KEMBALI BERSUKAN

in , , by Nadia Johari, 00:58:00
hai assalammualaikum

Kembali Bersukan - Dah lama rasanya tak bersukan..perut pun dah makin membuncit..badan cepat lesu..semakin hari semakin layu..ooppssss!!!!..bukan nad ok..tapi jejaka mafia..kihkihkih..nad exercise hari-hari dekat rumah..tapi teringin gak nak exercise dekat gym..huhuhu..Sejak jejaka mafia kawin ni, memang rutin dia dengan kerja saja. Hati dia memang nak kembali macam dulu, sebelum kami berkahwin, aktif main futsal..itulah salah satu rutin dia untuk bersukan. Sebab tu badan dia maintain je..kuruihh...haaha..Masa muda dia pemain bola sepak, tapi kaki dia injured, so bertukar kepada futsal.



Setelah dua tahun tinggalkan permainan futsal, akhirnya dia kembali bermain..hehehe..nad ofkos support..mesti nak suami nampak cergas dan aktif. Ko rasa, dengan umur 40 an..larat lagi ke??.. Hahh..yang tu tolak tepi..bersenam ni tak kira usia tua atau muda. Bersenam kan penting untuk kesihatan tubuh badan kita..Dengan bersukan, otak kita akan bertambah cerdas..Masa tulah ko takkan pikir soal kerja..ko akan tumpu kepada bola tu je dan meluangkan masa dengan kawan-kawan..dapat tambah kawan pun lagi..



Dari segi kesihatan, sukan dapat membantu membina tubuh badan yang sihat dan kuat dimana ia dapat mempertingkatakan pengaliran darah kita. Sebab tu nad hari-hari cakap dengan jejaka mafia, pergilah bersukan..pergilah bersukan..lagi-lagi dengan umur die yang semakin meningkat..sakit tu akan datang dengan macam-macam..so nak elakkan..dengan cara bersukanla.. 



Haritu nad temankan jejaka mafia main futsal..Fuhh masih bersemangat lagi dia main..dua tahun tinggalkan kot..kihkihkih...tengok skill dia..tengok dia berlari..hehee..ade jugakla terjatuh..biasalah tu..

Ape-ape pun 2015 ni kene rajin lagi untuk bersukan..yeahh..majulah sukan untuk negara..ehhh..




PISANG GORENG CHEESE DARI JOHOR

in , by Nadia Johari, 13:16:00
hai assalammualaikum

Pisang Goreng Cheese Dari Johor - Sebelum ni makan goreng pisang kosong je..Sekarang!!!,..ade campuran cheese dan coklat lagi kau.. Pisang Goreng Cheese memang dah jadi trend sekarang ni..sampai aku meleleh tengok diaorang post..kahkahkah..kan nad penah cerita nak mengidam Pisang Goreng Cheese ni..entry dekat SINI.. tak sangka akhirnya kawanku memahami diriku..hahaha..


Punyalah jauh nad merantau baru dapat Pisang Goreng Cheese ni..hahaa..padahal yang dekat ada, tapi apakan daya, menuggu jejaka mafia free tu entah bila. Sabtu lepas nad pergi ke Johor, kenduri kawan nad kawin. Balik dari kenduri kawin, nad dengan kawan-kawan lain singgah ke rumah Sue kawan lagi satu yang duduk dekat Johor jugak. Kami semua kawan satu UUM. Yela dah alang-alang, singgahla rumah dia. Tak sangka pulak dia pergi beli Pisang Goreng Cheese..hahhaa...macam tau-tau je nad ngidam..Teruja!!! Senyum riang nad nampak pisang goreng cheese tu..hahaha..Die beli yang ada bersalut cheese dan coklat..nyumnymm.. Macam banyak je pisang die sumbat..puas hati kauu..


Sekali rasa..urmmmppphh..mantapp..dua kali rasa..heaven sangatt..hahaa..berkali-kali rasa..fuhh..terbaikkk!!!...Memang makan tak pandang kiri kanan..makan sambil tengok tv, layan runningman...sambil minum air nescafe..Disebabkan tekak tak boleh minum air nescafe, jadi minum air kosong jela..heehee..

Dan sekarang nad teringin lagi nak makan Pisang Goreng Cheese ni..hahaha..Terima kasih sue..

TUTORIAL OPEN LINK IN NEW TAB

in , by Nadia Johari, 22:40:00
hai assalammualaikum

Tutorial Open Link In New Tab - Dua hari blog senyap..badan letih..baru balik dari Johor..mana tak letih..balik hari kan..bertolak pagi..petang balik..pergi kenduri kawin kawan je..harini baru on laptop..nak update blog kesayangan..sebelum nak cerita pasal dekat Johor..nak buat tutorial ni sekejap..Mesti ramai dah tau, mungkin ada yang tak tahu lagi..jadi nad buatla tutorial ni..


