JOM MASAK DAN MENANG DENGAN MAHSURI

in , , by Nadia Johari, 17:18:00
hai assalammualaikum

Jom Masak Dan Menang Contest Dengan Mahsuri - Nah berita gembira untuk mereka yang gemar memasak. Korang berpeluang memenangi hadiah bernilai RM500 setiap pemenang yang terpilih. Mudah sahaja, beli la kicap Mahsuri di kedai berdekatan, lepas tu buat la masakan yang sedap dan mampu menarik penganjur. Mudah je kan. Buat masakan dengan kicap Mahsuri memang mudah oo..campak-campak gitu je..hehehe..


Sempena bulan Ramadan ini, jenama sos dan penambah perisa Mahsuri, membawa berita baik kepada mereka yang berbakat dalam masakan menerusi kempen terkininya, pertandingan ‘Masak dan Menang’ yang akan berlangsung dari 28 Mei hingga 8 Julai 2015.


Pertandingan ini mengundang mereka yang gemar memasak berkongsi gambar rekaan juadah Buka Puasa yang dihasilkan menggunakan produk Mahsuri menerusi halaman Facebook MyMahsuri berserta hashtag, #MyMahsuri dan #Manis / #Pedas / #Tiram / #Ayam. Lepas je korang masak, korang amik gambar lepas tu post kan ke laman facebook My Mahsuri dengan hastag sekali.

Setiap minggu, empat penyertaan paling kreatif akan memenangi hadiah wang tunai RM500 bagi setiap pemenang. Pertandingan selama enam minggu itu bakal menyaksikan 24 pemenang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM12,000 yang pastinya memeriahkan lagi sambutan Hari Raya mereka.

Selain itu, pemenang akan merasakan Ramadan mereka lebih bermakna apabila bakal menerima undangan daripada Mahsuri untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama keluarga ke satu daripada empat pertubuhan kebajikan. Mahsuri juga akan mendermakan sos kepada setiap rumah kebajikan terbabit selain menaja hidangan berbuka puasa.
Pertubuhan kebajikan yang terbabit dalam pertandingan ‘Masak dan Menang’ ini adalah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari dan Rumah Nur Sakinah.
Untuk maklumat lanjut mengenai Mahsuri sila ke www.facebook.com/MyMahsuri
SHARE 4 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2