalam apliksai ini meragkumi tujuh item yang memudahkan anda untuk melihat blog Denaihati. Sangat mudah dan berkesan untuk pembaca mengetahui perkembangan berkenaan blog Denaihati ini. Mari kita lihat tujuh item ini.

Paparan pertama ialah blog. Setiap entry yang dibuat di blog Denaihati sudah tersedia. Kemas dan cantik juga mudah bagi pembaca untuk terjah. Kita hanya perlu mengscrolkan dengan memilih entry yang mana kita mahu membaca. Ringan dan laju.


 
Item kedua ialah facebook. Faceook ini memaparkan fanpage blog Denaihati.Dari sini pembaca boleh mengetahui apa yang diupdate dengan cepat. Tak perlu lagi tengok dekat wall kita yang bercampur dengan facebook orang lain. Hebat kan. Setiap contest atau aktiviti yang dianjurkan oleh Tuan Denaihati pasti akan diketahui.
 Wow sangat menakjubkan bila melihat halaman youtube ini. Loading tidak lambat dan laju melainkan internet sememangnyer lembap..hehe. Halaman youtube ini memaparkan pelajar Akademi Denaihati yang berkongsi ilmu blogging terutama sekali berkenaan wordpres. Nad memang nak sangat bertukar wordpress tapi belum ade rezeki lagi. In Shaa Allah suatu hari nanti akan bertukar bila semuanyer dah stabil.

Seperti yang kita tahu Denaihati ada membuka kelas wordpress untuk mereka yang kurang mahir lagi. Apabila pembaca melihat youtube ini, ia dapat menarik minat dan keyakinan pembaca untuk menjadikan blogging satu tempat menjana pendapatan kerana apa yang kita lihat diyoutube kebanyakan pelajar yang menghadiri kelas Denaihati berpuas hati dengan apa yang diajar.

 

Selain daripada itu, twitter juga dimuatturunkan bagi memudahkan pembaca yang rajin melayan twitter. Macam nad memang tak layan twitter dan takde akaun twitter pun..hehe..tapi dari aplikasi ni nad boleh nampak juga twitter yang diupdate oleh Denaihati. 

 
Terdapat juga Instagram yag membolehkan pembaca untuk melihat pelbagai gambar yang menarik yang telah Denaihati upload. Cepat dan tidak lambat.

 
Bagi pembaca yang ingin mengetahui banyak maklumat berkenaan worpress, blog atau apa sahaja, anda boleh hubungi mereka seperti yang tertera di atas. Senang kan. 
 
Bagi yang ingin mengetahui lokasi Denaihati Network, lihat sahaja di find. Mudah bukan ? Jadi apa tunggu lagi ? Jom lah kita ramai ramai install aplikasi mudah ini 
!DOWNLOAD SEKARANG..JANGAN TUNGGU LAGI.




BUDU + DURIAN

in , , by Nadia Johari, 23:18:00
hai assalammualaikum..


 Budu atau  ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis. Kalau sebut Kelantan je mesti tala makanan diaorang mesti ade budu..hhehe..

Kalau yang tak baisa makan memang muka korang akan berkerut sebab rasanya yang masin dan baunyer yang tak menyenangkan..memangla kalau nad pun tak lalu nak makan macam tu je. Jadi apa korang buat, korang campur ler makanan lain macam makan dengan ulam ke, makan dengan something yang sedap bila dicampur dengan budu. 


Ni masa nad belajar dekat UUM..Bila dah berkawan dengan orang kelantan ni mestilah kita nak mencuba budu yang diaorang bawa. Kelainan kitaorang buat dekat budu ialah makan budu dengan durian. Korang boleh bayangkan tak..hahaa..apa rasa?..Budu dengan Durian ni kawan nad dari pahang yang ajar. Apa lagi nad pun cuba la..yang penting ade kicap..(macam jambu pulak)..Nad cubala gaul budu dengan durian, pastu cuit sikit durian tu then makan dengan nasi. Pergh memang sedap beb wa cakap lu..penah makan tempoyak..hah macam tu la rasanya. Sedap-sedap...tak terkata dah.. licin habis satu botol budu tu..hahaa..sekarang aku dah ketagih budu tapi campur dengan durian..hehehe

