hai assalammualaikum

Kisah Petola dan Peria - Tadi nad masak sayur petola..tetiba teringat kisah dahulu ketika remaja..eh sekarang pun remaja jugak..hehe.. Kisah ni bertahun-tahun yang lepas bila pertama kali si anak dara belajar memasak...hahhaa..Biasalah, bila kadang-kadang masuk dapur, memasak pun tau yang mana jela..setakat goreng-goreng masa tu bolehlaa..masak sayur tumis je pun okk..reti la kan..setiap hari bahan kene ingat dalam kepala..hahaha..kelakar bila ingat

Petola dan peria ni, kedua-duanya warna hijau dan kategori sayuran. Tapi sayur petola manis dan sayur Peria adalah pahit. Ramai tak suka makan peria sebab rasanya pahit. Dulu nad pun tak suka gak sebab pahit, tapi sejak belajar study, cuba makan peria lagi dan lama-lama ok..sedap je sebenarnya..Uitt melalut dah ni..ok kembali kisah Petola dan peria ni zaman remaja..hehe..

Setiap kali masuk dapur nad selalu tengok mak masak. Cara mak potong, dan semuanya la..Tapi bila tak tulis atau tak masukotak memang lupa. Mak dengan ayah berniaga barang dapur. Seawal pagi diaorang akan keluar berniaga dan balik dalam pukul 1-1.30 petang gitu. Dan nad dekat rumah, kenela masak. Yela mak penat-penat balik, mesti nak makan kan. Lepas tu masa tu adela satu sayur ni. Sayur petola sebenarnya, tapi masa tu nad tak tau tu sayur petola, yang nad tau mak ade keluarkan isinya...haha..ape lagi sayur petola tu habis semua isinya nad buang..haha..padahal yang mak buang isinya ialah sayur peria...kahkahkah..hancur sayur petola tu nad buat..

dah siap mak balik, mak cakap "diah awat sayur ni macam ni, ko buang isinya ke"..orang tua dah lama memasak taula apa dah jadi dekat sayur tu..hhahhaa..nad bantai gelak je..terus nad cakap "mana diah tau"..bahahahha...lepas daripada situ aku dah dapat bezakan Petola dan Peria..kihkihkih...Dapat bayangkan macam mana sayur Petola bila dibuang isinya..hehee

Inila rupa Petola dan Peria



Petola atau juga dikenali sebagai petola segi (nama sains: Luffa acutangula) merupakan buah dalam kategori sayuran hijau. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Luffa atau Loofah/Lufah (dari bahasa Arab لوف) dan merupakan tumbuhan tropika dan sub tropika menjalar tahunan yang terdiri dari genus Luffa. (sumber google). Sayur petola nad biasa buat sup sayur je..


 Peria katak (bahasa Inggeris: bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia (sumber google). sayur Peria pula nad biasa tumis je..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. Hhaha blh plak klau d buang isinya, tgl la kulit hihihi

    ReplyDelete
  2. peria tu feveret saya kalau potong nipis2, celup telur, golek2 atas tepung goreng ayam. pastu goreng. sedapppp

    ReplyDelete
  3. Dua dua ena tak suka makan. Tapi macam mana nak kasi sukaaaa sebab dua2 sayur ni memang baik untuk kesihatan. Sobsss

    ReplyDelete
  4. Dua-dua saya tak suka. Lagi-lagi peria. Hehe ;D

    ReplyDelete
  5. petola masak air... peghhh.... sedap...
    sedap tu peria masak sambal.... rebus wat ulam pun sodap... ^__^

    ReplyDelete
  6. macam mana rupanya bila petola dibuang isinya kan. hehehe.. xpe nad. practise make perfect kan. klu fyna plak, dulu mak suruh beli ikan kembung tapi fyna dengan yakinnya beli. tapi.... salah. fyna beli ikan selar. gulp..

    ReplyDelete