August 2014
hai assalammualaikum

Tema Merdeka : Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta - Lagi dua hari kita nak sambut kemerdekaan. Diam tak diam dah 57 kita menyambut kemerdekaan. Bila kita kenang kembali bagaiman rakyat pada masa dahulu bertukus lumus memerangi penjajah dan berusaha memerdekan negara. Rundingan demi rundingan oleh orang atasan dilakukan untuk memerdekan negara. Semangat nasionalisme mereka sangat kuat demi mempertahankan negara. Dan sekarang lihatlah, Inilah Malaysia, hidup dengan pelbagai kaum, pelbagai adat dan pelbagai bahasa. semoga Malaysia terus aman hendaknya.

"Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"..itulah tema bagi kemerdekaan 57 kali ini. Serangkap ayat yang diambil daripada lagu Allahyarham Sudirman "Warisan". Siapa yang tidak kenal dengan Allahyarham Sudirman. Seorang penyanyi yang tersohor ketika dulu dan membuat konsert di Chow Kit Road dihadiri oleh beribu orang. Suaranya yang sedap, membuatkan dirinya dikenali oleh semua orang. Bila tengok video Allahyarham menyanyi , cara dia menyanyi tu seolah-olah dia berada di tempat itu dan dia menghayati lagu itu dengan sebaiknya. Seperti lagu " Tanggal 31 ",  Lagu itu menjadi popular sehingga hari ini disebabkan kehebatan Allayarham membawa lagu tersebut.

Satu ayat nad amik dekat blog seorang kawan. 

"DI SINI, di tanahair tumpah darahku ini..lahirnya sebuah cinta nan murni abadi lagi sejati. Di sini tersemai rasa cinta yang bercambah, mekar berkembang laksana pokok bunga yang berbaja - menjadi WARISAN.

Andaikata aku terbuang tak diterima...
Andaikata aku disingkirkan akibat perbuatan anasir-anasir 'pemecah-belah' negara!"
 



Disini lahirnya sebuah cinta

Yang murni abadi sejati

Disini tersemai cita-cita

Bercambah menjadi warisan



( korus )



Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan

Kemana harusku bawakan

Kemana harusku semaikan cinta ini



Betapa...

Dibumi ini ku melangkah

Keutara selatan timur dan barat

Ku jejaki



Aku...

Bukanlah seorang perwira

Gagah menghunus senjata

Namun hati rela berjuang

Walau dengan cara sendiri

Demi cinta ini



Ku ingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

Aku lah penyambung warisan





Salam kemerdekaan yang ke 57 nad ucapkan. Semoga negara kita terus aman dan tiada anasir luar yang boleh mengoncangkan keharmonian kita. Tetapkan iman dan kuatkan hati supaya kita tidak terpengaruh dengan nasir luar. 
<
hai assalammualaikum

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Slot Akasia Di TV3 - Akasia merupakan sebuah slot di TV3 yang memaparkan pelbagai drama Melayu berbentuk telenovela atau sinetron/lipur lara. Slot ini mulai disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 7.00 hingga 8.00 malam. Masa ni la semua lekat dekat rumah nak layan cerita..hehhehe.. Sekarang cerita Slot Akasia ni banyak diambil daripada novel. Mungkin tak diambil sepenuhnya daripada novel. Muncul terbaru akan datang " MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA " bakal muncul di kaca tv anda menggantikan RINDU AWAK 200%.



JUDUL : MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA
TARIKH : Ogos 2014
SIARAN : Slot Akasia 2014
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Zeel Production
PELAKON : Fahrin Ahmad, Sara Ali, Zamarul Hisyam, Amy Mastura, Tasha Shilla, Shella Faeiz, Sabreena Ibrahim, Reza Hasbi, Ika Nabella


Sinopsis Maaf Jika Aku Tak sempurna



Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.


Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?


Pelakon dan krew.
hai assalammualaikum

Blog Berubah Direka Oleh Blogger Sheda Ucu - Alamak terlambat pulak nak buat entry blog nad dah berubah.. hehehe..maaf ye pereka designer blog nad, lambat wat review..kihkihkih.. Kalau korang tau blog nad dah nampak perubahan kan. Tapi yang samanya ialah warna dia iaitu biru..hehe..sebab tu aku bubuh Title " Ceritera Si Gadis Biru "..sebelum ni Come to My World tapi nad rasa macam tak best, member pun ada tegur..jadi nad tukarla..


http://www.shedaucu.com/

Blog ni telah diubah untuk lebih mesra dengan pembaca. Kalau sebelum ni mesra la jugak tapi nad nak lagi mesra..hahhaa..Ramai pereka blog sekarang ni tapi nad still pilih yang seorang ni. Macam biasalah pereka designer blog aku siapa tak kenal Blogger Sheda Ucu. Kerja dia memang fulltime designer.Bukan setakat design blog tapi buat cover facebook pun boleh dan macam-macam lagi la. Masuk ni dah dua kali nad guna perkhidmatan dia. Memang amat menakjubkan. Apa yang nad nak pasti dia akan lakukan sampai nad puas hati. Ini yang bagusnya tentang sheda..hehee.. 