nak tau khasiat budu apa. baca DEKAT SINI

CHICKEN CHOP YANG DI IDAMKAN

in , by Nadia Johari, 22:31:00
hai assalammualaikum

aritu nad meroyan pepagi buat status nak makan chicken chop..tak tau la nape tetibe ngidam sangat nak makan chicken chop..nak kata mengandung takdela pulak..tapi "anak" dalam perut menendang-nendang kata nak chicken chop..hahaa..anak mana pulak..anak cacing ade ler..setiap hari den koba dekat jejaka mafia..nak chicken chop..nak chicken chop..sampai la die naik jemu..hahhaa..dan hari sewaktu den poie kenduri kawin..balik tu den samo jejaka mafia p sacc mall..semata-mata nak makan chicken chop..kihkihkih..sayang jugak nor..

oopss..kereta tu bukan den punyo..hak orang lain punya..hehehe...macam cantik pulak warna dia..muka orang dah lapar dan excited nak makan chicken chop

akhirnyer menu yang ditunggu dah sampai..excited nak ngunyah tapi jejaka mafia suh tunggu nak amik gambar sat..ok..tunggu lagi sambil on9..perut dah berbunyi waktu ni..tunggu depan mata dah ni chicken chop ni..alahai..bila nak ngunyah ni.

ok..Orange Lemonade..air oren beserta soda.. Nampak sedap dan menghilangkan tekak yang sedang kehausan

yang ni pulak namanyer Manggo Snow. Air yang dibuat daripada mangga betul dan dicampur dengan buah-buah yang fresh

Lamb Shoulder Chop..pergh daging dia besar gedabak..memang tak habis kalau makan sorang..melainkan korang lapar..masa ni memang nad mintak sikit la makanan jejaka mafia ni..hahhaa..takut die tak habis..kan membazir namanyer..haha..

aku tau korang akan rasa lapor bila nampak makanan ni malam ni..haha
aku pun makan dah tak pandang orang...hehe
hai assalammualaikum

Bulan 12 memang ramai orang kawin. Berderet la hujung minggu dengan aktiviti berkahwin..haha..mentang-mentang cuti sekolah. Kang berderetla dapat anak bulan 9..haaha..musim mengawan bagi bulan 12..hahaa..Hari Ahad bersamaan 8 haribulan nad ada dua jemputan perkahwinan.Satu dekat Meru kawan sekolah nad dan satu lagi dekat Sungai Udang, kawan blogger. Fistly mestilah pergi dekat Meru dulu..pergi yang dekat dulu..hehe..

Perkenalkan ni la pengantin tu..hehe..Nad sampai dalam pukul 11.30..Sampai dekat rumah pengantin tengah bersolek..ok pergi la makan dulu..dah kenyang masuk dalam balik tengok pengantin dah ready..dah siap dengan baju pengantin..auww sonok plak aku..tak sabar nad nak pakai baju pengantin tu..hahaa..Sebab nak cepat nak pergi ke rumah pengantin blogger pulak. 

Blogger ni ada mimpikan nad. Wah terharu sangat die mimpi kita mayb rindu kot..hehe.BACA KAT SINI KISAH MIMPI TU...Jadi nad hadirlah ke perkahwinannya. Kalau tak mimpi pun nad hadir juga.=)
Dalam pukul 1 petang nad bergerak pergi ke Sungai Udang pula. Sehari sebelum tu nad pergila google nak tengok tempat. Mujur masa tu tak sesat mana, yela nad jarang jalan dekat situ. Sampai je dekat Sungai Udang satu masalah lagi nak cari apartment die..tengok maps nasib tersasar sikit..patah la balik then akhirnya sampai..

Wah terpegun tengok majlis dia..Majlis perkahwinan tepi kolam renang. Dengan Tema Biru pink memang sangat cantik..Sampai je terus tengok keadaan sekelilimg yela mana tau leh jadi inspirasi tuk nad kawin nanti..hehee..Masa tu dah tercari-cari si Tya, Yana dan Sheila. Blogger yang hadir masa perkahwinan blogger syirah ni. Nad sampai lewat jadi semua dah nak balik. Tapi sebelum balik amik la gambar dulu..hehhe..Dapat jumpa sekejap je..sob sob sob..

