hai assalammualaikum

Pengalaman Bersalinku - Ya ampun..lama tak berceloteh dekat blog kesayangan gue ni. Mana kau pergi nad oii..hahaha..nad tak pergi mana-mana pun..hado je ni..cuma masa nak menaip dah tak macam sebelum ni..kenapa.??. Sebab nad dah selamat melahirkan baby girl bulan 10 haritu. Sejak dah jadi mommy, setiap hari tumpu dekat anak jele..banyak yang berlaku dekat my baby..sebab tu kene tumpu dekat die je..anak sulung..anak pertama oiii..ni pun menaip depan die, sebab tak boleh berlenggang dengan mommynya..tau-tau jela baby ade rasa die nila mak die pergi..hahahha

Kalau korang baca entry nad sebelum ni, nad ada bagitau nad dah due lebih hari dari tarikh sepatutnya nad bersalin..entry ade dekat SINI. walaupun dah banyak bergerak,memang my baby takmau keluar. Sampailah tarikh 22.10.15, tarikh yang dibagi doktor klinik kerajaan untuk nad serahkan diri dekat hospital. Masa tu dah terlebih enam hari. Masa tu datang hospital tak sakit ape..macam datang nak melawat orang je..padahal kita yang nak masuk wad..hahaha..

Sampai je hospital,pergi bahagian ibu mengandung. Lepas tu, masuk cakap kene datang sini doktor yang suruh. Bagila buku pink ibu,nurse suruh tukar baju hospital khas untuk ibu mengandung. Dah tukar tu,tunggu turn nak cek berat dan jantung baby.


Lepas cek nurse suruh pergi masuk wad. Sedih kau, kene masuk wad..tak suka masuk wad ni..dahla masa tu waktu lawatan dah nak habis. Mr mafia terpaksa balik..huaaaa..nak nangis rasa..sorang2 dekat hospital, walaupun tepi depan ade geng ibu mengandung..huhuhu..time mr mafia nak balik, nad dah nangis-nangis. Malam tu dok berwhatsup bagai bagi hilang rasa bosan.




Lepas tu nad dipanggil untuk cek jantung baby.Cek guna graf tu. Benda tu dipanggil cardiotocography.Disuruh baring terlentang, dahla masa tu tidur terlentang tak selesa..lama pulak tu..masa tu leh tengok jantung baby ok atau tak melalui graft..tengok contraction pun boleh tau dekat situ. Memang berbunyi, dengarla jantung anak dalam perut masa tu..kalau dia gerak lagila..hahha.. Lepas tu yang tak boleh blah bab seluk weiii..fuhh..selama ni dengar je..sekali nah kau rasa sendiri. Doktor seluk nak tengok bukaan jalan berapa cm. Nasib dapat doktor perempuan, malu tolak tepi. Disuruh kangkang, pastu die guna jari seluk bawah..tapi sebelum seluk diaorang ade bubuh ubat untuk licinkan..bukan main seluk je..diaorang guna dua jari, guna dua jari pun macam nak pengsan sebab die duk seluk2 ke dalam..tengok kedudukan kepala baby. Baru dapat rasa macam mana..sobsobsob..bukan sekali seluk..banyak kali jugak kene seluk sebab nak tengok bukaan cm..


lepas je seluk ketiga, nad dah mula rasa contraction. Ya Allah,hanya tuhan je yang tau rasa sakit contraction tu. Nad hanya boleh cakap,rasa macam nak berak tapi taknak berak. Fuh sakitt..tapi kene tahan..sakit2 macam tu pun kene seluk jugak..huaaa..T_T menangis nyorok2 nad taknak orang nampak. Dahla masa tu mr mafia takde. Lepas tu kene amik darah lagi..cek nadi dan denyutan baby. Bila masa lawatan, mr mafia datang, masa tu peluk dia, kadang nangis depan die sebab sakit contraction tu. Dia kata sabar..sabar..memang nad dah sabar habis..masa tu bukaan nad dah 3cm. Nad masih berjalan sana sini..sebab nak bagi bukaan cepat jalan. Tapi sama jugak..sakit dah sangat2..siap kawan ajar suh jalan itik..hahhaa..nad pun kadang buat dekat bilik air..kadang nangis dekat bilik air..huhuju..lepas tu orangbyang depan dengan tepi nad dah mula aakit nak beranak..huaaa..nad je tinggal sorang.