Sebagai pelanggan dia, nad tau kerja designer ni bukan senang. Nak kene pikir bentuk macam mana pelanggan nak, nak pikir warna, nak pikir apa yang perlu letak..semua nak pikirla. Sampai tido pun tak cukup. Paling susah dalam designer blog ni kene tengok coding. Hah!!! part tu yang paling susah. Nad tau la sebab dulu masa mula-mula buat blog nad penah main coding ni. Berpinar mata. Bagi memudahkan sheda dan memuaskan hati nad sendiri, Nad akan lukis dulu lakaran blog yang nad nak. Cara ni memudahkan sheda dan memahami apa yang nak. Kalau setakat taip-taip nak itu nak ini takut satu hapak pun sheda tak paham..hahhahaa...see nampak tak kerjsama kami. Nad lukis sheda design..hahahaa..



Ini la hasilnya selepas sheda design. Semua yang nad nak semua ada. Sheda akan bagitau dulu ok ke tak design ni, lepas tu cek satu-satu mana yang tertinggal. Selagi pelanggan tak puas hati selagi tu dia akan buat sampai pelanggan puas hati. Tapi sebagai pelanggan pun korang jangan push dia sangat dia dan korang kene banyak bersabar, sebab bukan korang punya blog je dia buat, ramai lagi blog lain dia nak design...hehe..ok paham..hehehe.. Sheda pun ade life die, nak makan, minum tidur, pergi shoping, pergi honeymoon bersama keluarga,..hehe



Banyak lagi design menarik yang korang boleh  tengok sendiri di blog Sheda Ucu. Harga yang diberikan memang sangat berpatutan dan memang korang berpuas hati sangat dengan harga dia. Kalau nak tempah pergi terjah cepatt..

Faceobook: Sheda Ucu
hai assalammualaikum


Kuatnya Seorang Wanita - Ini lah wanita..banyak benda yang perlu dilalui di dunia ini. Cabaran bagi wanita apabila sudah menjadi remaja dan dewasa. Cabaran dalam percintaan, pekerjaan, selepas bergelar isteri dan bergelar ibu. Tabahnya wanita menempuh segalannya. 
hai assalamualaikum


Selamat Hari Lahir Budak Bulat - Sekejap je membesar dak bulat ni.. Sekarang dah masuk dua tahun dah..hehehe..hari tu ada buat majlis harijadi dia, just buat dengan keluarga je tapi sayangnya memandangkan nad dekat kuala lumpur takdapat sertai majlis dak bulat ni..sobsobosob.. Budak ni namanya Syazwan, kitaorang pangil cakwan..hahaa..lama-lama terikut anak buah lagi sorang sama baya dia panggil wawan..last-last nad pun panggil wawan..hahaha..



Tengok Gambar masa dia kecik..bulat je..mana taknya kuat menyusu. Dah besar ni pun kejenya makan je. Pantang nampak orang bawak makanan, semua nak masuk dalam mulut. Dah masuk dua tahun, perangai dia selamba je. Macam takde perasaan dan jenis tak takut dengan orang. Kalau tengok gelagat dia memang buat kita tersenyum je..hhehehe



Aritu birthday dia, acik diah belikan dia bola. Bola pulak mesti warna biru kegemaran Acik diah..hahaa.. Budak bulat ni suka sangat dengan bola. Pantang jumpa bola. Kalau boleh tido pun nak dengan bola. Last-last nad belikan dia bola besar. Sampai rumah je terus panggil dia nak tunjukkan bola ni. Punyalah dia suka.. Dapat je terus main dengan bola ni. Dua orang lagi, sorang abang dia sorang lagi anak buah sama baya dia dah jeles sebab tak dapat bola tu..hahaha..last-last masing-masing berebut nak bola tu tapi Acik diah dah pesan ini bola wawan punya..