Amik Gambar dengan pengantin pulak. Blogger Syakira dan pasangan. Tema biru kau. Nad dah la suka biru. Memang cantik die waktu tu. Nad doakan semoga kira dan pasangan bahagia dunia dan akhirat. Semoga kira menjadi isteri yang solehah. Besar tanggungjawab seorang isteri. Jemputla singgah ke blog die erk..

Masa ni jumpa blogger eida baharom. Tapi masa ni nad tak kenal eida sebab tak pernah tengok muka die..selalu baca blog die. Biasalah rupa lain dengan realiti. Sekali tengok die post dekat facebook kira pasal chocolatefountain die baru tau die blogger eida..hahhaa..tu la nad lain kali selidik gambar ok..

eida bgi diskaun tuk tmpat nad nanti..hehe

JOM BERBORAK DI WECHAT

in , by Nadia Johari, 13:17:00
hai assalammualaikum

Biasalah kalau namanyer nadia memang semua ketinggalan..hahhaa..orang lain dah pandai guna semua, nad baru nak belajar gune whatssup, dengan wechat..haha..takpela yang penting sekarang dah ada. senang nak  contact kawan-kawan, tak membazir kredit..hehe..Sejak ade smartphone bolehla download semua ni.


macam mana nak tukar nama wechat id tu erk
WeChat adalah Salah Satu Layanan Komunikasi pesan suara dan Pesan Text yang sudah dikembangkan oleh Tencent di China.  Wechat dapat di gunakan pada beberapa Gadget seperti Android , Blackberry Iphone , Windows Phone

Apa bestnyer wechat ni?

1. Chat
Dengan Wechat anda boleh menghantar message dengan seberapa banyak anda mahu dan ianya adalah percuma, tidak menggunakan kredit. Disamping itu, terdapat dua icon, iaitu icon + yang berfungsi untuk membuka emotican dan pelbagai lagi dan kedua ialah icon suara untuk Voice Messaging di sebelah kolom text. Background chat pada aplikasi ini pun dapat diganti sesuai keinginan penggun.

2. Video Call
Masih Ingat dengan Hp 3G ?. Video Call juga ada di WeChat. Dengan menggunakan fitur ini, maka pengguna dapat berkomunikasi secara tatap muka melalui gadget. Saat ini masih dalam pengembangan versi terbaru.

3. Voice Chat
Voice chat yang terdapat pada aplikasi WeChat tergolong sederhana dan mudah untuk digunakan. Pengguna hanya perlu menekan tombol "Hold to Talk" untuk merakam suara, dan selepas itu melepaskannya untuk sampai kepada pengirim.

4. Moments
Kita juga dapat membuat status atau moments seperti di facebook yang dapat di isi dengan kata-kata atau foto. Selain itu, status yang telah dibuat, pengunjung dapat mengomen dan like seperti facebook.

5. Emoticon
Emoticon dari WeChat cukup lengkap dan unik dibandingkan aplikasi chat lainnya. WeChat memiliki berbagai jenis emoticon, antara lain emoji art, custom emoticon, emoji, dan emoticon default. Icon unik hingga animasi gambar yang dapat bergerak juga ada di WeChat.

6. Group Chat
Pengguna dapat membuat sebuah group chat dari beberapa contact yang ada dan dapat menambahkan anggota group tersebut apabila diperlukan. Group caht ini dapat memudahkan penyebaran informasi yang ada kepada anggota group tersebut.

7. Add Friends
Terdapat pelbagai cara untuk Add Friends iaitu;
  • Shake : Fitur ini memudahkan pengguna dalam mencari teman di sekelilingnya. Cara menggunakan fitur ini yaitu dengan menggerakan gagdet atau handphone, selanjutnya akan muncul daftar pengguna yang juga sedang menggunakan fitur ini. sama seperti teman yang Online di Facebook
  • Phone Number : Apabila kita memasukkan nombor kawan kita yang menggunakan smartphone secara automatik kita boleh add kawan memalui itu.
  • Add by ID:Setiap wechat akan ade id masing-masing. Dengan id tu kita boleh add kawan kita
Jom kita berwechat dan berborak sakan.

