SUSU IBU ATAU SUSU FORMULA

in , by Nadia Johari, 21:31:00
hai assalammualaikum


Susu Ibu Atau Susu Formula - Nad bersyukur sangat sebab masa pregnant breast nad dah hasilkan susu. Nad ingat itu normal, bila cakap dengan mak dan kakak diaorang terkejut sebab selalu susu ade lepas 3 hari bersalin. Nad pun baru tau. Sepanjang hamil nad cuma minum susu dan supplement je. Boleh baca dekat SINI. Masa pertama kali nampak,terkejut juga..tapi dalam hati alhamdulillah sebab susu awal-awal.dah ada.

Lepas bersalin je, nad tak sabar nak susukan baby fariza. Balik dari operation, fariza terus nangis dan nad pun bagi susu dekat dia. Boleh baca dekat SINI kenapa nad kene operation. Pandai jugak baby fariza hisap. Pertama kali dapat rasa baby hisap puting breast nak susu..hahhaa..geli pun ada. Tapi gembira sebab dapat bagi susu badan dekat anak. Lagipun pihak hospital sarankan supaya bagi susu ibu. Semua tau kan, susu ibu susu yang terbaik sekali untuk anak kita. Bukan sahaja baik untuk anak malah untuk ibu.

Apa itu Susu Ibu? 

Susu ibu adalah makanan paling berkhasiat dan sempurna untuk bayi anda. Malah, susu ibu bebas daripada bakteria. Susu ibu memberikan nutrisi yang paling tepat dalam kuantiti yang diperlukan oleh bayi. Susu ibu yang penuh dengan antibodi membantu bayi untuk melawan infeksi dan jangkitkan penyakit. Susu ibu pada mulanya akan seperti cecair kuning yang dipanggil “colostrum”, yang sangat kaya dengan antibodi dan nutrien. Kemudian, barulah susu yang sebenar berwarna putih akan keluar selepas beberapa hari bersalin. 

Kelebihan Menyusu Badan Susu Ibu. 

1. Lebih mudah dan jimat. 
Menyusu badan lebih mudah kerana si ibu tidak perlu untuk menyediakan botol mahupun air panas. Malah, susu ibu tidak perlu untuk dibeli dan dibayar. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. 

2. Melawan penyakit dan kematian. 
Antibodi yang dipindahkan seorang ibu kepada bayinya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit seperti jangkitan telinga, cirit birit, jangkitan pernafasan, menigitis. Malah, mengurangkan terkena “Sudden Infant Death Syndrom (SIDS)” iaitu bayi mati tanpa sebarang tanda ketika tidur. 

3. Asas untuk kesihatan yang baik. 
Menyusu badan selama enam bulan boleh membantu bayi untuk mengelak daripada mendapat alergik, mengurangkan risiko daripada berat badan berlebihan, atau boleh mengelakkan masalah ekzema pada bayi, diabetis dan tekanan darah tinggi. 

4. Membantu dalam membentuk gigi dan rahang bayi. 
Bayi yang menyusu badan berpotensi untuk tidak mempunyai masalah gigi dan mulut. 

5. Mendedahkan bayi kepada pelbagai jenis rasa. 
Rasa susu ibu yang pelbagai disebabkan hasil pemakanan si ibu, membantu ketika bayi mula makan makanan lain selain dari susu ibu iaitu ketika “weaning”. 

6. Membantu si ibu mendapat tubuh badan yang ideal. 
Menyusu badan meransang penghasilan dan pengeluaran “Oxytocin” di dalam tubuh si ibu. “Oxytoxin” membantu rahim si ibu berada di kedudukan asal dan lemak tersimpan digunakan untuk menghasilkan susu. 

7. Si ibu dapat berehat dan menyeronokkan. 
Semasa menyusukan anak, si ibu akan duduk dan berehat. Ketika berehat dan menyusu itulah hormon “prolactin” si ibu akan meningkat. Hormon tersebut membuat si ibu lebih tenang, dan mudah tidur dengan nyenyak. 

8. Meningkatkan kesihatan si ibu. 
Menyusu badan boleh mengurangkan potensi si ibu daripada mendapat kanser payu dara atau kanser ovari dan osteoporis (penyakit tulang dimana pengurangan ketumpatan mineral tulang.) 

9. Menjadikan IQ bayi bijak. 
Penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ. 


Kalau korang nak tau cara memilih susu anak yang terbaik, blog IBUSYURGA ni ada cerita details. 


