November 2014
hai assalammualaikum

Produk Terbaru Safi Rania Gold Abadikan Kejelitaan - Bila semakin meningkat usia, mulalah timbul kedutan dekat muka. Yelah banyak masalah dalam kepala sampai kecantikan wajah pun tak terjaga. Biasalah kitaran hidup kan. Lagipun tengah viral cerita seorang suami bercinta dengan janda..disebabkan isteri tak lawa macam dulu..choiii...Jadi suami belikanlah isteri produk kecantikan yang halal, berkesan dan murah dan mampu dimiliki..nanti isteri awak kekal cantik..dan lagi satu bantula isteri ye dalam buat kerja rumah..hahahha..takdelah isteri selekeh yang amat... Tapi kita boleh atasinya dengan menggunakan produk yang terbaik.  

Haritu nad ada menghadiri Majli Pelancaran Safi Rania Gold terbaru. Meh sini nad nak share sikit tentang produk ni.


Miliki kejelitaan wajah yang anda impikan dengan SAFI RANIA GOLD. Diperhebat dengan formulasi baharu BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA ia berupaya meremajakan sel kulit agar kemunculan tanda-tanda penuaan pramatang dapat diatasi. Wajah akan tampil cerah, muda dan berseri! Mulakan dari awal dan abadikan kejelitaan dengan rangkaian SAFI RANIA GOLD.

•          BIO NANO EMAS 24K
Merangsang kolagen agar tekstur kulit lebih anjal dan halus, malah mampu mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara
•          PROTEIN SUTERA
Mengandungi 18 jenis Asid Amino untuk membentuk lapisan perlindungan kult yang berupaya  mengunci lembapan dan melicinkan agar kulit wajah lembut dan halus bak sutera
HASILNYA*
FASA 1
Kulit lebih cerah dan 2x lembap dengan serta-merta.
FASA 2 Wajah terasa anjal, licin dan lembut dalam 3 minggu.
FASA 3 Wajah cerah berseri, kulit muda dan remaja sentiasa.

*Dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI RANIA GOLD.


1.     Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD 
 Membersih & Meremajakan Kulit


( SM – 50 g – RM 8.90, 100 g – RM 14.90)
( SS – 50 g – RM 9.20, 100 g – RM 15.50)

Pencemaran dan kotoran mengakibatkan kulit kering, lemah serta tidak sihat. PEMBERSIH WAJAH SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA membersih kotoran dan sisa mekap dengan lebih effektif. Sementara VITAMIN C pula memperlahankan pembentukan melanin sambil mencerah dan menyamaratakan tona kulit. Buihnya yang mewah berkrim membersih hingga ke liang pori. Kulit terasa licin, lembut dan sihat.

Penggunaan: Gosok dengan air sehingga berbuih. Urut lembut pada wajah dan bilas.



2.     Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD 
 Membersih & Menyegarkan Kulit


( SM - 50 g – RM 8.90 , 100 g – RM 14.90 )
 ( SS – 50 g – RM 9.20, 100 g – RM 15.50 )

Cuaca panas dan tak menentu menjadikan kulit mudah kering seterusnya melemahkan struktur kulit. GEL PEMBERSIH WAJAH SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA membersih serta mengembalikan kesegaran wajah sementara KARNOSIN yang merupakan agen antioksida, melindungi kulit daripada radikal bebas yang merosakkannya. Pembersih bertekstur ringan dan berasaskan gel serta pH seimbang ini membersih wajah dengan lembut tanpa menghakis lembapan semula jadi agar kulit wajah kekal lembap.


Penggunaan: Gosok dengan air sehingga berbuih. Urut lembut pada wajah dan bilas.