SI TECHIK YANG KEDEKUT

in , by Nadia Johari, 00:42:00
hai assalammualaikum

Anak buah nad sorang ni memang suka makan..Tak berhentila makan. Kalau ada 10 makanan depan dia..sepuluh-sepuluh boleh habis..hahaa..tengok cara die makan mase usia ni berapa bulan ntah lupala..tengok jele betapa rakusnyer dia makan. Kalau kecik dah makan macam tu dah besar lagila, sampai tak bagi kat orang makanan tu.. orang amik je dia marah..haha dah macam mak nenek je budak techik ni. Suara mak aihh lantang. 

satu balang dia punyer..hahhaa..

SI BULAT SUKA TOLONG ATUKNYA

in , by Nadia Johari, 19:52:00
hai assalammualaikum

Suasana petang yang menyenangkan. Udara yang segar dan nyaman. Baru lepas hujan, memang syok tido, bangun tido, hujan dah berenti, keluar rumah sekejap main dengan anak buah. Selalu kene amik oksigen yang segar, takdela terperap dalam rumah je. Melayan karenah anak-anak buah semua ni. Hilang segala tekanan yang ditanggung..hehe.

 Bila atuk tengah sibuk mengemas lori untuk kerja esok si bulat pun sibuk mengambil penyapu lidi menyapu sampah.. Ade ke sampah dak bulat oii..hahaa..berusaha menyapu tu..comey je tengok budak bulat ni buat aktiviti die..harap2 kau rajin la sampai besar nanti..hahhaa..
Hai assalammualaikum

Tarikh harini memang cantik..11.12.2013..harini tarikh kelahiran Sultan Selangor . Nad doakn semoga Sultan diberi kesejahteraan yang baik dan dibetkatiAllah..Daulat tuanku. Harini jugak hari orang ramai kawain..haha..tak lain tak bukan retis yang femes memes yang sentiasa nak nampak cantik Rozita Che Wan  ( Che Ta ) dan Zain. Tahniah kepada mereka berdua. Takde siaran langsung pernikahan mereka ke..hohoho..
Harini tarikh aku bercuti. Bagi seorang pekerja benda paling best ialah cuti. Setiap hari tengok kalendar..hoho..

Harini semua ade kat rumah mak ayah..Satu keluarga berkumpul..So macam biasa mak akan masak sedap-sedap untuk anaknyer..Walaupun menu ni nad dah biasa tengok..korang pun dah biasa punyer..hhee..tapi kalau mak yang masak pasti aummm..sedap dan menyelerakan..Air tangan mak memang tiada tandingan..hehe..apakah menunyer..



Ayam masak kicap

1) Kisarkan bawang merah, bawang putih, halia, serai, ikan bilis, jintan manis, ketumbar dan lada hitam.
2) Tumis barang yang dikisar sehingga naik bau.
3) Masukkan kentang. Masak sehingga empuk
4) Masukkan kicap sebanyak 1 atau dua senduk.
5) Masukkan air. Biarkan sampai mendidih
6) Masukkan ayam.
7) Akhir sekali tambah perasa (gula dan garam ).

Sambal udang

1) masukkan sambal (bawang besr, bawang putih, cili kering, belacan dan ikan bilis  diblender). Masak sehingga naik bau.
2) Masukkan air sedikit.
3) masukkan udang.
4) garam dan gula.

Sayur Tauge tumis

1) Potong bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili merah
2) Tumis bahan yang dipotong sehingga naik bau.
3) letakkan sayur
4) Letakkan air sedikit biarkan berkuah.
5) Letak perasa.


hahaa..tajuk entry macam hebat..tapi memang hebat ape menu hari ni..hehe
hai assalammualaikum

 Tarikh yang cantik arini..Bismillah
http://www.akupenghibur.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+JomSenyumBersamaAkuPenghibur+%28Jom+Senyum+Bersama+Aku+Penghibur%29

 Pertama sekali kenapa nad jadi blogger disebabkan mr jejaka mafia yang suruh..haha..kenapa dia yang suruh sebab dia tengok nad selalu letak gambar dekat facebook tapi takda cerita. Lagi satu Nad selalu update status dekat facebook banyak kali untuk menceritakan moment yang berlaku tapi tak boleh taip panjang-panjang. Masa tu kan facebook terhad. Sebenarnya memang nad nak buat blog tapi masa tu nad buta internet..buta segala-galanya dan nad belajar dari jejaka mafia. Nad mula berblog dari tahun 2011.