Tutorial nad nak buat ialah buka link entry lain dalam new tab yang baru..Cara ni memudahkan kita untuk membaca entry dia sebanyak mana yang boleh. Nad selalu buat..senang..takyah la kita nak buka satu-satu entry dia dalam new tab yang sama..kalau lain-lain new tab senang, dan cepat. Kelebihan Open link In New Tab:
1) Banyak pencarian dan pembacaan
2) Entry sebelumnya still ada dan takkan hilang selagi tak tekan pangkah (X)
3) Lebih efisien
4) Meningkatkan visitor
5) Memudahkan pembaca

Tutorial Open Link In New Tab



1) Pergi  ke Template - Edit HTML


2) Cari perkataan code <head> . Cara nak cari tekan CTRL+ F, lepas tu tekan perkataan tu..nanti jumpa la..


3) Copy dan paste code <base target='_blank'/>  dibawah  <head> . Seperti dalam gambar.

4) Save dan tengok hasilnya.

Selamat mencuba.

PAGI-PAGI URUSKAN MEREKA DULU

in , , by Nadia Johari, 08:41:00
hai assalammualaikum

Pagi- pagi Uruskan Mereka Dulu - Bila kita bangun diaorang pun bangun..bila kita tido..diaorang pun tido..pantang nampak kitaorang bangun terus ikut ke mana kita pergi..tapi tu time diaorang lapar la..kalau tak lapar memang buat hal masing-masing..biasalah makhluk Allah ni..memang bijak..time makan dekat dengan kita..yela..sapa lagi nak uruskan makan minum berak diaorang kalau bukan kita..kalau diaorang pandai buat sendiri memang hebat..hehe..


Siapa lagi kalau bukan Si Putih, Mona dan Belang..pagi-pagi nad bangun je terus diaorang datang dekat..mengiauw...aiyarkk..Masa tu la uruskan diaorang satu persatu..mula-mula sekali tempat diaorang berak. Walaupun diaorang dah ade bekas tempat dia berak,.. kita gak yang kene timbuskan..kalau tak bau..bila dah penuh, kene buang najis tu dalam plastik..takkan nak biarkan..diaorang mana nak berak yang dah penuh taik..lagi-lagi Si Putih, dia tak reti nak timbus taik dia..tak tau la nape..kalau Mona tu dia tau la...


Lepas tu tukar alas tempat tidur dia..tempat alas nad lapik dengan suratkhabar je..kadang-kadang air tertumpah dah tempat alas sangkar tu basah..dah nak kene tukar..kadang-kadang Mona dimasukkan dalam sangkar waktu malam..sebab malam dia akan bising mengiawww..jadi masuk dalam sangkar senyapla dia..bila masuk sangkar die kencing, berak dalam tu..dah kene tukar alas tu..fuh..termasukla belang..Si Putih pun kadang-kadang kene kurung sebab degil..denda kene masuk dalam sangkar.

Bila dapat keluar sangkar..hah ngikut jela kita ke mana..


Last sekali..ni la yang mereka nantikan..makanan diaorang..hahaa..masa tu amikla bekas masing-masin..letak satu-satu makanan dalam bekas..dah setel baru bagi..bagi still makan ubat nad campur dalam makanan..tak reti nak bagi ubat dalam mulut terus..yang penting diaorang makan ubat tu..nad bagi frieskies dengan tuna..tu la makanan diaorang..Mona pun dah ok..jadi dah boleh makan Frieskies..

Lepas diaorang dah kenyang..buatla hal masing-masing..gitula rutin pagi nad..lepas tu baru buat sarapan..heheee..oh belang tu kucing yang mana pulak??.. Tu nanti nad cerita..hehe


hai assalammualaikum




Wordless Wednesday : Memek Muka Si Comel - Comel je kan bila budak-budak buat memek muka..kite pun turut tersenyum..hehee..

TIPS MELIPAT KAIN DENGAN TERSUSUN

in , , by Nadia Johari, 20:22:00
hai assalammualaikum

Tips Melipat Kain Dengan Tersusun - Bab membasuh baju ok lagi, bab menyidai baju pun ok lagi..bab amik baju dekat penyidai pun ok lagi..tapiii..bab ni yang lemah..hahahha..bab melipat baju..kalau dibiarkan boleh berlambak baju hah..bukan sebakul tapi berbakul-bakul..kalau yang memang tahap malas tu, hantar dobi je siap package lipat baju lagi..datang tinggal amik je lepas tu masukkan dalam almari..banyak sangat duit kau nak hantar dobi..lagi satu upah orang untuk lipat baju kau..hehehe..

Ni baru dua orang, tengok pun macam nak muntah..hahaa...dengan baju tshirt, seluar, baju kurung lagi..tu baru luaran dalaman lagi..hohoho..Kalau baju yang seminggu ok lagi, tapi kalau yang dah berminggu-minggu..sebulan ka..hahaha..tak ke naya..lagi bergunung-ganang jadinya..lipat baju ni pun nak kene tunggu ade mood..kalau boleh kadang-kadang terfikir, sumbat je dalam bakul lepas tu nak guna amik dekat bakul je..hahaha..sampai macam tu sekali, tapi sebagai perempuan naluri nak nampak kemas tu sentiasa ada..jadi kene lipat jugak baju.