3.  Pembersih Wajah Lembapan Mendalam SAFI RANIA GOLD 
Membersih & Melembap Secara Mendalam

( SM – 150 ml - RM 17.90 )
 ( SS – 150 ml - RM 18.50 )

Kulit yang kering akan mempercepatkan kemunculan tanda penuaan pramatang seperti kedutan dan garis halus. PEMBERSIH WAJAH LEMBAPAN MENDALAM SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA membersih serta melembap kulit wajah secara mendalam, mengatasi masalah kulit kering dan kerengsaan seterusnya mengurangkan tanda penuaan. Sementara VITAMIN C & KARNOSIN di dalamnya bertindak mencerah dan menyamaratakan tona kulit disamping melindungi kulit daripada radikal bebas agar kulit cerah dan sihat. Dirumus dengan pH seimbang, pembersih ini menjadikan kulit lebih sihat dan bermaya.


Penggunaan: Gosok dengan air sehingga berbuih, urut lembut pada wajah dan bilas.



4.     Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD 
 Menyerlahkan Kulit Wajah Berseri

( SM – 75g – RM 14.90 ) 
( SS – 75g – RM 15.50 )
Pembersih wajah sahaja tidak cukup untuk membersih  dan menanggalkan sel kulit mati serta mengeluarkan kotoran dan sebum pada kulit. SKRUB WAJAH SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA diperkaya dengan manik-manik jojoba bertindak lembut  mengeluarkan kotoran dan sebum yang terperangkap di dalam pori-pori serta menanggalkan sel-sel kulit mati. Sementara VITAMIN C & KARNOSIN di dalamnya bertindak mencerah dan menyamaratakan tona kulit disamping melindungi kulit daripada radikal bebas agar kulit cerah dan sihat.


Penggunaan: Sapukan pada muka dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik. Bilas sehingga bersih. Gunakan 2 - 3 kali seminggu.

5.    Penyegar SAFI RANIA GOLD 
Mengecilkan Pori Wajah

( SM – 80 ml – RM 14.90) 
( SS – 80 ml – RM 15.50 )

Kotoran yang menutupi liang pori akan tertanggal sewaktu proses membersih wajah mengakibatkan liang pori terbuka dan terdedah. PENYEGAR SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA digabung bersama EKSTRAK LIKORIS berfungsi menanggalkan sisa kotoran dengan lembut sambil membantu mengecilkan liang pori. Penyegar bebas alcohol dengan ekstrak air mawar ini memberikan kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit.


Penggunaan: Tuangkan sedikit pada kapas. Sapukan dengan lembut. Gunakan selepas membersih wajah.



6.     Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD 
Mengembalikan Keremajaan Kulit
( SM – 20 ml – RM33.90 )
( SS – 20 ml – RM35.30 )
Penghasilan kolagen secara semula jadi di lapisan dermis kulit mula berkurangan apabila usia meningkat pertengahan 20an. Atasi dengan SERUM KONSENTRASI SAFI RANIA GOLD. Diperhebat dengan lebih 50X* BIO NANO EMAS 24K bersama kombinasi PROTEIN SUTERA, ia mengandungi molekul yang lebih kecil dan efektif supaya menyerap jauh ke dalam kulit untuk merangsang sintesis kolagen agar memperlahankan tanda penuaan pramatang sambil memperbaiki dan meningkatkan keanjalan wajah. Gabungan TRI-TONE EQUALISER pula mengembalikan tona wajah agar tidak kusam dan wajah segera kelihatan lebih bermaya malah cerah berseri. Keremajaan kulit kini dikembalikan.
*Berbanding Krim Pelembap SAFI RANIA GOLD yang lain.
Penggunaan: Sapukan pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan memusing. Gunakan sebelum Krim Pelembap SAFI RANIA GOLD.

7.     Krim Pelembap Siang SPF25PA++ SAFI RANIA GOLD 
Mencerah, Melindungi dan Menganjalkan Kulit
( SM – 40 g – RM 23.90) 
(SS – 40 g – RM 24.90)
Kulit yang seringkali terdedah kepada matahari dan penyaman udara menyebabkan kulit lesu, hilang lembapan dan kurang anjal. Pelihara kulit di siang hari dengan KRIM PELEMBAP SIANG SPF25PA++ SAFI RANIA GOLD  dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA bersama kombinasi PELINDUNG UVA&UVB  merupakan krim yang melembap dan melindungi kulit daripada sinaran UV di siang hari. LIGHT DIFFUSING CRYSTALS pula membantu mengurangkan tona yang kekuningan dan kusam serta mengembalikan kecerahan dan keserian kulit dengan segera agar kulit kekal bermaya, berseri dan anjal sentiasa.