Selepas nad ada blog semuanya nad cerita dekat blog, perasaan itu lain dan seronok lepas ada blog. Cerita dari A sampai Z nad buat. Perasaan gembira sebab dapat membuat cerita yang nad nak share dekat semua. Yup nad suka bercerita apa yang nad buat, nad nampak dan sebagainya. Tak kirala cerita tu sangat merepek pun pasti nad tulis dekat blog. Hanya blogger je tau cerita yang merepek tu adalah cerita yang menarik.

Kedua kenapa nad jadi blogger sebab nad boleh tau informasi yang berlaku di sekeliling kita. Yela kadang-kadang nad jarang tengok tv, jarang baca suratkhabar, jadi dengan adanya blog dan kita menjadi blog kita boleh mengetahui isu-isu semasa. Nad juga boleh menambah ilmu pengetahuan di mana ada perkara yang kita jarang dengar atau tak pernah dengar..

Ketiga kenapa nad jadi blogger, sebab nad nak tambah ramai kawan, cari kawan baru dari serata dunia. Mulanya masa buat blog memang susah nak cari kawan, nad cari memalui google dan add follower. Hanya blogger memahami bloggers.

Ni lah antara kenapa nad jadi bloggers..=)

PAGE RANK CHECKER DI GOOGLE

in , , by Nadia Johari, 16:10:00
hai assalammualaikum

Page Rank Checker Di Google - Cuti harini nad berkesempatan pergi blogwalking ke blog orang lain. Betapa seronoknya dapat blogwalking kau tau. Dah berapa abad nad meninggalkan aktiviti blogwalking ni disebabkan nad dah "dinaikkan pangkat" di tempat kerja..hahaa..facebook ke mana..blog dah ke mana..Tapi nad takkan abaikan terus, facebook dan blog la tempat nad mengetahui info dan aktiviti-aktiviti rakan lain. Blog dan Facebook la tempat nad merehatkan sikit minda ni. Blog la tempat nad meluahkan segalanya..hehe..harini nad blogwalking dan nad terbaca satu entry berkenaan google page rank di blog kak farah bubblynotes . Apalagi nad pun nad cek ler page rank nad..hee..dan jawapannya

Walaupun 1 kira memadai..ade juga tersenarai dalam google..kene berkerja keras lagi ni..hohoho..apa itu Page Rank. Page Rank ialah penilaian dari google terhadap blog/web kita. Semakin tinggi pagerank web/blog kita maka akan semakin ramai search engine menemukan blog/web kita,  dan blog kita akan ramai pengunjung. 


Nak tau ape itu angka 1/10, 2/10..tengok dekat SINI. Nak check page rank anda..boleh pergi ke http://www.prchecker.info/check_page_rank.php.

Masukkan nama blog anda

Masukkan verify code yang diberi.

Selepas itu keluar la angka pagerank anda. Selamat mencuba.


hai assalammualaikum..

Dah masuk Bulan December..sekejap betul masa berlalu..sekejap lagi tahun baru..semuanyer berlaku dengan cepat tanpa kita sedar..Nad doakan agar semua dalam keadaan baik dan sejahtera. Semoga tempat yang dilanda banjir akn beransur pulih. Kesibukan diri telah membuatkan diri ini tidak seaktif seperti dulu. Takpe orang cakap bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Harini nad nak menceritakan tiga benda yang nad rasa sangat penting dalam sesebuah blog. Tidak kira la die blog blogspot, wordpress aau sebagainya. Dalam sesebuah blog benda yang nad selalu cari ialah follower, blog archive dan older post



Benda terpenting dalam blog ialah follower adalah pengikut yang mengikuti blog milik orang lain atau pengguna dengan cara mengikut menggunakan account mereka. Widget follower perlu ada supaya blogger lain dapat mengfollow anda dan termasuk dalam senarai list blogger mereka.