BANJIR BESAR TAHUN NI

in , , by Nadia Johari, 16:39:00
hai assalammualaikum

Banjir Besar Tahun Ni - Pagi ni tengok whatssup, cerita tentang banjir di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak.. Perasaan bercampur, sedih, risau walaupun bukan nad yang mengalaminya atau keluarga nad namun sebagai insan yang mempunyai perasaan, benda tu pasti ada. Apa lagi yang ahli keluarga di berada di Pantai Timur..kerisauan bertambah bila sebahagian keluarga #kelabbloggerbenashaari berada dalam situasi ni.. Kesian melihat mereka yang mengalami banjir besar ni. Dikatakan banjir itu disebabkan "fenomena New Moon"..

Bertambah sedih bila melihat gambar, video yang dipost dekat whatssup..T_T...ada satu video bila nampak budak berpaut nak dibawa arus dera...Ya Allah..jagalah anak-anak kecil jangan bagi air banjir yang dalam tu..Lagi risau dan sedih ade sebahagian tempat yang tak dapat bantuan..risaunya kita bila dengar voicenote tu..T_T...dengar suara die, buat kite sedih sebab kita tak dapat buat apa-apa..Terfikir tentang orang tua..anak kecil..Ya Allah...

"Ya Allah perintahlah bumiMu untuk telan air ini..Dan perintahlah langitMu untuk hentikan hujan ini"


" Sesungguhnya banjir adalah ujian daripada Allah. Sekalipun ia pahit, namun kadang-kadang ujian ini bertujuan membersihkan dosa dan mengangkat darjat"..Kepada mangsa banjir semoga terus bertabah..mari kita sama-sama doakan mereka berada dalam keadaan yang selamat.  Semoga banjir cepat surut dan pulih sepenuhnya.

MAKANAN YANG AKU TERINGIN NAK MAKAN

in , , by Nadia Johari, 00:20:00
hai assalammualaikum

Makanan Yang Aku Teringin Nak Makan - Ermm tengok orang asyik pos je..kalau orang tu pos sekali takpe..ni dah berkali-kali ni..yang post bukan orang sama tapi lain-lain orang..adoii mana tak melelehh..semua cakap sedap..selalu nad save tempat mana diaorang pergi..sebab kalau free nanti bolehla nad pergi ke tempat tu..ade jugak yang lagi dekat dekat rumah nad..semuanya kene tunggu big boss free..terpaksa la nad menelan air liur je bila tengok orang post..tengok orang makan jela..

sumber gambar Azlitamasammanis.com
Makanan ni dah lama muncul, tapi nad tak berkesempatan lagi nak rasa. Makanan apa yang nad cakpakan ni?? Apa lagi kalau bukan Pisang Goreng Cheese, bukan sahaja cheese malah ada coklat dan macam -macam lagi..ayoyoyo..Keinginan nak merasa tu membuak-buak..hahaa..Walaupun pisang goreng cheese ni kita boleh masak sendiri..ermm tau-tau jela..kadang-kadang takut tak jadi macam yang kita harapkan..sentiasa survey tempat yang sedap..takpe-takpe..sekarang pendam dulu..nanti pujuk bigboss..hehhee..


sumber gambar dari facebook D'Laila Suppower
Makanan kedua pulak..Mee Udang D'laila..pergh superb bila tengok udang tu..hahaha..nad dahla suka sangat dengan udang..Mee Udang D'Lailani dekat Nilai..ermm..jauh memang jauh tapi tu la bila dah teringin mesti nak kene pergi jugak..tapi tak tau bila..kene pujuk big boss dulu..kihkihkih..kalau dapat hah..baru leh tersenyum..takpela..simpan hasrat ni dulu..

( Baby muncul cepat..bolehlah mama bagi alasan awak yang teringin nak makan..kalau tak dapat nanti air liur baby asyik meleleh je..kihkihkih )
hai assalammualaikum

http://akifimtiyaz3.blogspot.com/2014/12/segmen-bloglist-januari-2015-by-akif.html

❤ Segmen Bloglist Januari 2015 by Akif Imtiyaz ❤
Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di akifimtiyaz3.blogspot.com akan bermula pada 22 Disember 2014 dan akan berakhir pada 30 Disember 2014. Semua sahabat di jemput memeriahkan Segmen ini.
hai assalammualaikum

Festival Light And Motion Putrajaya 2014 - Bab-bab macam ni jejaka mafia laju la..jurugambar mesti takkan lepaskan moment ni. Masing-masing nak tunjuk skill masing-masing...dan nad, kene follow dan dipaksa belajar cara nak ambil gambar gune DSLR..hhhahaa..ape guna kalau hubby jurugambar tapi isteri tak reti ambik gambar guna DSLR..hahahhaha..nak taknak kene jugak..lagi-lagi time moment macam ni..berlampu..setahun sekali je..


