hai assalammualaikum

Nama Anak Rozita Che Wan Dan Fasha Sandha - Kedua-dua artis ni sama cantik, dengan mempunyai kulit yang gebu dan putih. Cuma Che Ta suka bermekap lebih..hehee..Kedua-duanya merupakan pelakon yang terkenal. Alhamdulillah kedua-dua pelakon ni telah selamat melahirkan bayi yang sangat comel. Kedua-dua artis ni melahirkan anak perempuan.

Nama Anak Rozita Che Wan dan Zain Zaidin ialah Aaisyah Dhia Rana



Pasangan sensasi, Rozita Che Wan dan Zain Saidin menyambut kelahiran bayi pertama mereka. Menurut pengurus Rozita atau Che Ta, Afeeq Inarqio Abdul Wahab, pelakon popular ini selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital KPJ Ampang Puteri Specialist pada jam 2.18 petang tadi. Jelas Afeeq, Che Ta dimasukkan ke hospital pada jam 8.00 pagi tadi setelah mengalami tanda-tanda mahu bersalin. Che Ta bersalin secara normal dan ditemani oleh Zain sepanjang proses bersalin. Pasangan itu telah sepakat untuk memilih nama Aaisyah Dhia Rana untuk puteri sulung mereka yang merupakan gabungan pilihan nama Zain Saidin dan Rozita Che Wan.

Nama Anak Fasha Sandha dan  Jejai ialah Putri Raysha Jemaima




Jutaan tahniah diucapkan kepada Fasha Sandha dan Jejai atas kelahiran puteri sulung mereka. Nama yang diberikan ialah Putri Raysha Jemaima. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Jejai sendiri menerusi laman Instagramnya. Jejai juga turut memaklumkan yang si anak dan si ibu berada dalam keadaan baik. Jutaan tahniah diucapkan. Semoga Putri Raysha Jemaima membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang solehah. Tahniah buat keluarga Fasha Sandha atas kehadiran si comel ini.

Nama yang sedap..supaya menjadi anak yang baik..

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. comel sangat anak che ta tuh! geram tengok..

    ReplyDelete
  2. nma ank bukan main sedap.. nnt msti pakat2 nk boh nama anak sama ja mcam nama ank diorg

    ReplyDelete
  3. lepas bersalin muka pn cantik2 je. jelus tgk

    ReplyDelete
  4. Subhanallah, comelnya anak rozita ceh wan..putih mcm muka bapa dia..hihih..tahniah dapat baby baru :)

    ReplyDelete