Penggunaan:Sapu pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik.  Gunakan pada waktu siang selepas Penyegar atau Losyen Minuman Wajah dan Serum SAFI RANIA GOLD.

8.     Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD 
Merawat Kulit Ketika Tidur

 ( SM – 40 g – RM 26.90 ) 
( SS – 40 g – RM 27.90 )

Kulit yang sentiasa terdedah kepada panas matahari, pendingin hawa dan pencemaran di siang hari boleh memudaratkan dan mengakibatkan kemunculan garisan serta kedutan. Proses pemulihan yang sesuai untuk mengatasinya ialah waktu malam. KRIM PELEMBAP MALAM SAFI RANIA GOLD  dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA merupakan krim yang merawat kulit sambil meningkatkan penghasilan kolagen. Sementara Phyto-SLC memulih kulit daripada lapisan kulit paling dalam, meningkatkan dan menggalakkan sel-sel baharu kulit pada waktu malam sambil mengurangkan kemunculan garisan dan kedutan.

Penggunaan: Sapu pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik. Gunakan pada waktu malam selepas Penyegar dan Serum SAFI RANIA GOLD.



9.     Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD 
Mencegah Penuaan Sekitar Mata

( SM – 15 g – RM 17.90 )
 ( SS – 15 g – RM 18.60 )

Tanda awal penuaan seperti garisan halus dan kemunculan lingkaran hitam mudah terlihat di sekitar mata. KRIM KONTUR MATA SAFI RANIA GOLD  dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA digabung bersama OLIGOPEPTIDA merupakan krim khusus untuk menghindari masalah di sekitar mata terutamanya lingkaran hitam. Teksturnya yang ringan dan mudah meresap bertindak meningkatkan penghasilan kolagen seterusnya memperbaiki lapisan kulit agar lebih cerah dalam masa 8 minggu.

Penggunaan: Letakkan 2-3 titik pada hujung jari kemudian sapu di sekeliling mata dengan lembut. Gunakan sebelum Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD.



10.  Krim BB SPF37PA++ SAFI RANIA GOLD 
10 Dalam 1, Untuk Wajah Tampil Sempurna

( SM – 25 g – RM 35.90) 
( SS – 25 g – RM 37.30 )
Kesibukan harian membuatkan ramai wanita inginkan solekan  yang mampu memberikan kesan solekan natural yang tahan lama di samping penampilan yang sempurna. KRIM BB SPF37PA++ SAFI RANIA GOLD  dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA bersama kombinasi VITAMIN C merupakan krim asas solekan yang mencerah dan melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya, menyamarkan cela seterusnya menyamaratakan tona kulit agar tampil sempurna sepanjang hari.

10 Dalam 1 Kebaikan
1.   Mengekalkan kelembapan kulit
2.   Mencerahkan kulit
3.   Tompok hitam dan jeragat tidak kelihatan
4.   Tona kulit lebih sekata
5.   Menyamar garis halus pada wajah
6.   Melindungi kulit wajah dari sinar UV
7.   Krim yang tidak menutup pori-pori wajah
8.   Tekstur kulit lebih halus & anjal
9.   Kemasan tanpa kilatan untuk kulit wajah lebih natural
10.  Kalis Air dan peluh agar solekan tahan lama

Penggunaan: Letakkan 2-3 titik pada hujung jari kemudian sapu di pada wajah dan leher. Gunakan selepas menggunakan Krim Pelembap Siang SAFI RANIA GOLD.
11.  Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD 
Menyamaratakan Tona Kulit

( SM – 16 g – RM  10.90 ) 
( SM – 16 g – RM  11.30 )
Kulit kusam dan tidak bermaya, tona tidak sekata serta tanda penuaan yang mula kelihatan mengurangkan keyakinan wanita untuk menyerlahkan penampilan. KRIM KECANTIKAN SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA merupakan alas solekan wajah yang berkesan menyamaratakan tona kulit, menjadikan wajah cerah di samping mengekalkan keanjalan kulit seterusnya meningkatkan keyakinan wanita untuk tampil bergaya.
Penggunaan: Sapukan pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik selepas Krim Pelembap Siang SPF25 PA++ SAFI RANIA GOLD. Gunakan sebagai krim penjagaan kecantikan serta asas solekan.