Malam tu, nurse yang datang cek tekanan darah datang, dia nampak nad dah sakit tahan contarction. Dengan baik hati, dia cakap kalau dah sakit sangat, saya panggil doktor suh cek. Terus nad cakap, " ahak sakit sangat ni".. masa tu bukaan nas baru 3cm..terus dia panggil doktor. Terus cek jantung baby yang graft tu. Masa tu memang dah tak tahan sangat..sakit sangat..masa tu jugakla baca " lailahailasumbahanakainnikuntuminazzolimin"..disebabkan diaorang tengok contarction makin kerap, terus panggil doktor. Doktor cek dan seluk lagi..masa tu dia cakap " sikit ye puan..sakit sangat ke puan.."..nad cakap ye..dia terus doktor pecahkan ketuban..masa tu dapat rasa air terus mengalir macam air kencing..tak berenti..huhuhu.doktor cakap bukaan dah 6 cm..tapi tunggu lagi sebab nak buka 10 cm kononya..tapi nurse jaga aku cakap "puan kalau sakit nak teran cakap ye..kitaorang terus bawak labour room..huh masa tu memang nad terus cakap " ye nak teran ni".. dah memang sakit sangat..nak beranak je kat situ kalau boleh...malam tu sebenarnya tengah main whatsuup dengan mr mafia, tapi tak tau nak kene masuk labour room, tak sempat nak massage siapa2 bagitau nad dah kene masuk labour room. Lagipun hospital klang memang tak benarkan suami masuk dekat labour room. Jadi nad sorang-sorang rasa sakit, sorang2 nak beranak.huhuhu.. Masa tu mr mafia terpaksa balik kl sebab nak amik barang, tapi nasib baik die kata tengah malam tu nak datang.

Masa dalam labour room, semua dah berkumpul. Masa tu lantak korangla nak buat ape. Nad pun dah takda rasa malu, sebab masa tu pikir nak keluarkan my baby. Masa tu doktor dah suruh push. Nad pun push la yang diajar kawan2. Push tak perlu angkat bontot, tak perlu jerit,..memang nad buat macam tu. Masa nak teran nad tak rasa sakit sebab nad pikir macam nad tengah sembelit nak terberak..memang penat push tapi nad kene buat gak..taksabar nak tengok my baby. Sampai nurse tolong tekan perut baru rasa my baby keluar. Happynya masa tu tak terkira, bila nurse letak my baby dekat badan. Masa tu jugak nangis, cium my baby..jam 9.20 malam my baby kelaur. Jam betul2 depan nad..hahaha

Dijahit Kali Kedua
Terjadinya sesuatu yang tak diingini, selepas selesai dijahit bawah, tiba-tiba nad rasa sakit lagi. Nad ingat sakit jahit memang macam tu, nad rasa sakit dekat bontot..lepas tu nad rasa nak meneran lagi. Sedangkan my baby dah keluar. Tiba- tiba badan dah menggigil..ya allah..memang takleh cakap ape sakitnya..nurse ingat nad lemah,nak demam..diaorang bagi ubat semua..tapi nad masih rasa sakit. Nad muntah, sakit macam nak bersalin lagi.lepas tu diaorang panggil doktor..doktor cek lagi bawah, seluk lagi rupanya ada bengkak dalam tu..Allahuakbar..dahla masa tu nad sorang2, mr mafia datang lewat. Lepas diaorang dah cek2 bagai diaorang terpaksa bagitau yang jahitan kene buka dan jahit kali kedua, tapi, jahit kali kedua dibuat dekat bilik operation dan nad dibius. Nad takde cakap banyak,nad setuju je..masa tu diaorang cepat2 buat persiapan..nad dah tak kisah masa tu diaorang nak buat ape. Nad pikir nak cepat hilangkan rasa sakit dan pikir baby je. Masa tengah sakit2 nurse tanya no telefon husband. Nad bagila tapi nurse cakap tak dapat dihubungi..ahh sudah..dahla tengah sakit, last2 bagi no telefon rumah.

Ni pertama kali nad masuk bilik operation. Takut tu ada, tapi nad kene kuat demi baby. Pertama kali kene dibius dekat tulang belakang..adoii rasa dia macam kene gigit semut..lepas kene bius habis separuh badan kebas dan tak rasa apa. Nad pun dah mamai masa tu, macam ditidurkan. Tak taula berapa lama nad tidur..hahah..sebab lepas tu tersedar dan nampak tali diaorang guna untuk jahit bawah tu. Dalam hati nad cakap " buatla apa korang nak buat, aku tidur kejap".. haahha..habis je operation bahagian bawah kaki memang tak rasa apa lagi..lepas setengah jam baru dapat gerak sikit kaki ni. Keluar dari operation, nad ternampak mr mafia..waaa gumbira tak terkata..nasib baik malam tu die nak datang, kalau tak nad keseorangan..sobsosb..keluar dari bilik operation terus mr mafia pegang tangan nad..usap tangan nad. Masa tu rasa lega sangat. Nad pun dibawa ke wad biasa. Dapat jugak jumpa my baby. Terus mr mafia kucup dahi nad. Nak nangis rasa.