Festival Light And Motion di Putrajaya telah diadakan pada 12/12/2014 - 14/12/2014.. nad pergi last sekali masa penutupan festival lampu ni. Pergi awal dalam pukul 4 petang gitu sebab dah tau akan ramai orang datang, lepas tu parking lagi. Bila datang awal parking pun senang, nak amik port untuk amik gambar pun senang. Port jejaka mafia dekat dengan laluan masjid tu..nad ikut jela..




Dalam pukul 7.30 malam die hanya buka lampu pokok je..belum buka sepenuhnya..lepas pukul 8.30 malam lepas solat isyak, baru penutupan festival lampu ni bermula..dan semua lampu dibuka. Nad sempat amik gambar mana yang nad amik je..yang lain dekat kamera DSLR jejaka mafia..hahaa..ok jom layan gambar..


 Ais ni dari mula sampai la nad nak balik tak siap-siap lagi die ukir..haha..



Keadaan memang betul-betul gelap..yela die cuma pasang lampu yang mana die letak je..Bestnya muzik yang dia mainkan masa light demo yang dipancarkan pada Istana Kehakiman.Light demo yang ditunjukkan memang awesome..boleh bayangkan macam mana dari istana kehakiman tu dibina sampai siap..hahaa..bayangkan je..

Ini sahaja yang nad snap guna ipad..dslr memang banyak la..naknunggu tu lama..hhaha..cantik memang cantik..
hai assalammualaikum


Piala AFF Suzuki 2014 : Malaysia Naib Juara : Tamat la sudah Piala AFF Suzuki 2014 antara Thailand dan Malaysia. Start pukul 8 malam tadi..macam biasalah, nad mesti jadi macam SINI..hahaha..tapi jejaka mafia paksa suruh tengok..konon die cakap kalau aku nengok Malaysia akan menang..hahaha..sampai macam tu sekali..tapi tak sanggup deh nak nengok..tapi bila gol pertama Malaysia..yeahhhh...lepas tu goal lagi..yeahhhh..dan goal lagii...yeahhh..jerit masa tu..hahaa..


Punya kita yakin Malaysia akan menang dan mengharapkan Malaysia menang bila mendahului 3-0..kalau boleh jangan bagi Thailand masuk gol..Tapi hampa..bila kene tendangan percuma ..ku pikir tak gol dah dah di tapan dengan penjaga gol..tapiiii...Si Hensem tu datang dan menjaringkan gol..perghh..mana dia muncul pun tak tau..aiyarkkkk...dan lagi satu gol untuk Thailand...


Kemenangan berpihak kepada Thailand...Walaupun Malaysia mengatasi 3-2 di tempat sendiri, namun dari kiraan agregat, kemenangan berpihak kepada Thailand kerana telah sedia mengutip 2 ata di negara mereka sendiri.. ermmm..Adat bermain ada menang ada kalah..bola itu bulat..apa-apa boleh terjadi..eheh ape aku melalut ni..haahha...Harimau Malaya dah buat yang terbaik..
hai assalammualaikum

Filem Preview : Rumah Pusaka Di Simpang Jalan : Hari Isnin bersamaan 15/12/2014 nad dapat jemputan ke tayangan perdana filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan. Ini kali pertama nad join tayangan perdana. Sebelum- sebelum ni takdapat pergi sebab jauh..yela selalu buat dekat kuala lumpur..jadi tak adapat join..sekarang dah stay kl senang la sikit nak join blogger ni. Macam biasa ajak jejaka mafia sekali sebab setiap seorang boleh bawak sorang..siapa lagi den nak bawak kalau bukan kekasih halal saya ni..huhuhu..


Tayangan perdana ni dibuat dekat TGV KLCC..jadi dekatla dengan rumah..takdela dekat sangat macam sebelah je..hahaa..Pendaftaran dibuat pada pukul 8 malam.


Masa tengah daftar, time-time tu pengarah ni keluar..hehe..Siapa lagi Mamat Khalid lee..cerita nad nak tengok ni pun arahan die jugak. Dah kalau die yang buat cerita mesti lawak kan..tengok je filem arahan die yang lain seperti Hantu Kak Limah Balik Kampung dan Zombi Kampung Pisang..hehe..

Sebelum masuk panggung wayang kmi semua disajikan dengan pelbagai makanan. Terdapat pelbagai media dan artis yang hadir.



Sempat jugak bergambar dengan fida dan pekin..Comel je Fida..kechik molek..kali pertama tengok tayangan perdana, bila tengok ramai artis datang..terpegun sekejap..hehee


Lepas tu, kami dibawa ke panggung wayang. Sebab masing-masing dah tak sabar macam mana cerita Rumah Pusaka Di Simpang Jalan ni. Nad dengan geng blogger lain amik seat bawah sekali.