Apabila bayi menghisap susu badan, lidah dan rahangnya perlu bergerak seiring. Lidah bayi perlu berada di bawah areola iaitu kawasan coklat di puting payudara si ibu dan menekannya ke lelangit.Keadaan iini menyebabkan tisu di bahagian berkenaan mengalami tekanan dan memanjang mengikut corak hisapan. Pada masa yang sama bayi perlu berusaha untuk mengeluarkan susu dan otot muka bayi bekerja keras untuk mengulangi proses hisapan. Disebabkan itu, penyusuan susu ibu melalui payudara memberikan kesan positif dalam pembentukan muka dan mulut bayi. 

Masa dekat hospital, nad kesian ada ibu yang tak dapat susukan bayi dia..habis bayi tu menanngis je. Terus nurse ambil bayi dia bagi susu yang dikhaskan dekat hospital. Ada tu masa baby fariza kene demam dan sakit kuning terpaksa ditahan dekat wad. Masa tu nad sekali kene tahan sebab perlu susukan baby fariza. Masa tu ramai yang kene tahan, jadi nak bagi anak sihat perlulah bagi susu ibu. Ada nad nampak, ibu tu taknak bagi susu badan sebab dia cakap susu dia takda, tapi nurse suruh jugak bagi susu badan sebab breast dia dah bengkak. Nurse tu ajar cara menyusu, dapat juga dia nyusukan anaknya. Tapi dia mintak topup susu formula yang dikhaskan di hospital. Apa yang nad nampak, nurse pun kadang malas layan dia sebab asyik mintak topup dan tak berusaha untuk bagi susu badan. Tapi kalau dah betul kurang susu badan tak salah nurse bagi susu khas hospital tu kan dari baby menangis.

Memang nad kalau boleh nak full breastfeeding. Tapi masa tempoh pantang, baby fariza menangis sahaja. Kadang sampai meronta hisap puting susu. Menangis lagi seperti tak cukup susu. Lepas tu bila letak dalam setengah jam dia akan bangun nangis. Tak boleh dengar bising. Disebabkan baby fariza asyik nangis je, masa tu nad dah buntu dah tak tau nak buat apa, nad terpaksa suruh kakak nad bagi susu dia dekat fariza. Kakak nad ade anak yang masih menyusu jadi dia jadi ibu susuan baby fariza. Lepas susu kakak, baby fariza kenyang dan sendawa. Jadi betul ke susu nad kurang??..sedih memang sedih, sebab nad selalu pikir positif susu banyak..tapi apakan daya..Jadi demi kebaikan anak, bila baby fariza dah sebulan, nad terpaksa campur dengan susu formula. Nad beli susu anmum infacare untuk bayi punya. Sejak dia minum susu tu alhamdulillah dia kenyang, berak dan tak bising-bising macam selalu.

Walaupun nad campur dengan susu formula tapi nad lebihkan susu badan. Susu formula nad bagi sekali atau dua kali sehari ke. The rest susu badan. Nad takmau dia susu formula banyak sangat. Mr mafia pun sebenarnya tak suka bagi susu formula sebab takut badan baby tak kuat berbanding minum susu ibu. Tapi apakan daya..kite kesian tengok anak nangis je..bukan kite rela kan..takpela yang penting dia sihat..kalau sebelum ni asal bangun je nangis..sekarang dah boleh berborak..kalau dah kenyang dah boleh letak dekat tilam dia dan berborak..lega sikit hati mommy. Nad tetap nak susukan dia dengan susu badan sampai dia besar..nad akan cuba..

Sebenarnya baby fariza nangis sahaja bukan sebab kekurangan susu sahaja..malah dia merana sebab lain..ya allah,hanya tuhan tau macam mana perasaan mommy masa tu..nanti nad cerita pasal ape.. tunggu next entry.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. dah lama xdtg sini..
    dah bersalin ka nad... tahniah

    ReplyDelete
  2. baby masa mula2 lahir mmg akan selalu menangis sbb tak biasa lg duk luar perut..kalau rasa susu dah cukup byk, stop la dulu bg formula :)

    ReplyDelete
  3. sabar la nad..dulu pon akak give up jugak,dari kat spital lg dengan kekok nak susu kan anak.. bila org dtg mlawat baby nangis..diorg kata x cukup susu ibu je.. suruh kita bg susu formula..sedih sgt.. anak sulong kan.. sebenarnya cukup je.. janji setiap 2-4 jam tu dia menyusu..perut dia kecik sangat..besar kacang je kan.. hehe..gud luck!

    ReplyDelete
  4. Salam nad..tahniah dah jadi ibu..;) mmg bnyk dugaan nak bf anak ni..kena sabar bnyk2 dan yg penting selalu fikir yg positif...semoga dipermudahkan semuanya..

    ReplyDelete
  5. semoga baby sihat2 belaka ye kak :)

    ReplyDelete
  6. Baby yang selalunya isap susu ibu pasti gemuk dan bambam.. bole panggil abam sado taw.. ehehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2