hai assalammualaikum

Tips Alam Perkahwinan - Isteri Tak Pandai Masak - Betul ke sesetengah perempuan ni tak pandai masak??..macam tak caya je..cuba bagi meggi mesti masak jugak kan..hahha..bukan tak pandai masak tapi malas masak dan malas nak pikir resepi. Yela masak ni macam-macam nak kene tau, apa bahan, berapa sukatan..Pulak tu nak pergi ke pasar lagi beli bahan-bahan dapur. Lagi sekarang dah macam-macam makanan fast food ade dijual. Ada juga makanan berlauk yang siap delivery jugak..

Lagi dah jadi isteri, memasak tu penting. Takkan nak membeli makanan dekat luar je kan..banyak pulak duit korang kan..kalau kaya no hal la..Siap sampai leh upah orang gaji bagai. Tapi tak manisla kan kalau isteri tak masak untuk suami. Mestilah nak suami puji, kang suami puji orang gaji cemburu tak bertempat pulak. 

Memang la sebelum kawin sesetengah lelaki cakap " tak reti masak pun takpe, janji lawa..biar aku yang masakkan untuk dia"..kau rasa ayat tu sampai bila..haaha..tu poyo semuanya..kihkih..Orang perempuan ni, walaupun belajar tinggi tapi tak masuk dapur, macam lain macam je. Tak kisahla kalau tak masuk dapur hari-hari, tapi asalkan kau masuk dan cuba masak.

Sebelum kawin, nad memang tak pandai masak berat-berat, macam kari, kicap, asam pedas, tomyam..seriusly..yang nad tau masak tumis, goreng, tumis , goreng...hahaha..Sebab yang tu je dapat tangkap. Nad ni jenis, kene hafal barang baru leh buat..kalau tak hafal memang takdenya nak buat. 

Biasalah mak kalau ajar guna mulut, amik itu ini, kita yang tolong ni ngikut jela..tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri..haaha...Kalau makan luar pun tunggu akhir bulan sebab masa tu duit masyukk..hehee..Bila nad dah bertunang, masa tu la mak berkobar-kobar ngajar..apa lagi nad pun salin dalam kertas biar tak lupa..hahaha..lumrah seorang pelajar, akan salin dalam kertas pastu hafal balik..lama-lama ingatla kalau dah selalu kerap masak..

Sikit-sikit nad belajar masak berat-berat macam masak kari, tomyam dah sebagainya. Nad ngaku yang nad ni tak reti nama ikan dan sayur..sesetengah jela..bukan semua..hahaha..jadi suami la banyak tolong..hehhee..buat pe malu..bila dah tak tau cakap je tak tau..nanti die bagitau..pastu nanti lama-lam tau la..

 

Hahaha..lawak baca ni..hehee..last-last bakar dapur takkann..hehe..Selepas berkahwin, dua-dua mempunyai peranannya..Walaupun isteri tak pandai masak suamilah kene bantu..Tips untuk hilangkan sifat tak pandai masak atau malas masak..

1) Suami perlu sokong isteri untuk memasak
Dalam perkahwinan suami la pendorong isteri. Jadi suami la kene bagi kata-kata semangat untuk isteri memasak. Dengan ayat manja, dengan lemah lembut untuk membangkitkan isteri memasak. Suami kene rajin temankan isteri tengok masakan di utube atau rancangan televisyen. Isteri pun berkobarla nak masak. Suami jangan nak bising je cakap si isteri tak masak, malas masak,..blablabla.. Dari buang air liur bertekak macam tu baik cakap elok-elok..misalnya "yang, cuba masak telur goreng, abang mesti makan punya" tak pun " yang cuba belajar masak, abang nak rasa masakan sedap isteri abang ni"..hehee..terbayang pulak dengan laki nad..wakakaa..kadang-kadang nad masak tak menetapi citarasa die tapi dia selalu tegur cara baik " takpe yang, nanti cuba lagi"..kihkih

2) Belikan buku resepi masakan ringkas
Sebagai suami, perlu galakkan isterimembaca buku masakan. Macam pertama kali dia nak memasak, kene la bagi buku yang ringkas..kalau lama-lama dah mahir baru belikan masakan yang hebat-hebat. Macam laki nad memang dia bagi nad beli buku resepi. Jadi kadang-kadang kalau nad tak tau nak masak ape dah, nad follow je buku resepi tu. Kadang-kadang dia share resepi dekat facebook..Sekarang kan dah maju, dengan buka telefon dan ada internet, taip je kat google nak masak ape, keluar dah..kann..