Sinopsis cerita
Rumah Pusaka Di Simpang Jalan mengisahkan beberapa Ahli keluarga Datuk Semerah Setongkol yang masih hidup  dipanggil ke sebuah rumah pusaka untuk menerima harta peninggalan warisan nenek moyang mereka. Mereka semua dijemput ke rumah nenek moyang mereka dan disambut oleh Johar Zulkifli (Syuk SYJ), penjaga rumah tersebut. Rashid (Pekin Ibrahim) mempunyai perasaan ganjil bahawa sesuatu yang tidak kena dengan rumah ini semasa beliau menjejakkan kaki ke rumah. Namun untuk mendapatkan harta pusaka tersebut mereka semua diminta untuk tinggal di rumah pada malam itu dan mereka terpaksa melalui ujian yang telah ditetapkan. Peristiwa yang pelik mula berlaku kepada semua ahli keluarga termasuk Rashid, Markona (Beli Ngasri), Yeh (Rab Khalid), Susanti (Jehan Muse), Ali (Ahmad Maembong) dan Milie (Fatin Syahirah)., .

Barisan pelakon seperti Pekin Ibrahim, Jihan Muse, Syuk SYJ, Bell Ngasri, Fatin Syahirah dan Ahmad Maembong. Ahmad Maembong adik kepada Emma Maembong. Baru je berjinak dalam lakonan..ok not bad die berlakon.

Bagi nad cerita ni memang menarik ditonton, untuk seisi keluarga sebab ia merupakan filem komedi seram. Seram campur dengan kelakar..Kisah yang memberi pengajaran kepada kita semua.


Rumah Pusaka Di Simpang Jalan akan mula ditayangkan di pawagam seleuruh Malaysia bermula 1hb Januari 2015. Jangn lupaa eee...pakat-pakay ajak kengkawan dan family layan filem ni..hehe

MONA DAH KEMBALI SIHAT

in , by Nadia Johari, 00:45:00
hai assalammualaikum


Mona Dah Kembali Sihat - Alhamdulillah...Mona dah semakin pulih..Dah tak berak dan boleh bergerak sana sini, meloncat sana sini..Dapat keluar je dari sangkar terus berlari..naik tangga turun tangga..main dengan gembiranyaa..Dah tak berak cair dah..berak pun dah macam biasa..Dah tak meraung kesakitan..bunyi mengiau pun sebab nak makan..Happy je nengok..


Yang suka Si Putihla..dapat terkam Mona..hahhaa..lama sangat menunggu ni..hehee..akhirnya dapat hajat die..hahaha..maaf korang main dalam rumah memang kene snap..takde privacy langsung nak main kan..hahha...lepas tu main kejar-kejar dalam rumah..nad pulak yang pening..adeh..



Boleh pulak lepak depan tv..sedap je korang landing kan..


DANA UNTUK KUCING YUI

Nad tau dekat sini ramai pencinta kucing, begitu juga nad. Kadang-kadang ape kita buat untuk kucing adalah untuk kebaikan bersama. Ini kisah kawan blogger nad..dia memerlukan Dana Untuk kucing die untuk spay & neuter kucing-kucing die. Ini nad copy dari blog die..sama-sama membantu
Korang boleh pergi ke blog die Nurul Yui


" Masih ingatkah kalian akan projek peribadi aku iaitu Dana Untuk Meow? Lama aku tak update. Masih ada lagi item yang tak terjual. Masih lagi belum mendapat sambutan.

Sehingga kini, makin meriah rumahku dengan meow-meow yang ada. Sudah lebih 30 ekor. Sudah lama membela dan baru kini niat aku untuk spay & neuter kucing-kucing yang ada. Kos? Ya memang tinggi. Sebab itu aku wujudkan Dana Untuk Meow. Hasil jualan 100% aku salurkan untuk kos mereka.


Aku bukan orang yang senang. Tapi hati kuat menyayangi binatang yang ada yang telah ku anggap sebagai keluarga sendiri. Memandangkan aku taknak pembiakan lebih banyak ( atas faktor rumah & kebajikan mereka ), maka niat utama aku adalah untuk memandulkan mereka. Faktor kos sahaja. Sebab itu aku buat apa yang terdaya.

Maka aku jadikan blog salah satu medium untuk aku sampaikan hasrat & niat aku. Jika anda berniat untuk membeli sambil menderma, boleh rujuk album Dana Untuk Meow di fb page Nurul Yui Collection. InshaaALLAH di situ tempat lebih cepat untuk aku kemaskini.


Sangat aku alu-alukan jika ada di antara kalian ingin war-warkan hasrat aku ini. Aku berharap aku dapat buat perkara ini secepat mungkin demi kebajikan & kebaikan mereka. InshaaALLAH. Moga ALLAH permudahkan segalanya."