Nad pulak terlepas cakap janji belikan diaorang bola macam tu gak. Budak-budak mana boleh dijanji, kalau sebut janji je mesti dia tuntut..haha..Nak taknak nanti kene beli jugakla.. Bila anak buah sorang cakap (abang kepada wawan). " Cik diah nanti harijadi nasrul cik diah belikan bola macam ni erk"..nak taknak senyum dan cakap ye jele..budak ni dah 5 tahun..biasalah bola sapa tak suka sedangkan Acik Diah pun suka main bola..hahhahaa..


Kepada Syazwan, selamat hari lahir. Semoga menjadi anak yang soleh dan menajdi budak yang baik. Semoga membesar dengan baik..ehhee..semua baik-baikla..
hai assalammualaikum



Cara Mengenalpasti Produk Legacy Secret Original Melalui Holo QR - Masalah berat badan!! Masalah keintiman..!! Susah nak mencari produk yang berkualiti..hah jawapanya ada di Legacy Secret. Apa tu Legacy Secret nama produk ka?...LEGACY SECRET merupakan salah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk  penjagaan kesihatan yang terlaris di pasaran Malaysia. Banyak produk yang telah dibangunkan oleh Legacy Secret seperti produk kelansingan badan,  produk putihkan kulit dan juga produk pewangi rambut.

SECRET LAXING Produk Melangsingkan Badan




Salah satu produk keluaran Legacy Secret iaitu Secret Laxing yang membantu anda memberikan bentuk badan ideal untuk tampil lebih anggun, menawan dan bergaya. Tidak kira lelaki atau perempuan yang mengalami masalah berat badan boleh menggunakan produk ini.


HARGA


Semenanjung: RM 33.00
Sabah Sarawak: RM 39.00
Brunei: BRD 18.00
Singapura: SGD 18.00


Apakah kegunaan atau khasiat Secret Laxing ni?

       Membakar kalori lebih berganda
       Meningkatkan metabolisme
       Meningkatkan tenaga dengan membakar lemak dalam badan 
       Mengecilkan saiz badan

TIPS :
   Jangan makan lebih dari yang dianjurkan.
   Dilarang makan oleh ibu hamil dan menyusui, memiliki sakit gastrik, tekanan darah tinggi dan gangguan jantung
   Sesuai dimakan dari umur 18 – 50 tahun.
   Hindari minuman bersoda dan minuman beralkohol, kerana akan mengurangkan efek produk.
      Perbanyak minum air putih dan buah untuk melancarkan sistem metabolisme tubuh dan meningkatkan kerja suplemen ini.

Secret Laxing ni adalah sebanyak 250 ml sebotol dan cara penggunaannya adalah, boleh diminum terus, boleh diambil setiap hari dan digalakkan untuk mengambil 2 kali sehari sebelum makan.

Bahan-bahan dalam Secret Laxing ialah Honey, prune, delima, goji berry, sireh, beet root, L-carnitine, senna leaf, garcinia cambogia, green tea, acai berry, dandelion, white kidney bean, grape extract and rose water.


Bagaiman Mengenalpasti Produk Legacy Secret Yang Original?


Ramai yang telah mencuba produk daripada Legacy Secret dan memberikan pandangan yang positif..anda mau cuba!!.. macam mana nak tahu  produk Legacy Secret original atau tidak? hah.disebabkan dah terlalu banyak produk sampai orang lain sanggup membuat tiruan ke atas sesuatu produk. Jadi anda perlu berhati-hati ketika membeli produk Legacy Secret  supaya tiada kesan negatif dekat badan kita. Meh nad share bagaiman ingin mengenalpasti Produk Legacy Secret yang Oridginal.

1. Pengesahan Melalui Visual


 

Lihat perkataan “LS”dari sudut serong 15 darjah. A
pabila serongkan ( holo QR ) kepada 15 darjah ... korang akan nampak tulisan 'LS' . Jika ada , bermakna produk yang korang beli itu adalah original .  


2. Pengesahan Melalui Sentuhan






Cetakan timbul yang dapat dirasa menggunakan jari

3. Pengesahan Melalui QR Wechat




   

Imbas kod produk dan info akan diberikan. Install apllication wechat dan add WeChat ID : harummalam. Cara ini lebih mudah dan anda boleh membeli tanpa was-was kerana melalui QR WeChat , anda boleh scan ( holo QR ) daripada produk Legacy Secret ni  dan segala info-info yang berkaitan akan diberi.


PERINGATAN !!! 


1 QR kod hanya boleh di imbas 5 kali sahaja .  Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan no telefon syarikat kami untuk pengesahan produk.


Pastikan beli barangan original kerana takut akan kesan sampingan.

Bawah ini untuk mengenalpasti produk Original Harum Malam daripada Legacy Secret


Wechat ID : harummalam