hai assalammualaikum

Yalabest Festival 2014 Di Tasik Titiwangsa - Maaf baru nak update..hahaa..Yalabest Festival telah diadakan tiga hari berturut-turut di taman tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.  Nad dapat pergi sebab ari jumaat tu ada pulak kenduri kawin jiran belah suami buat dekat situ. Selepas habis pergi kenduri kawin nad pun ajak jejaka mafia singgah ke festival Yalabest ni. Yalabest Festival merupakan pesta Thailand, dimana kita dapat mengetahui tarian dan makanan tradisional mereka. Selain itu juga terdapat barangan daripada thailand yang boleh kita beli. Kebanyakan yang jual pun datang daripada Thailand. Nad kene la cakap satu-satu dalam bahasa melayu, sebab cakap laju diaorang jadi blur, tak paham..hahahaha..

Pelbagai persembahan tarian Thailand yang diaorang tunjukkan dekat atas pentas dengan muzik Thailand. Nad tak tengok sangat tarian tu, nad pergi dekat jualan..hahaha.. target sebenar nak pergi cari somtam..yippi..

Pelbagai makanan yang ditunjukkan, daging ni jejaka mafia yang nak. Sebelum beli dia ada bagi tester untuk kita rasa. Kalau sedap belilah, kalau tak sedap tak beli. Kadang-kadang saje nak rasa..ahhahaa... 

Daging ni diletak di dalam buluh, lepas tu dibalut dengan kertas berwarna silver then dipanggang. Macam tu la orang yang jual tu cakap. 

Sebab sedap jejaka mafia pun beli. Satu je tak sedap, sos die..heheheh..Comey orang thailand tu..hehe



Tengah jenjalan tengok apa yang ade lagi, kitaorang tertarik dengan orang yang buat air ni. Semua jenis air ada dan semua jenis air die buat macam teh tarik kau..hahaha.. Milo pun jadi milo tarik. 

Berjoget- joget orang tu buat air tarik..hahaha..tengok mata ku sampai bulat minum hah..ahha

Yeahh akhirnya dapat gak jumpa Somtam. Nyumm...nyummm..ada pelbagai jenis somtam, tapi nad pilih mangga dan pedas. Tak pedas tak ermmm la kann.. 

Nad mula suka somtam lepas layan cerita cerita orang putih yang pergi ke Thailand, lepas tu terserempak dengan budak Thailand ni yang suka mencuri. Bila orang putih ni makan Som Tam terus dia jadi kuat..hahaa..hah penah tengok tak.. 



Som tam ni diperbuat daripada pelbagai jenis bahan yang ditumbuk di dalam lesung besar..sekali makan melilih seh..


SHARE 2 comments

Add your comment

  1. tiba2 teringat memories di YALA, 2 years ago...hik hik hik..

    ReplyDelete
  2. cik nor xmkn somtam sbb dia ltk udang kering..:)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2