PEREMPUAN KALAU TENGOK BOLA

in , by Nadia Johari, 21:56:00
hai assalammualaikum

Perempuan Kalau Tengok Bola - Sebelum berkahwin memang nad tak pernah nak layan bola. Layan pun kalau ayah, abang ipar layan tengok bola..tapi diaorang pun bukan betul-betul layan..sebab tu la nad kalau tengok bola buat macam tengok tak tengok je..hahhaa..Nad pun bukan tau sangat nama pemain bola sepak..tak kisah la bola sepak Malaysia atau Luar negara. Mana yang dah penah keluar tv atau orang selalu sebut baru nad tau..hehee..nak amik tau pasal perlawanan bola..tunggu orang update baru tau ooo..esok ade perlawanan rupanya..hahhaa..sadis tak

Tapi sejak kawin, memang layan bola la..sebab apa..my jejaka mafia memang hantu bola. Masa tu tv conquer dekat die la..Takpela..kite bagi jele..Yang nad ape nad buat..online, lepas tu sekejap tengok..sekejap tak tengok..hahhaha..tapi bilaaa


Tengok bola pasukan yang kita suka dah nak sampai pintu gol pihak lawan..masa tu baru excited nak tengok..hah tak berkelip..kalau masuk menjerit la gol..kalau tak masukk..ermmm..lepas tu layan online balik..hahaha.kejam tak..tak layan time diaorang main sepak-sepak bola tu..lepas tu buat tak tau dulu..agak-agak dah lama..memang tak tengok dah..tunggu bola tu masuk jaring je..dengar jejaka mafia jerit "gollllll"..baru nad pandang..sebab apa..sebab tv akan ulang balik bila diaorang gol..kahkahkahkah...itulah nad..


Dan lagi satu, layan bola pun sebab tengok pemain dia..kihkihkih..kejam tak..tengok kekacakan dia, tengok badan mantop dia..tengok style dia..fuhh..macam perlawanan sebelum ni..nad ade buat entry pasal salah seorang pemain bola sepak..sebab serupa dengan jiran nad..kahkahkah..entry SINI...bila dah target pemain tu, mulala kite tengok je cara die bermain..hah gituuu...mula-mula start tu tengok sorang-sorag pemain..hahhaha..takleh blah..lagi-lagi heboh la ni pasal pemain Thailand semalam..kihkih..

Nad cerita ni pasal nad..kihkih..tapi nad rasa tak semua perempuan macam tu..bila die dah minat bola, die sama macam laki lain. Fokus bila tengok bola, tengok skill seseorang, hafal nama setiap pemain..baju bola sanggup beli..kadang penuh satu almari..sanggup tido lewat sebab bola..sanggup pergi stadium tu..nad kalau jejaka mafia ajak pun,nad akan pergi..nak rasa gak suasana macam mana kan walaupun bersesak..hahah..Ape-ape pun moh ler kita sama-sama doakan kejayaan Malaysia nanti.

 



hai assalammualaikum

Blogger Day Out : Creating New Memories At Klang Parade - Siapa yang duduk Klang mesti taula Klang Parade tu dekat mana. Klang Parade ni dulu tempat lepak nad dengan kawan-kawan sekolah..dulu la..hahaha..Lama dah tak jejak Klang Parade ni. Seingat nad last pergi Klang Parade masa sekolah menengah..tu pun tingkatan dua atau tiga..lepas tu tak pergi dah..sebab dulu Klang Parade tak sehebat sekarang..kalau dulu Klang Parade hanya tempat shoping je..tu pun nampak suram je...sebab tu jarang pergi Klang Parade..huhuhu..

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
Credit pic ; KEREX STUDIO

Klang Parade dulu dengan sekarang dah lain..siyesslyy..memang lain..sekarang lagi best kot. Klang Parade telah membuat pelancaran secara besar-besaran menandakan siapnya beberapa inisiatif dalam meningkatkan beberapa aset asas yang diubah dan menjadikan Klang Parade sebuah pusat membeli belah komuniti yang moden. Kerja-kerja menaiktaraf ini telah digerakkan oleh pemilik pusat membeli belah Klang Parade itu sendiri iaitu ARA Asset Management Limited yang mana kerja-kerja menaiktaraf tersebut telah dimulakan pada bulan Jun 2013 yang lalu. Penambahan termasuk membesarkan kawasan umum (2 atrium), kawasan membeli belah dan kawasan makanan dan minuman supaya menjadi pusat membeli belah yang lebih selesa untuk pengguna.

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
 Credit pic ; KEREX STUDIO

Klang Parade ni berdekatan dengan Wisma Meru. Nak masuk pintu masuk pun dah lawa..teruja gilee nak masuk..hahaha..

