hai assalammualaikum

OMGFest 2014 Di Intekma Resort Shah Alam - Sempena mengingati kejadian yang menimpa di Palestin, OMGFest akan mengadakan jualan amal mengumpul derma tabung Palestin bagi mengurangi beban yang dihadapi rakyat Palestin yang diwakili oleh Youth Movement Change. Jualan amal ini akan diadakan di Dewan Sri Bestari bertempat di Intekma Resort  Convention Center Shah Alam. 


Ini adalah kali keempat OMGFest 2014 diadakan. Kelainan kali ini ialah OMGFest akan diadakan selama 3 hari dengan lebih inovatif, meriah dengan diskaun jualan yang amat menakjubkan. Jadi apa tunggu lagi, jangan lupa set masa, set reminder di telefon anda pada 22-24 Oktober pada pukul 10pagi hingga 9 malam untuk datang ke festival amal ini.


Sebanyak 100 tapak niaga dibuka buat peniaga yang menjalankan perniagaan secara online bersama-sama dengan 10 orang artis terkenal untuk berniaga sambil menderma. Hasil jualan akan disalurkan ke Tabung Gaza. Antara artis-artis yang memeriahkan majlis ialah Nora Danish, mawar Rashid, Catriona Ross, Aida Khalida, Arja Lee dan ramai lagi.

Di samping itu, OMGFest Venture juga bekerjasama dengan MyNexa.my sebagai penaja utama hosting akan memberi setiap peniaga online berdaftar secara percuma. Ini adalah untuk memupuk semangat berniaga atas talian buat mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan.

OMGFest atau OH Must Go Festival akan berada di beberapa buah bandar dan sesiapa yang berminat turut serta dalam acara ini boleh la menghubungi pihak OMGFest Ventures di talian 
011-2626 1656 (DAZ)  
019- 279 6275 ( LIZA )
Email : enquiry@omgfest.my
web: www.omgfest.my


Tertarik dengan baju ini. Orang panggil jubah sequin kann..kalau tak silapp..Cantikk kaaannnn...Baju ini diperagakan semasa sidang media OMGFest 2014 di Intekma Resort Shah Alam. Koleksi Pakaian daripada Nine October dan tudung Siti Murni. Anda Tertarik..hah apa lagi jangan lupa datang ke festival amal ni..

 22-24 Oktober 2014

10 pagi hingga 9 malam

Dewan Sri Bestari, Intekma Resort & Convention Center.



SHARE 6 comments

Add your comment

  1. oh ada jualan amal untuk tabung gaza sekali ya.

    ReplyDelete
  2. bersedialah dengan poket yg tebal . confirm byk yg menarik dijual nanti ...

    ReplyDelete
  3. wahhh kena banyak duit bawak nie ^_^

    ReplyDelete
  4. kalu duk kl senang nak pergi...hehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2