Murah cepat dan berkesann.. Bersama-sama kita abadikan kejelitaan. Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI RANIA GOLD sila layari laman 
Instagram:@safimalaysia 


hai assalammualaikum


Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!!
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu.
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi.
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan.
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? Nad sendiri akan mencuba

Umur pengguna? 26  tahun

Jantina pengguna? (Perempuan)

Jenis kulit? (Berminyak, Jerawat)

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
Sebelum ni nad amalkan minuman Ephyra, memang berpuas hati dengan perubahan yang nad alami, tapi bekas jerawat sahaja belum hilang lagi dan bahagian bawah mata yang gelap disebabkan tidur tak menentu. Jadi nad perlukan Ephyra Skin Bar untuk memulihkan muka nad ni supaya nampak lebih halus dan cantik je muka. Lagipun dia tak memberi penglupasan kepada muka..tu yang nad suka. Bila nad baca kebaikan Ephyra Skin Bar bukan sahaja untuk muka malah untuk badan, memang tengah cari produk yang boleh memudarkan kehitaman bawah lengan..harap dapat cuba.

Pengguna Ephyra? (Ya )


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.
hai assalammualaikum

Majlis Pelancaran Safi Rania Gold Terbaru - Siapa tak kenal dengan jenama Safi..produk ni memang terbaik dan halal. Nad pun pengguna Safi. Memang elok dekat muka nad, lagi-lagi pencuci muka dia. Rasa bersih je muka bila cuci. Dulu nad guna Safi Perfect 10 lepas tu ade keluaran terbaru Safi White Trilogy ( BACA DEKAT SINI ). Sampai sekarang nad kekal dengan Safi. 



Berbalik kepada tajuk entry, disebabkan nad pengguna Safi, nad mendapat jemputan untuk ke Majlis Pelancaran Safi Rania Gold yang terbaru di Royale Chulan Damansara. Majlis ini bertujuan memperkenalkan produk terbaru Safi Rania Gold yang lebih effective dan menampilkan duta terbaru mereka. Kalau sebelum ini Rozita Che wan, kali ni siapa agaknya..hehe..hah tunggu erk..baca sampai habis.

Safi Rania Gold Meremaja Dan Mencerahkan Kulit



Safi Rania Gold membawakan anda  inovasi kecantikan anti penuaan dari SAFI jenama halal no.1 Malaysia yang lebih berkesan bagi menzahirkan raut wajah lebih remaja dan cerah. Berikan nafas baru kepada wajah anda dan abadikan kejelitaan dengan SAFI RANIA GOLD rangkaian produk anti penuaan yang diperkaya dengan manfaat Bio Nano Emas 24k dan Protein Sutera.

Kombinasi hebat kedua-dua bahan aktif ini amat penting dalam menggalakkan penghasilan kolagen I dan Kolagen III agar kulit lebih anjal, malah mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara. Protein sutera juga diperkaya dengan 18 jenis asid amino yang membentuk lapisan perlindungan kulit serta merupakan ejen anti oksidan yang hebat.
  
Formulasi unik rangkaian  SAFI RANIA GOLD ini meresap ke dalam lapisan dermis kulit untuk merangsang proses sintesis kolagen, mengunci lembapan pada bahagian paling dasar kulit sekaligus menyegarkan  dan menganjalkan sel-sel kulit.