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
 Credit pic ; KEREX STUDIO

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
  Credit pic ; KEREX STUDIO
Setelah bertahun tak jejak dan pada hari hari Sabtu bertarikh 13/12/2014 nad kembali jejak ke Klang Parade..kihkih..lama gilosss..Bukan nad sorang je, tapi nad bersama 30 blogger yang lain creating new memories berjalan bersama dalam Klang Parade tu. Tapi sebelum tu kami semua berkumpul di tingkat bawah untuk sesi pendaftaran.


https://www.facebook.com/Kerex.Studio
https://www.facebook.com/Kerex.Studio
https://www.facebook.com/Kerex.Studio
  Credit pic ; KEREX STUDIO

Selesai je daftar, kami semua dibawa ke Pusat Karaoke, tapi dihalang oleh sekumpulan penari..hahahha..gila awesome kot diaorang menari..sampai nad pun rasa nak join sekali menari. Dah lama nad suka menari tapi tak berkesempatan nak belajar..kahkahkah..Ni dah kawin tak boleh dah tergolek-tergolek..sensitif....kahkahkah.. Kami disambut dengan kejutan oleh penari daripada Rejuvenate Dance Crew from 8TV showdown and astro Battleground dekat studio mereka iaitu PEANUT BUTTER STUDIO. Studio ni bakal dibuka dan ade masa korang boleh pergi untuk belajar menari. Dengan memek muka diaorang yang buat tersenyum, dengan tarian yang best tu..memang terbaikla diaorang..

Facebook Peanut Butter studio : https://www.facebook.com/PeanutButterStudioMy
Facebook Rejuvenate:  www.fb.com/RejuvenateDanceCrew

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
  Credit pic ; KEREX STUDIO

Tukang bawak banner kemana saja kami pergi..hehehe..

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
https://www.facebook.com/Kerex.Studio
  Credit pic ; KEREX STUDIO

Lepas tu kitaorang teruskan perjalanan yang terhenti tadi ke FIREZONE FAMILY KTV...tempat ape ni..hahaha..tempat apa lagi..tempat korang nak melalak, nak merehatkan minda..nak menjerit dekat sini la..hehee..karaoke timee...

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
  Credit pic ; KEREX STUDIO

 Cantik pusat karaoke ni berbeza dengan yang dulu..hhaha..sekarang dah lawa..tempat kitaorang masuk untuk family..giler besarr..sesuai untuk bawak satu kampung..hahaha..dengan tempat yang luas boleh menari-nari dekat situ..tv pun ade tiga..nak baring pun boleh..hhaha..best sangatt

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
https://www.facebook.com/Kerex.Studio
  Credit pic ; KEREX STUDIO

Masuk je dalam bilik karaoke tu, semua dah siap pegang mic, tapi mic ade berapa je..masing-masing dah pakat pilih lagu memasing..nah amik aten sorang je conquer..hahahah..aten jangan marah..kihkih..gurau..suara sedap bak siti weiii...Time Abe Que nyanyi dangdut dengan kak farah pun sodappp...rasa nak berjoget pulak..hahha..

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
  Credit pic ; KEREX STUDIO

semua dalam ni have fun walaupun ade yang tak dapat nyanyi..kahkahkah..kang sorang-sorang nyanyi tak dapek buat aktiviti lain..

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
Budak-budak ni terpaksa ikut makciknya bekerja..heeehehe..dah alang-alang nad balik kampung dekat Meru, bawakla mereka sekali.
Tadaaa..tengok sapa nyanyi..Alan thoo nyanyi lagu melayu okk..amazing..suara pun sedapp..auwww..

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
   Credit pic ; KEREX STUDIO

Ni bos FIREZONE FAMILY KTV..
website;  http://www.firezonefmktv.com

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
   Credit pic ; KEREX STUDIO

Dah selesai tu, kitaorang dibawa pulak dekat CIRCUS CIRCUS...ko rasa tempat apa..hahhaa..feeling bebudak la kan..untungla budak-budak ni. 



https://www.facebook.com/Kerex.Studio
https://www.facebook.com/Kerex.Studio
https://www.facebook.com/Kerex.Studio
 Makciknya pun excited..time ni la nak main macam-macam..kalau sebelum ni dok layan budak-budak je..mana best kann..hahaa..kite pun nak main jugak..lalalla..rest time..main game la...

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
Credit pic ; KEREX STUDIO
 
Muka memasing happy lepas main..hahahha...kau agak tempat macam ni orang besar tak excited ke..haaha...

Selesai main game, kami proceed dengan Amazing Mall Hunt. Kami diberi tiga kumpulan mengikut warna reben yang kami pakai. Nad warna kuning jadi ikutla group kuning, ade group purple dan pink. Tiga-tiga kumpulan ni berbeza task yang diberi. Ok kite cerita group nad la dulu..hehee..

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
Credit pic ; KEREX STUDIO
 
Group kuning dibawa ke kedai LITTLE HEARTS. Kedai yang mempunyai pelbagai patung..Alolololo kiutnyaaa...lagi-lagi hello kitty biru tu..pantang nampak biru..anak buah nad "cik diah patung ni boleh bawak balik ke"..nad "mana boleh..kene selfie je pastu letak balik"..hahhaa..kesian dak-dak ni..tunggu acik ade duit acik beli untuk korang ye nanti..hehee..

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
Credit pic ; KEREX STUDIO
 
Task kitaorang kene buat ialah selfie then upload dekat instagram..Bebudak tu dok nengok je sambil pegang bear memasing..