Mr mafia masa tu nampak risau tapi pada masa sama dia gembira sebab nad selamat dan baby pun sihat. Sebenarnya malam tu dia tak tau nad nak bersalin, sebab nad tak sempat bagitau dia, tapi nasib baik dia nak datang hospital tengah malam tu. Sampai je hospital dia tanya nurse " mana nadi johari". Nurse cakap dia dekat bilik operation, ni anak awak".. mr mafia terkejut..hahah..dia yang cerita kat nad..heheh..malam tu mr mafia cakap my baby senyap je..baik je..mungkin dia memahami mak dia tengah operation. Bila dah jumpa dengan maknya je terus nangis nak susu..hahha. masa tu nad memang kuat walaupun tangan kanan kiri ade branula, dengan bawah sakit sebab jahitan, demi anak mampu bergerak.


Ni lah puteri kami. Lahir hari jumaat, pukul 9.20 malam dengan berat 2.8kg. Ya Allah terima kasih bagiku merasai semua ni. Awak adalah buah hati mommy dan daddy. Semoga membesar dengan baik dan sihat selalu.

Nanti nad cerita apa yang terjadi dekat my baby sepanjang pantang ni. Memang cabaran betul.tunggu yee..

SHARE 23 comments

Add your comment

  1. baca pengalaman nad ni tetiba akak rasa macam sakit nak bersalin..hahah...memang tak boelh lupa la sakit nya macam mana..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah
    tahniah buat nad dan mr mafia.
    selamat berpantang ye nad :)

    ReplyDelete
  3. Fuhhh!! Takotnyaaa!! Seriously!!!
    Tapii...nak baby...
    Comelnya baby nad...!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Pengalaman itu indah... Sekali je rasa... Anak lain nanti pengalaman lain pula... Tak kan sama...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah la semua selamat.. Comel baby kak nad

    ReplyDelete
  6. Haaaaa... ni yg bt neves ni.. even dah nak masuk anak ketiga.. dup dap dup dap..

    ReplyDelete
  7. Memang besar pengorbanan seorang ibu/isteri yang melahirkan anak ni.. saya pernah teman isteri bmalam d wad bersalin.. mcm2 perasaan ada.. debaran, tekanan, suka duka semua ada.. apa lagi pengalaman pertama.. huhu.. alhamdulillah semuanya lancar juga..
    singgah blog saya ya.. jan lupa follow me back ya.. :)
    http://blogwebworld.blogspot.my/

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum nad...alhamdullilah dah merasa pengalaman bersalin kn...itulah pengalaman ibu masa melahirkan kita kan...tahniah nad dpt baby girl...comey n selamat berpantang yer...:)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Syukur dpt lahirkan bby dgn selamat. Seronok kn dpt lahirkn bby sndiri. Even sakit, apa pun kira akn pikirkn bby je..

    ReplyDelete
  10. comelnya baby nad..

    debar2 pulak kita baca kisah nad bersalin.
    takut pun ada..ehehehe..

    Alhamdulillah..semua selamat

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah semua selamat.comel baby.

    ReplyDelete
  12. comeeelnyaaaaaa, kak. macam mama dia jugak. hehe
    dah ada nama? hee

    ReplyDelete
  13. Kite pulak rase ngilu membacanya....
    Huhuhuhu.....

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah.... pnglmn yg sgt berharga....nikmat bersalin tu indah kn... comel bby.. :)

    ReplyDelete
  15. Tahniah Nad. Baca pengalaman Nad rasa seram pulak. Hahaha! Kite sekarang dah 5 months, mcm mana la nanti kite rasa pulak. Huhuhu

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.. comelnya baby..

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah ... Semua nya dah selamat ...

    ReplyDelete
  18. Comelnya fariza. Tahniah nad! Mmg nak bersalin tu sgt sakit sbb thn kontraksi. Cx pon lbh 2hari tp time tu da turun tanda. Mmg sakit kene seluk. Huhu byk kali kot seluk. Jln cx pon ssh nk buka. 2cm je berjam. Huwaaa nangis je manjang. Tp bersalin adlh momen terindah dlm hidup. Ni pon tk sbr nk ada baby lg sorang hahahah

    ReplyDelete
  19. Nasib baik dia bius untuk jahit kali ke dua. Da setengah hospital tak bius, jahiy mentah gitu je

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2