Produk Safi Rania Gold ni sesuai digunakan untuk mereka yang berumur 26 tahun ke atas. Siapa dah rasa ada kedutan, nak nampak anjal tu cubala Safi Rania Gold ni. Confirm nampak muda u allss..hehee



Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Mr Kumar Chander, Managing Director Wipro Unza (M) Sdn Bhd.


Selama ni kenal nama produk je, tapi tak tau siapa pengasas. Hah inilah dia pengasas dan pengurus kumpulan produk Safi. Nama gerangan Puan Mahsuri Sulaiman.. Anggun dan jelita kau.. Ramping macam anak dara...Dah menjadi isteri orang dan mempunyai 5 orang anak..cayo ke idakk..hehehe..ape lagi gunala Safi Rania Gold ni nak nampak awet muda..Hilangkan kedutan di wajah tu..  


Para Wanita sering terdedah kepada masalah penuaan pada usia yang muda lanjutan faktor biologi dan persekitaran. Yela dengan habuk, sinaran matahari dan cuaca yang tidak menentu, jadi untuk kekal muda remaja lebih lama mesti kene start dari sekarang. Berdasarkan hasil ujian klinikal yang dijalankan oleh Makmal Penyelidikan dan Pembangunan Wipro Unza (M) Sdn Bhd, generasi terbaru SAFI RANIA GOLD ini menjadikan kulit sekurang-kurangnya 5 tahun lebih muda dalam masa 4 minggu berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan keatas 50 orang wanita Malaysia


Kata-kata Puan Mahsuri dalam majlis itu
“Kami memahami impian setiap wanita yang mahu sebuah rangkaian produk anti penuaan yang bukan sahaja dirumus khusus untuk menangani masalah penuaan malah mencerah dan meremajakan kulit. SAFI RANIA GOLD merealisasikan impian itu di dalam variasi produknya setiap satu dengan manfaat tambahan tersendiri dalam mengatasi masalah penuaan”

Pelancaran Safi Rania Gold 

Safi Rania Gold Telah dilancarkan pada tahun 2009, ia dipasarkan  sebagai produk anti penuaan kontemporari seiring kehendak syarak buat  para pengguna SAFI. Generasi terbaru SAFI RANIA GOLD ini hadir hebat dengan 12 seleksi produk lengkap rejim kecantikan anti penuaan anda. Manfaat khusus di dalam setiap variasi produk masing-masing diformulasi khusus untuk menangani masalah penuaan. 

Masa mula-mula nad dapat jemputan Safi Rania Gold ni, nad ternampak nama Nora Danish. Mula-mula konfius jugak, bukan dutanya Rozita Che Wan atau isteri Nabil Ahmad. Korang mesti tengok iklan kan. Oh, rupanya Nora Danish telah dilantik menjadi Duta Terbaru Safi Rania Gold yang terbaru. Memang layak la dia jadi duta Safi. Nora adalah seorang pelakon dan juga ibu. Rutin harian mesti penuh dan dia memerlukan produk yang mampu membuatkan wajahnya sentiasa nampak muda.

Memang saat yang dinantikan..jen jeng jeng





Penari dulu yang masuk..hehe




Tu dia..siap diangkat macam puteri..cantik, gebus je kulit dia. Seperti di Mesir je..




Menyempurnakan kehadiran produk anti penuaan bingkisan emas ini  adalah “Ratu Rania” SAFI RANIA GOLD Nora Danish – Beliau adalah potret keayuaan kontemporari wanita kini. Tersimpul keayuaan dan santun wanita melayu dalam estetika moden gaya beliau. Mempesona dan berkeyakinan, pelakon dan ibu ini adalah inspirasi wanita seusia dan pasti raut wajah remaja manfaat emas SAFI RANIA GOLD beliau pasti dimiliki kita bersama

 Memang sesuai Nora Danish menjadi duta Safi Rania Gold. Melihat kepada umur dan penampilannya yang sentiasa nampak muda dan lawa, memiliki kulit yang gebus, putih dan mempunyai raut wajah yang menawan walaupun sudah mempunyai seorang anak lelaki. Jom kita tengok apa kata Nora Danish tentang Safi Rania Gold.



