hai assalammualaikum

Tips Mop Lantai Elakkan Bakteria - Aktiviti mengemop lantai, memang pikir balik huishh malasnya..yela, mop bukan satu tempat tapi banyak tempat, pastu nak menyental lagi,.haha..tapi nak taknak kene buat jugak kalau tidak bakteria banyak dekat lantai. jadi nad seminggu sekali mop lantai. Yela kalau sapu je tak nampak bersih sangat lantai ni. Bakteria ada di mana-mana sahaja, kita tak nampak..jadi sebagai pencegahan kita mengemop lantai bagi hilang bakteria. Bila dah mop mesti nampak bersih dan berkilat je kan lantai.

Kalau dulu nad mop cuma isi air sejuk dengan sabun pencuci lantai, tapi kakak nad pesan, bila nak mop guna air panas baru bakteria mati..Nad ada perasan dekat kedai makan pun mop lantai guna air panas yang mengelegak panas. Nad pun terfikir balik, betul gak sebab sebelum ni nad tak guna air panas, dah mop pun rasa macam tak selesa je kaki ni, rasa gatal-gatal. Then lepas guna air panas, semuanya ok. Mungkin bakteria dah mati sebab kena air panas.hehe..


Pertama sekali, nad akan sapu dahulu semua tempat bagi bersih dan tiada sampah semasa nak mengemop. Yela kalau korang tak sapu dulu, korang terus mop, habis melekat. sampah pastu basah sebab kene air mop tu. Jadi tak berapa bersih la kan. Jadi kasi sapu bersih dulu dengan menggunakan penyapu..hehee..Sedang korang sapu, korang boleh panaskan air dahulu untuk digunakan untuk mop nanti

Lepas tu, korang kene decided mana nak mop dulu. Macam nad, mop ruang tamu dulu, sebab ruang tamu besar dan kalau mop ruang tamu dulu cepat kering..hehee..Lepas tu pergi ke bilik pulak, last sekali bahagian dapur. sebab dapur paling kotor. Kalau boleh tukar air..Bahagian dapur la banyak bakteria, jadi memang mwajib guna air panas.


Lepas air dah masak, korang amikla 
1) bekas mop
2) mop 
3) sabun. 

Letak air sejuk sikit, lepastu letak air panas yang memang panas. Lepas tu letak sabun. Nad guna sabun Dettol ni.. sedap je bau dia..Wangi betul..Goncang-goncangkanla sampai nampak buih sabun tu. Lepas tu perah air sikit dengan memutarkan mop dekat tempat putar mop tu. Takkan nak guna air banyak kan, kang banjir kang.


Lepas tu tebarkan mop, bagi nampak lebar..dan mop la..Mop ke kiri dan ke kanan..atas dulu baru ke bawah.. Masa ni boleh pasang kipas untuk keringkan cepat..hehee..


Berkilat je..bersih pun bersih..janji bakteria takda..ok..


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

9 comments so far,Add yours

  1. fyna tak pernah letak air panas tue. ok baru tahu cara baru. boleh lah try lepas nih ^_^

    ReplyDelete
  2. Ok slalu guna air sejuk, ok fine lps ni nak guna air pns plak..tq good info

    ReplyDelete
  3. Kalau guna,air sejuk, bkteria xmati.. Tapi dia tarik selimut. Sejuk katanya, best tdo :)

    ReplyDelete
  4. wahh memang berkilat lantai tuu..terbaik

    ReplyDelete