hai assalammualaikum

Pemanis Semulajadi Stevia - Siapa tak suka benda yang manis. Semua orang suka tak kira orang muda atau orang tua. Manis itu datangnya daripada gula. Gula selalu diletakkan di dalam makanan sebab nak sedap. Samala macam mak nad, masa masak mesti bubuh gula, jadi anak dah biasa makan dengan menggunakan gula, biasalah orang jawa..hehehe..

"Racun paling utama dalam pemakanan kita, tanpa manusia sedari ialah gula. Gula yang dimakan, mempunyai molekul yang kecil dan mudah menjadi tenaga dalam tubuh. Jika tidak digunakan akan ditukar menjadi lemak dan menyebabkan penyakit kencing manis dan obesiti. Kencing manis pula,menjadi penyebab utama kepada penghidapnya menjadi buta, dipotong kaki dan akhirnya kegagaglan buah pinggang. Oleh itu fikirlah pilih makanan sedap atau makanan sihat. " Prof Dr Muhaya 

Seperti yang kita tahu, gula datang daripada pokok tebu. Namun selain tebu, sejenis tumbuhan bernama Stevia juga boleh dijadikan gula. Ramai tak tau ape tu stevia. Stevia ni merupakan pengganti gula yang mampu mengurangkan penyakit. Rupanya Stevia ni dah lama digunakan sejak dahulu lagi cuma tak di modenkan sampai la sekrang ni dia muncul.

Apakah itu Stevia ?

 Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside.

Kegunaan Royal Sweetener Stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.
Stevia dalam botol 10ml

Di samping rasanya yang sedap, ekstrak stevia adalah selamat dan tiada kesan sampingan. Ekstrak stevia tidak mengandungi kalori dan tidak menaikkan paras gula darah. Oleh itu, ia adalah pilihan bijak bagi penghidap pra-diabetes, diabetes dan mereka yang mengambil berat tentang kesihatan.
Sebagai pemanis semula jadi, rasa stevia tidak seperti gula tetapi ia tetap menjadi pengganti gula yang terbaik. Nak tau sejarah stevia, boleh baca Sejarah Penggunaan Dan Kajian Daun Pokok Stevia

Royal Sweetener Stevia  yang juga dikenali sebagai daun manis atau pokok gula banyak kelebihannya. Selain manis semulajadi, kelebihan lainnya adalah;
  • Mengimbangkan kandungan gula dalam tubuh badan.
  • Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan.
  • Melicin dan memutihkan kulit serta awet muda.
  • Sebagai pemanis semulajadi, sesuai untuk semua peringkat umur lelaki dan perempuan.
  • Membantu menurunkan kadar gula dalam darah (sesuai untuk pesakit Diabetes dan Hypoglycemia).
  • Membantu menurunkan tekanan darah.
  • Membantu sistem penghadaman badan.
  • Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
  • Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan (Obesiti).
  • Melawaskan pembuangan air kecil.
Cara Penggunaan 
Percaya atau tidak bahawa satu botol Royal Sweetener Stevia bersamaan 300 titis.WOWWWW!!!

Testimoni Pengguna Royal Sweetener stevia atau Pemanis semulajadi Stevia


 Testimoni pelanggan yang telah menggunakan Stevia..memang berhasil..
 

Bagi anda yang nak cuba dapatkan produk ‘Royal Sweetener Stevia’  dan mengetahui harganya, boleh hubungi:
Telefon : 07 232 5935
Facebook : rccglobalsdnbhd
Semuanya ada di SteviaManis.com


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

19 comments so far,Add yours

  1. kalau ambik daun dia tu makan terus memang rasa manis eh ?

    ReplyDelete
  2. produk yang bagus bagi menggantikan gula dan dapat memberikan kesihatan yang baik....

    ReplyDelete
  3. Oh..baru tahu..thanks info. Boleh la carik lepas ni. Selalu pakai brown sugar je

    Jemput la singgah dan follow

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/11/cara-hilangkan-sakit-badan-akibat-anak.html

    ReplyDelete
  4. Daun stevia ni pun manis. Ada g buat pengganti gula stevia ni Nad ^__^

    ReplyDelete
  5. Bagus ada produk alternatif kpd gula macam ni... mmg betul gula ni tanpa kita sedar adalah 'racun yang sedap'... banyak betul penyakit berpunca daripada gula... kita pulak kalau tak makan makanan manis atau minum minuman manis dalam sehari mcm tak sah gitu kan...

    ReplyDelete
  6. Hehehe ni penggantigula la ni hehe..Dulu pernah jugak dengar tapi senyap sekejap sekarang ni naik balik ...

    ReplyDelete
  7. Produk ni mmg bagus untuk kesihatan ..

    ReplyDelete
  8. selalu orang kencing manis pakai nie

    ReplyDelete
  9. iman pernh minum..mnis semulajdi betoi.sedap tau

    ReplyDelete
  10. nampak gaya kena cari pokok ni,mana tau boleh guna masa2 kecemasan..

    ReplyDelete
  11. one day kena guna yang ni je semua,, terutama yang dok kelantan,, seram betul yang kencing manis,, huhuu

    ReplyDelete
  12. Bagus juga stevia ni...rasa manis tapi kurang bergula..

    ReplyDelete
  13. X pernh lgi merasai ni, blh d cuba

    ReplyDelete
  14. klu ada jual pokok ni kat nursery nak gak membelinya ... sis jawa juga tapi tak guna gula dlm masakan mlh x suka masakan yg manis mcm org kelantan tu ... cuma ada masakan tertentu sis suka manis cam rendang ...

    ReplyDelete
  15. stevia ni sangattt baguss. boleh ganti gula. hehe

    ReplyDelete
  16. Memohon Pinjaman segera dan Gadai janji, telah anda pernah ditolak terus-menerus oleh bank-bank dan institusi kewangan lain, Kami di Tawaran COVENTRYLETON PINJAMAN SYARIKAT pinjaman daripada 1,000 hingga 100,000.000.000 anda perlu 18years dan ke atas untuk memohon, membalas kini melalui e-mel coventryletonloancoperation@gmail.com untuk maklumat lanjut.

    KAMI MENAWARKAN jenis-jenis JUMLAH PINJAMAN:
    * Pinjaman Penyatuan Hutang
    * Pinjaman Perniagaan
    *Pinjaman peribadi
    * Pinjaman Perumahan
    * Kewangan Kereta
    * Pinjaman Commercial
    * Pinjaman Pelaburan
    NOTA: Kami memberikan anda pinjaman dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 3% dan pinjaman jangka masa 1 hingga 25 tahun untuk membayar balik pinjaman. kenalan e-mel:
    coventryletonloancoperation@gmail.com Jika anda mempunyai mana-mana masalah di atas, hubungi kami sekarang untuk mendapatkan bantuan

    ReplyDelete