“Ini adalah sebuah penghargaan bagi saya kerana dipilih untuk menjadi teraju kepada SAFI RANIA GOLD sebuah jenama yang melengkapkan impian kecantikan setiap wanita Malaysia. Kembara cantik saya telah menemukan saya dengan sebuah rangkaian produk anti penuaan berkualiti, berpatutan dan semestinya halal. Saya juga amat teruja untuk berkongsi kepada para wanita tentang keberkesanan produk ini serta kepentingan untuk memulakan rejim kecantikan anti-penuaan dari awal bersama SAFI RANIA GOLD.” Jelas duta terbaru SAFI RANIA GOLD itu

Berbicara perihal penampilan dan kecantikan, Nora turut berkongsi lebih lanjut tentang rejim kecantikan emas SAFI RANIA GOLD beliau dan produk SAFI RANIA GOLD yang mesti ada bersama beliau, “Hanya dalam masa tiga minggu saya mula merasakan perubahan pada raut wajah. Perubahan ketara yang saya rasakan adalah kulit lebih anjal, kelihatan bermaya, cerah sekaligus memperlihatkan raut wajah remaja, serta kelembapan kulit juga dapat dirasakan”.

SAFI RANIA GOLD amat istimewa buat saya kerana ia memahami keperluan kulit wanita seusia saya dengan seleksi produk lengkap setiap satu dengan manfaat tambahan yang merawat masalah penuaan dengan khusus. Setiap satunya menjanjikan pengalaman kecantikan emas yang unik”.



“Tunggak kecantikan saya adalah empat produk SAFI RANIA GOLD yang setiap wanita juga harus ada, Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD membersihkan sisa kotoran pada kulit muka dengan berkesan diperhebat dengan manfaat KARNOSIN yang melindungi kulit dari radikal bebas, membuatkan kulit cerah dan sekata. Ia turut memberikan kelembapan dan kesegaran berpanjangan”.

Selepas membersihkan wajah, jangan lupa untuk memakai Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD dengan lebih 50X BIO NANO EMAS 24K bersama kombinasi PROTEIN SUTERA. Gunakan serum pada muka dan leher anda, pastikan ia disapu pada urutan keatas. Ia mengandungi molekul yang lebih kecil dan efektif menyerap jauh ke dalam kulit untuk merangsang sintesis kolagen agar tanda penuaan pramatang diperlahankan sambil memperbaiki dan meningkatkan keanjalan wajah”.




 “Selepas pengunaan serum, pastikan anda memakai Krim Pelembap Siang SAFI RANIA GOLD dengan perlindungan  SPF25PA++ diperhebatkan  dengan LIGHT DIFFUSING CRYSTALS yang mampu mengimbangkan tona kulit, justeru kulit tidak kelihatan pucat atau kekuningan”.

“Pada sebelah malam oleskan Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD dengan manfaat PHYTO-SLC- krim bergel tanpa kesan melekit. Ia memulih, mencerah dan menganjalkan kulit dengan meningkatkan aktiviti sel serta penghasilan kolagen”. 

Dah nampak Rahsia kecantikan Rozita Che Wan dan Nora Danish...cubala Safi Rania Gold..
 
Bersama Kakitangan Safi

Orang kuat Safi. Kakitangan Safi yang berjaya merealisasikanimpian seorang wanita untuk nampak lebih anggun dan jelita.





Sekitar Majlis Pelancaran Safi Rania Gold. Selain daripada kami para blogger, ade juga dari media elektronik.









Pada hari itu kami disajikan dengan beberapa makanan yang sedap dan enak.



 Berjumpa dengan Blogger.



Selesai sudah majlis dengan jayanya..terima kasih Safi untuk goodies Safi Rania Gold Ni..nak nampak awet muda gitu..kot-kot leh jadi duta pulak lepas ni..hahaha...


Photo by : Kerex Sniper
Anything can call himfor Wedding, engagement, event, Graduation and Programme.



Bersama-sama kita abadikan kejelitaan. Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI RANIA GOLD sila layari laman 
Instagram:@safimalaysia