hai assalammualaikum

Lepak Kedai Mamak - hahahahha..selalu orang laki je lepak mamak ni..nad tak pernahla nak lepak mamak malam-malam ni..dulu sebelum kawin pun lepak kedai melayu..kalau lepak kedai mamak pun dengan mak ayah...tu pun dalam pukul 9 pagi sebab diaorang nak beli barang..takdenya nak keluar tengah-tengah pagi..sekarang dah kawin..jejaka mafia pulak kaki lepak malam kedai mamak..dengan nad sekali terjebak.

Dulu nak lepak pukul 1,2 pagi pun rasa cuak je..takut mak ayah bising..kalau duduk rumah sewa pun, takdela kerap sangat keluar malam..tapi dah kawin ni, ikut la suami lepak kedai mamak. Temankan dia minum. Nak balik lambat pun takpe..kihkihkih...dah ngikut apa suami buat..nak buat acano..orang laki biasahlah ngeteh tengah malam..takleh larang rutin die tu...

Mana-mana kedai mamak, pasti akan ramai pengunjung. Heran jugak kan..maybe tengok kepada pekerjanya yang selalu cepat ambil order dan buat kerja. Layanan tu selalu ada. Tengok pada tempat, kadang-kadang disediakan screen besar untuk orang tengok bola. Tempat yang santai, walaupun ko datang nak minum air sahaja. 

Perasan kan, kadang-kadang diaorang lepak kedai mamak, minum air dan borak saja. Lepas tu hisap rokok, cerita-cerita dan balik. Lagi satu kalau order banyak kali pun dia sentiasa layan ko..tetap dengan senyuman mereka..hehee..Diaorang pun rajin buka kedai sampai 24 jam. Kadang kedai tu dah penuh tapi still orang datang..sanggup beratur nak beli makanan..perghh penangan tangan orang mamak...hehhe


Ok nad pun dah terjebak..Sekali lepak..nah amik...hahaha...layan makanan ringan je...kihkih...
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

9 comments so far,Add yours

  1. Selamat pagi!
    Saya sarapan nasi lemak lauk paru cili dengan kopi O tadi.

    ReplyDelete
  2. selamat pagi bo...selamat menjamu selera..hehee

    ReplyDelete
  3. Samalah..dah kawen ni terjebak ngan suami dan mentua yg suka makan kat kedai mamak.pagi ahad pulak mmg wajib breakfast kat mamak.mamak mmg boleh hidup kat mana je..servis dorang pun kebanyakkannya bagus

    CENDOL SEDAP

    ReplyDelete
  4. Inilah rutin sy dgn kawan2 waktu malam. Paling lewat lepak smpai pkul 1pagi. Memang rabak nak pg kerja pagi. Tp jarang lepak mamak. Lepak kedai melayu.

    ReplyDelete
  5. suka gak lepak kedai mamak tengok bola..maggie goreng memang tak pernah miss.hehe

    ReplyDelete
  6. Asalam BW ke blog anda..dah lama follow anda ya..jengok pula blog Etuza

    ReplyDelete
  7. singgah sini petang ni ya..dah follow etuza ke..lama dah follow sini

    ReplyDelete
  8. sedap tu..mee goreng mamak..eheh

    ReplyDelete
  9. Wahhhhh cheq suka gak lepak mamak kih3 nnt kene heret dak 2 skali g lepak hahahaha

    ReplyDelete