Manfaat follow di blog orang lain ialah dapat mengetahui perkembangan blog yang kita ikuti. Secara ringkasnya entry yang diupdate oleh mereka setiap hari akan ditampilkan pada Dashboard. Tentunya akan menjadi keuntungan buat kita sendiri dengan sering follow ke blog orang lain. Kita akan mengetahui update dari blog dan mengetahui perkembangan para blogger tersebut setelah pemilik blog tersebut mempublikasikan postingan terbarunya, automatik akan muncul di Dashboard kita dan boleh melihat entry terbaru mereka dengan menambahkan komen di entry tersebut.




Apa itu Blog Archive? Blog Archive adalah suatu list yang dipasang pada blog kita, yang berisi link-link post yang telah kita buat. Ia adalah list yang menampilkan tajuk-tajuk posting berdasarkan waktu kita membutnya. Banyak bentuk blog archieve antaranya berbentuk hierarki, list biasa, atau menu dropdown. Widget Blog archive biasanya dipasang di bahagian sidebar.

Kepentingan blog archive pada blog ialah membantu kita untuk membaca semua entry yang ditulis oleh blogger tersebut. Blog archive juga boleh dialihfungsikan sebagai sebuah shortcut. Berguna juga untuk  melihat mana entry yang terbaru, melihat urutan posting yang saling terkait, dan sebagainya.Macam nad memang suka terjah blog orang. Cara paling mudah nad suka buka new tab banyak-banyak berdasarkan entry pada blog archive..senang dan mudah..takda yang miss entry dia kan..




Benda ketiga ialah Older post. Older post ialah suatu benda yang kita boleh guna untuk melihat posting atau entry sebelumnya. Older post ini ada banyak bentuk mengikut citarasa blogger. Ada yang menggunakan tulisan sahaja, ada yang menggunakan anak panah dan sebagainya. Sesetengah blogger tidak memasang blog archieve kerana mereka rasa mungkin blog archieve tidak penting dan memberatkan blog. Jadi mereka akan menggunakan older post dan newest post bagi pembaca untuk melijat entry yang dibuat.

Kepentingan older post ialah pembaca dapat membaca entry yang sebelumnya. Sesetengah blogger tidak meletakkan older post dan ini akan menyusahkan pembaca kerana pembaca perlu membuat banyak kerja untuk melihat entry sebelumnya. Pembaca perlu pergi ke home, perlu menunggu satu persatu. Memang sangat merumitkan.

Ketiga-tiga ni bagi nad untuk memudahkan pembaca dan menarik pembaca untuk datang ke blog kita selain mempunyai entry yang menarik.

BILA ORANG LELAKI BUAT AIR

in , by Nadia Johari, 14:37:00
hai assalammualikum

Hari Jumaat haritu nad dengan sorang lelaki je admin dekat opis. Sorang lagi cuti sebab demam. Nasib baik ada yang sudi tolong teman..hehehe..sorang jejaka yang baik hati tetapi berbangsa Cina. Dia memang baik, walaupun mulut dia pot pet pot pet tapi apa kita suruh dia akan buat. Dia bahagian sales sebenarnya, tapi masa tu dia kesian kot tengok nad buat kerja sorang-sorang so dia tak keluar cari sales,.nama dia Charles. dia bantu nad dekat opis..hehe..yang sorang lagi tu kerja filing je, kerja keluar pergi bank macam despatch la..tu pulak shukri namanya. Kisah bila lelaki buat air

Pagi tu Charles kehausan sangat, lagi-lagi aircond betul-betul bawah dia. Charles suruh nad buat air tapi Nad memang tengah sibuk sangat. Nad tak boleh bergerak dari meja nad. Tengok betapa sibuknyer kerja nad. Pastu Charles mintak Shukri buat air



Charles: Shukri buatkan air boleh?
Shukri : eh boleh aje..nak air ape?
Charles : air apa-apa jela..