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
'Credit pic ; KEREX STUDIO

Balik tu kami semua diberi cenderahati..thank you LITTLE HEARTS. sesiapa nak beli bear untuk kesayangan time nak buat surprise ke, birthday ke, konvo ke, nak pujuk ke boleh ke LITTLE HEARTS ni..hehe..macam-macam hadoo..

https://www.facebook.com/Kerex.Studio

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
 'Credit pic ; KEREX STUDIO

Seterunya kami dibawa ke tempat makanan pula. TEPPANYANKI GRILL..nad belum cuba lagi makan dekat sini. Tapi task kami bukan makan, kene tutup mata then teka ni makanan apa..hahaha..adeh..dahla tak nampak..kene godek-godek lagi..ntah mana pinggan..natah mana makanan..haha..nasib baik ade pembantu..kihkih..

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
https://www.facebook.com/Kerex.Studio
https://www.facebook.com/Kerex.Studio
 'Credit pic ; KEREX STUDIO

 Ade satu part nad dapat benda panjang, belum makan lagi, nad cakap "apa bendapanjang ni"..ida pun jawab " tu salmon nad, salmon kan panjang-panjang"..sekali nad rasa bukan salmon lorr..tomato hiasan die..hahahha..semangant ida jawab..ahhaa..sebab die baru dapat teka ikan salmon tu...hahaha..lawakk gila..penat gelak..nasib makanan tak berterabur..

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
 'Credit pic ; KEREX STUDIO

Nak try TEPPANYANKI GRILL boleh datang sini..

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
'Credit pic ; KEREX STUDIO

 Last task kami..berhenti di HIP HOP AREA..kat sini macam-macam baju ada..tapi kami bukan tengok baju kami gene bergaya berposing macam hip hop..hahahha..buat jele..nak buat kenangan kan..haahhha..padahal lepas ni boleh pergi lagi..hehehe..ruma dekat meru je..hehee..

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
'Credit pic ; KEREX STUDIO

Tengokla gaya diaorang memasing..ehhehe..


https://www.facebook.com/Kerex.Studio

'Credit pic ; KEREX STUDIO

 Group lain punya task
Group Purple
- taste makanan dekat Spices Of Penang
- Pergi ke kedai kasut Red Modani
- butik pakaian Dees

Group Pink
- tune talk, buat pose
- buat satay buah di Fresh Fruit
- Spa nail

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
 'Credit pic ; KEREX STUDIO

Dah habis semua task, masa untuk kami mengalas perut. Dekat TEPPANYAKI tadi tak dapat makan banyak, minum air je lebih jadi kami dibawa ke FOOD COURT untuk mengisi perut yang kosong dan lapar ni..hehhee..Haritu kami terima voucher..so makan gune voucher ler...

Dekat FOOD COURT ni macam-macam pilihan makanan boleh pilih..dari makanan melayu sampaila ade ke jepun..hahahha..oh kat sini ade makanan NON HALAL..die dah asingkan..jadi pelanggan boleh pilih mana yang nak pergi makan bagi yang non-muslim..tadi tak dapat makan teppanyaki tapi kat food court ni ade teppanyanki, jadi nad beli la ayam ikan salmon dan air milo..untuk jejaka mafia makan nasi dengan daging dan air milo..bebudak tu kata dah kenyang sebab dekat karaoke tadi makan..leas tu tadi kene tutup makan jugak..hahaha...

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
 'Credit pic ; KEREX STUDIO

Dah kenyang abadikan memori dengan bergambar..hehee semestinyaa..

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
https://www.facebook.com/Kerex.Studio
https://www.facebook.com/Kerex.Studio
https://www.facebook.com/Kerex.Studio
 'Credit pic ; KEREX STUDIO

Lepas tu kami semua berkumpul di tempat pendaftaran tadi. Lokasi terakhir ialah di laman utama. Upin Ipin ade lor..suka la budak-budak ni..eheh..kami pun suka tau..hehee..

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
  'Credit pic ; KEREX STUDIO

Boleh bawak keluarga, teman-teman lepak dekat sini..dah menarik dah Klang Parade..
 KLANG PARADE
No 2112, Jalan Meru,
41050 Klang, Selangor,
Malaysia

Laman Facebook Rasmi Klang Parade:
Laman Instagram:

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
https://www.facebook.com/Kerex.Studio

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
  'Credit pic ; KEREX STUDIO

Terima kasih diucapkan kepada pihak Klang Parade kerana memberi kepercayaan tinggi kepada kususnya Bloggers Malaysia.

Boleh bawak keluarga, teman-teman lepak dekat sini..dah menarik dah Klang Parade..
 KLANG PARADE
No 2112, Jalan Meru,
41050 Klang, Selangor,
Malaysia

Laman Facebook Rasmi Klang Parade:
Laman Instagram:
http://i.instagram.com/klangparadeshopping/



Photo by : Kerex Sniper
Page :  Kerex Sudio
( more picture at kerex studio)
Anything can call himfor Wedding, engagement, event, Graduation and Programme.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2