BILA SI PUTIH HILANG SEKEJAP...

in , , by Nadia Johari, 20:44:00
hai assalammualaikum

Bila Si Putih Hilang Sekejap - Si Putih ni kucing kesayangan jejaka mafia. Dari kecik dia jaga. Maknya dah hilang, mayb di ambil orang sebab diletak dekat luar. Siapa yang tak suka kucing gebu, muka penyek...hhehehe.. Si Putih ni jantan, jadi dialah peneman jejaka mafia. Apa-apa je mesti die dekat dengan jejaka mafia, dia main dengan jejaka mafia. Sebab tu tak digalakkan letak luar rumah..hehe..kalau nad pun tak sampai hati nak letak luar rumah..cantik kott.. Harini tanpa sedar dia hilang. Macam mana kitaorang boleh lupakan dia..hasihh

tengokla tu..manja betul

Dari pagi sampai ke maghrib kitaorang tak sedar pun Si Putih hilang. Nad sibuk dengan hal rumah. jejaka mafia sibuk dengan mengedit gambar...tapi selalunya dia ada dekat-dekat ruang tamu  atau..dia pergi dekat tuannya , jejaka mafia temankan dia buat kerja. Masa kitaorang makan mesti dia ada dekat-dekat situ..tapi harini tak perasan pulak sampailaa...

Time maghrib jejaka mafia tanya" mana putih".. Nad pun cakapla"takde kat bilik abang ke".. Di cakap takde.. Punya cari satu rumah..confirm takde..sebab kalau jejaka mafia panggil mesti dia keluar..ni tak keluar.. Memang sah keluar..tapi bila masa keluar.. Agaknya masa nad siram pokok bunga pagi tadi..bersihkan halaman rumah... Nad pun tak perasan.. Jejaka mafia dah meroyan dah..Kucing kesayangan dia hilang..

Tadi panggil dia dekat luar, sambil goncang-goncangkan makanan dia yang ada dalam bekas..Putih memang pantang makanan dengar makanan digoncang sebab tau waktu untuk makan. Bila kitaorang panggil dekat luar, sekali nampak Putih dekat rumah jiran sebelah..fuhh nasib baikk...nasib baik jiran tak nyorokkan ke..manala tau kan....nasib Si Putih ni pintar jugak sebab dengar makanan dia digoncangkan..hehe...haishh..kene alert lepas ni..kalau tak jejaka mafia meroyan lagi..
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. hehehe kenapa si putih... warna mcm kelabu...ke ada cerita di sebalik nama

    Mode: kepohchi nak tau hehee

    ReplyDelete
  2. Nasib baik jumpa, kalau tak mesti sedih kucing cantik macam tu hilang. Semoga si putih selepas ni tak keluar dah merayau-rayau.

    ReplyDelete
  3. kucing ni penghibur hati kan

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2