Nad pun pandang charles, senyum-senyum kitaorang berdua..hahhaa..saja nak tengok laki buat air sedap ke idak...astu shukri tanya nad nak air tak

Shukri ; Nad nak air?
Nad : nak..nak..(haha..sebenanrnyer tengah lapar gak)

Shukri bawak air tu nad biarkan dulu sebab panas..dah sejuk nad pun minum..pergh tak manis..takdok gula

Nad : ko tak letak gula ke beb?
Shukri : tak, aku memang buat takda gula, aku tak suka manis, tak bagus manis-manis..lagipun gula kan dah naik..
Nad : (dalam hati..adeh..lain plak rasanya..letak la sikit ooii..)..nak taknak minum jele..


Akibat gula dah naik..kene kurangkan gula dalam minuman..tambahkan manisan dalam senyuman..hahhaa..

TAKKAN TERPISAH

in , by Nadia Johari, 00:12:00
hai assalammualaikum

Dari dia masuk mentor, menjadi juara dan sekarang dah glamour menjadi artis nad tetap minat dia. Walaupun dia gelap dan namanyer sama dengan kulit dia, i tak kisah pun..haha..sampai anak buah nad pun suka sangat dengan dia. Sekarang dia dah jadi suami orang, tapi nad bukan minat orangnyer tapi suara dia yang rock-rock tu dengan lagu yang disampaikan memang best..siapakah artis itu?..Black ler..sape lagi. hhehe..layan lagu takkan terpisah sekejap..KAROK JOM


Lirik Lagu Takkan Terpisah - Black (OST Jodoh Itu Milik Kita)

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku
Tersimpan takkan pernah berubah

Andainya kau tahu
Apa maksudku lafazkan cintaku padamu
Dengan cara yang berbeda
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa

Korus
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta

Takkan terpisah......
Takkan terpisah.....

Andai ku tak mampu
Leraikan semua kekusutan yang melanda percintaan kita

Mungkin ini semua
Tetap menjadi satu pertanyaan selagi hati belum ada kepastian
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa,

Korus
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa,
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta..

Takkan terpisah..
Takkan terpisah..

Demi cintaku….
Demi cintamu….

Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta…

Takkan terpisah
Takkan terpisah

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku

SAMA WARNA LAIN JANTINA

in , , by Nadia Johari, 12:37:00
hai assalammualaikum..

Nad ada kenal seorang blogger ni..nad kenal die masa dekat Perasmian Video Brosur di Khadijahs Kitchen..seorang yang cantik, tinggi dan pandai berposing bila di depan kamera..hhehee..Blogger retis ni, jangan main-main..hehe..nama blogger ni Kak Nur Misnan. Kalau dah kenal mestilah add kat facebook untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara blogger. Bila nad tengok gambar dia..eh ada satu yang nak berkenan...apakah dia..hehehe

Inilah yang nad nampak..kucing peliharaan Kak Nur..nampak tak..nampak tak..Kak Nur nad curi gambar jap..hehe...nama kucing ni kopi tak silap..yeke..ke nad yang salah..hahaa..nak tau kenapa nak tertarik sebab dia sama macam Molly nad..hitam, gelap dan muka penyek..hahaha...Kalau tak silap nad kucing Kak Nur ni jantan..hahhhh dah ok la tu..kucing nad pulak betina..hhahaa...Tapi Molly jual mahal..die bukan betina murahan..hahaa..kucing jantan dekat rumah nad semua nak ngorat Molly..tapi Molly tunjuk garang..tak bagi dekat..agak-agak kalau Kopi dekat Molly nak tau..auummmmm..miaauuuuwww...hahaha...yela sama spesis..sama warna pulak tu..


agak-agak korangla..kalau kucing ni bersatu..buat ehem-ehem...anaknyer hitam gak ke..hahahha...habislaaaa..sekadar hiburan..