3) Ajari jenis-jenis barang-barang dapur
Sesetengah perempuan yang tak pernah ke dapur atau pasar mesti tak tau jenis-jenis sayur, ikan atau barang-barang dapur lain..hahaha..macam nad la dulu halia dengan lengkuas pun tak reti..kihkihkih..daun kari pun tak tau rupanya macam mana. Nama ikan kadang-kadang sampai sekarang tak tau..hahaha..Jadi suamila kene jadi cikgu kepada isteri. Tunjukkan satu-satu barang-barang di dapur. Bagi susun cantik punya,, tak punkasi lekat dekat botol tu. Biar isteri tak tersalah amik barang. Kalau pergi pasar, pergi sama-sama dan bagitau ni ikan ape, ni ape ni ape..hheeheh..

4) Buat masakan yang mudah dahulu
Bagi yang baru nak bermula memasak, masakla dengan menu yang ringkas dulu seperti tumis, masak bening, dan goreng..Eh tanak nasi pun kene belajar tau..hahaha..sebab kadang-kadang ada yang terlebih air dah macam bubur rupanya..hahaa..hah jangan abaikan cara masak nasi tu..Kalau dulu mak nad selalu ajar masak nasi gunakan cawan. Bila satu cawan beras = 2 cawan air. Mak mesti pesan guna cawan yang disediakan..kalau tak, tak menjadi nasi..hehe..tapi lepas kawin nad dah tak perlukan cawan..sebab dah pandai kan..hehee.

5) Suami kene bantu isteri di dapur
Nak galakkan isteri di dapur, suami kene tolong sekali sekala di dapur. Tolong sediakan bahan-bahan di dapur dan berkongsi resepi. Nak hilangkan rasa bosan ketika masak, bergurau la sekali sekala dengan isteri..ecehceh..baut lawak ke..main baling-baling tepung ke..hahaha...Sentiasa beri cadangan apa yang perlu ditambah dan ape yang tak perlu.

6) Bertanya kepada yang pakar
Tugas Isteri, kalau ada yang tak tau, dan suami pun tak tau, kenela tanya kepada yang pakar seperti mak dan kawan-kawan.

Jadi peringatan kepad para isteri, jangan jadikan alasan tidak pandai memasak untuk tidak memasak. Alasan begitu sudah tidak logik. Adik-adik yang masih di universiti, jikalau hendak berkawin silalah memasang matlamat betul-betul. Stabilkan ekonomi diri dulu. Tidak perlu kaya tetapi stabil. Kalau dulu nad malas sangat masak, sekarang rasa nak masak macam-macam..tapi dapur ta lengkap lagi dengan takde oven dan macam-macam lagi. Apa-apa pun masakan mak paling best..ahhahaa
SHARE 17 comments

Add your comment

  1. betul..kalau betul2 nak buat cuba la seribu daya..tapi kalau dah tak mau buat tu macam2 la alasan nya..heheh

    ReplyDelete
  2. Btl tu x da alasan nak bljr pokoknya kena rajin hihi

    ReplyDelete
  3. hehhe..risau jugak ni..kita sama lah kak nad..sy sekarang ni tau yang goreng n tu,is2 ja.. masakan yg berat tak reti..sebelum kawen nak kena belajar msak betul2 ni. huu. btw kak nad keja ap skrg,, :)

    ReplyDelete
  4. Harap2 akak xde masalah tu sbb akak mmg suka bab masak2 ni....