SI MOLLY BERTUKAR PERANG

in , by Nadia Johari, 00:02:00
hai assalammualaikum

Lama tak cerita pasal dia ni..dah makin membesar dah..sejak aku tinggal dekat rumah sewa memang nad risau pasal dia..ada ke orang jaga dia..ade ke orang bagi makan kat dia..dia ni dahla hitam, gelap..suka tido kat luar..takut terlanggar kereta kang.. alhamdulillah...sekarang badan makin chubby..lain sangat dari mula-mula datang..yela makanan kat sini cukup..asal kenyang je keje dia tido..makan tido..makan tido..dah jarang main sebab takda sape layan die..kesian die..dulu die aktif sekarang dah pemalas...hohoho

kisah dia dari kecik sampai datang rumah aku sekarang dah besar


Ni la die Si Molly gebu hitam..Si Muka penyet..nampak mata je..yang lain hilang..hahhaa..hitam legam betul..yang penting comel..Benda yang paling pelik kat dia  sekarang ialah bulu dia..Ntah macam mana bulu dia dah bertukar menjadi warna lain..nak kata p buat colour takda plak nak buat..hahhaa..ke sebab die selalu berjemur kat luar terus bertukar warna..yela macam orang putih ler..berjemur nak dapatkan warna cantik..hahhaa..Molly memang suka tidur kat luar..dia akan masuk rumah time nak makan je..panggil nama dia terus datang....

Kat rumah nad, kitaorang tak bagi makan whiskies sebab kucing kampung kan..makan-makanan kampung..ahahha..dia makan nasi dengan ikan rebus..licin kau..aritu nad cuba bagi whiskies..mula-mula serasi tapi lama-lama dia muntah..so nad stopkan..sekarang kembali makan nasi dengan ikan rebus..yang penting sihat..


HERO SI KUDUNG TELAH TIADA

in , , by Nadia Johari, 10:54:00
hai assalammualaikum


Seekor kucing bernama Hero telah berjaya menambat hati ramai rakyat Malaysia. Kucing istimewa ini hanya berkaki dua setelah dianiaya kejam dan dipotong kakinya kerana dipercayai mencuri ikan di sebuah restoran. Selepas kaki kucing itu dipotong, ia dibiarkan menderita kesakitan di tepi kaki lima. Korang boleh bayangkan betapa menderita dan sakitnya kucing itu. Kucing ini bernasib baik kerana ditemukan Allah oleh orang yang berhati mulia bernama Hairey. Hairey la yang menyelamatkan kucing tersebut dan merawatnya hingga sembuh..



Pagi ni nad tengok rancangan Nasi Lemak Kopi-O di TV9..tiba-tiba keluar insan berhati mulia ni bernama Hairey menangis kerana kucing kesayanganya telah pergi..Rupanya kucing tersebut adalah kucing yang kakinya dipotong kerana mencuri ikan..Bila tengok Hairey bercerita, nad pun terus tersentuh hati. Kucing itu diberi nama Hero oleh Hairey..Hairey telah menjaga kucing itu sebaik mungkin. Hero telah pergi buat selama-lamanya..Hero sangat tabah menghadapi liku-liku hidupnya..Hairey menceritakan pabila dia hendak pergi kerja dia cakap dengan Hero "abah pergi kerja, tolong doakan abah, terus Hero jilat muka Hairey"..Hero memahami kata-kata Hairey..Nad tau Hero sangat berterima kasih kepada Hairey kerana mahu mengambil dan menjaga dia..



Nad harap keluarga Hairey tabah dengan pemergian Hero..Hero tetap menjadi kenangan.. Allah akan membalas jasa Hairey kerana menjaga Hero dan menggantikan dengan Hero lain.. Nad harap tiada lagi kekejaman terhadap binatang..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang Dr Fuh kasihi sekalian. Mesti ada diantara pembaca yang pernah dengar tentang kisah kucing kudung bernama hero yang dipotong kakinya dengan kejam suatu ketika dahulu kan? - See more at: http://fuh.my/hero-kucing-yang-kudung-dipotong-kaki-dengan-kejam-telah-mati/#sthash.wGUbbP7S.dpuf
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang Dr Fuh kasihi sekalian. Mesti ada diantara pembaca yang pernah dengar tentang kisah kucing kudung bernama hero yang dipotong kakinya dengan kejam suatu ketika dahulu kan? - See more at: http://fuh.my/hero-kucing-yang-kudung-dipotong-kaki-dengan-kejam-telah-mati/#sthash.wGUbbP7S.dpuf
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2