    ReplyDelete
  5. Hahaha...cik akak tak suka masak..tapi rajin masak kari, tom yam, macam lagi..suka sebab makan fav akak..kiki...cik akak belajar memasak melalui pemerhatian...cik akak tengok ibu masak....suka duduk dapur .haha...dah siap ibu masak..apa lagi...haha..ambil pgg terus makan...mmg sangat molek..haha..
    Meh belajar buat kari.simple..haha

    ReplyDelete
  6. bagi sis , isteri yg x pandai masak tu bkn x pandai tapi mmg x suka masak ... sekrg ni byk perasa yg hanya perlu campak je dlm periuk . insha allah sedap . kat youtube pun dah byk tutorial nak memasak ni ... cuba n cuba , mesti boleh .

    ReplyDelete
  7. Xpndai blh bljrkan..
    yui xnpdai gak. Huhu

    ReplyDelete
  8. Salam buat nadia... dan Selamat tahun baru 2015. Isteri pandai masak disayangi suami. Ia sudah semestinya perlu belajar berkaitan memasak ini. Ia juga pengikat kasih sayang yang dibina.

    ReplyDelete
  9. Huhuhu... ini kena tengok jenis suami pun... kalau isteri tak pandai masak.. baik cari suami yang pandai masak... hehehe....
    kalau tak, belajar lah sikit sikit... Miera pun tak pandai masak dan menipu jer banyak kali.. guna perencah ini dan itu....
    macam sepupu Miera, bertuah sungguh... dah lepas pencen.. umur 57... tapi kahwin dengan orang pandai masak... dia tak pernah masak apa2 kecuali nasi atau telur.... semuanya anak lelaki dan suami yang buat...

    ReplyDelete
  10. Hahaha kalau macamtu nanti nak dekat kawin lah baru nad belajar. Btw, gambar tu ibu Nad pernah bagi dekat wasap, perli betul hahaha

    ReplyDelete
  11. Sayangkan suami jaga perutnya.. Hahaha

    ReplyDelete
  12. masak sama2 baru romantik.. hehe

    Jemput singgah "Trip ke Sabah naik My"
    "Giveaway Preloved Books"tQ

    Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

    ReplyDelete
  13. betul tu...
    hahahah lawak toi ayat atas tu..

    masa time stdy ni mmg malas nk masak.

    ReplyDelete
  14. agak-agak kalo hantar p kursus memasak ok tak??hehehe

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Zaman skrg ni kalau nak kata mustahil perempuan tak reti masak mmg tak betul sbb memang ada yg langsung tak reti masak. Mcm sy dulu masa kecil memang mak masak kat rumah,sy ada tolong2 juga.Tp tu duluuuu umur 10 tahun.Jadi benda basic memang tahu lah,tp klau nama sayur ikan tu tak tahu sbb kita just menolong ikut arahan mak je kan? Start umur 11 mcm tu mak sy jarang sangat masak dekat rumah. Setiap hari makan luar. Klau mkn kat rumah pun, lauk tu mesti beli kat luar nasi je tanak sendiri. Sy bukan family kaya ye,org gaji pun takde. Ayh sy tak complain,in fact ayh sy sndri kata xpayah masak dekat mak sy. Sekali sekala mak sy nk msk special dia masak, ayah sy pun kalau saja2 nak belajar masak dia mintak mak sy ajar dia. Bila duit kering barulah sekali sekala masak sendiri makan di rumah. Jd sy tak reti masak. Sy setuju masak ni penting,skill hidup.Klau tak msk pun lama2 mesti terpaksa masak juga kadang2. Sy setuju kalau kita tak reti kena belajar lah. Tp sy rasa sangat bodoh kalau lelaki atau org lain pandang hina pd org yg x reti msk (kecuali la klau org tu mmg xnk sbb pemalas). Pd sy kalau org xtau,ajar. Kalau dia tak suka menolong tu yg baru layak kena sound.

    ReplyDelete
  17. Aku ni kurus kering bini masak x sedap aku pun tak suka makan kbye

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2