July 2015
hai assalammualaikum

Tak Surprise Takpe, Tetap Sweet - Nak buat entry ni sebelum habis bulan Julai..hahaa..sempat ke..lagi setengah jam ni..hehhee..nad tau dari dulu memang dia tak retibuat surprise..ahahhaa..ingatkan dapat candle dinner ke..siap ada orang nyanyi lagi..hahahaa..suka berangan gue ni..tapi cara dia "sayang nak apa sempena birthday"..sayang pilihla mana sayang suka..terus cakap direct kau..adakah sebab dia mafia dia tak reti..tapi tengok drama mafia lagi pandai buat surprise..hahahhaha...takpela..janji sweet..

Apa yang sweetnyaa??..ni sempena birhtday girl yang sepatutnya 18 Julai haritu, harini 31 Julai baru nak disambut..hahahha..asalkan masih bulan Julai, masih boleh sambut la kan...siang tadi nad teringin makan ayam pecal lele bawah pokok tu, memandangkan hari hujan, kite makan tempat lain yang berbumbung la. Asalkan ayam pecal lele, kalau tak dapat meleleh anak nanti..hahaha..


Tengokla seleranya i makan ok..tengah-tengah macam ni..paham-paham jela..siap tambah nasi..memang sedap ayam pecal lele kampung pandan ni. Tapi ayam nad ganti dengan ikan keli. My Favourite ikan keli yoo..mintak orang tu goreng garing-garing..fuh memang marbelous dan tak mengecewakan..


Habis je makan, ajak mr mafia pergi Tesco. Tempat biasa nad bershoping..hahhaa..sebab dekat dengan rumah..Tesco Ampang MRR2 tu..pergi singgah situ sebab nad teringin makan kek. Jadi mr mafia suh pilih kek yang besar, nad nak yang kecik je. Masa tu tak terfikir untuk birthday kita, ingat untuk makan suka-suka..

Lepas bungkus pergi jalan-jalan tesco..dia cakap "carila baju yang sayang berkenan sempena birthday sayang"..lor gitu kau..hahaa..terkjut jugakla..dan nad pergila kedai kecik-kecik tu..sebab aritu ternampak baju yang berkenan di hati..cuba punya cuba cantik dan sesuai untuk nad. Pregnant ni nak bergaya je..hahaha..ni la hadiah yang nad dapat..udahla mahal bajunya..terkedu kejap..haha..tapi mrmafia cakap "takpelah untuk birthday sayang "..ok terharu dekat situ..nad ni selalu beli barang murah je..jadi kalau dah mahal macam tu ,macam serba salah pulak..lainla kalau kita kaya..ni cukup-cukup makan je..huhuhu...


kek ni siap ada patung dua..kekonon aku dan dia la..heehe..




Apa-apa pun..terima kasih mr mafia untuk semua ni..kira surprise jugakla..hehee..thank you..love you..muah222..eh...hehhe
hai assalammualaikum

Hari-hari Makeup Simple - Nak cerita pasal makeup lebih details memang bukan nad la..hehehhe..just cerita sikit-sikit tu bolehla..lifestyle blogger kalau boleh semua nak cerita, semua nak selit kan..hehehhe..walaupun tak sehebat beauty blogger diluar sana..tak kisahla yang penting update kann..nad ni suka tengok orang makeup-makeup ni. Selalu jugakla layan dekat youtube tu ha..suka tengok cara diaorang..sambil-sambil tu boleh belajar cara makeup kan..suka tengok barang-barang makeup diaorang yang banyak tu..berangan jugak nak ada barang makeup banyak macam tu tapi takde badget lagi..


Ok nad ni jenis makeup simple dan tak berat. Sejak muka dah elok sikit, dah takde jerawat, takdelah nak makup tebal-tebal..huhuhu..cukupla apa yang ada ni ha. Nad cuma pakai Safi BB Cream, bedak compact silkygirl,eyeshadow yang sekali dengan blusher jenama MISS ROSE, eyeliner, maskara dan gincu dari MISS ROSE jugak..setakat ni tak pernah nak beli lain..sebab ni pun dah rasa banyak makeup..hahahaa..yang ada ni pun tak terpakai..jadi kita pakai apa yang ada jele..kalau rasa nak tukar tunggu barang makeup ni habis..baru tukar kot kecuali gincu dan foundation..mana tau berkenan kan..cantik..dan fiundation yang sesuai dengan kita..memang akan beli la..



Ok pertama sekali, nad akan apply Safi BB Cream ni. sebelumni nad guna foundation cream bb doll. Tak pernah review sebab tak sempat je..Dah habis pun foundation tu..foundation sebelum ni bukan jenis cecair, sebab setiap kali nad guna yang cecair, bila berpeluh atau berminyak je muka, mesti muka dah jadi bertompok-tompok. Maybe foundation tu tak sesuai dengan muka nad, kene cari yang sesuai dengan muka jenis cecair ni. BB Cream ni lain dari yang lain dengan foundation. Walaupun jenis cecair tapi elok je dekat muka..meh bagi info sikit...hehehe

Perbezaan antara BB Cream dan juga krim cecair asas ( Foundation ) :
1. Liputan ( Coverage ) – krim BB memberi perlindungan kurang daripada krim foundation dan juga ianya lebih cair dan tidak tebal. Bagi anda yang kurang gemar memakai mekap tetapi mahukan kulit yang sekata, anda boleh memakai krim BB.
2. Faedah penjagaan kulit – krim BB mungkin menyediakan lebih banyak faedah penjagaan kulit, biasanya dengan tambahan bahan-bahan tertentu untuk  menghidrat atau membaiki kulit anda manakala krim asas cecair adalah hanya untuk dipakai sebelum mengenakan solekan. Biasanya krim BB disertakan dengan sunblock, pemutih wajah, ataupun pelembap.
3. Warna – krim BB mempunyai julat warna yang sangat terhad , biasanya 1 atau 2 warna – yang berada dalam pelbagai warna natural – NC25 dan ke bawah. Krim cecair asas ( foundation ) cenderung untuk mempunyai 5 hingga 10 warn. Anda juga perlu berhati-hati dengan undertones krim BB yang cenderung untuk menjadi merah jambu dan bukannya kuning yang boleh membuatkan warna kulit anda nampak kelabu atau ashy.
4. Penggunaan – krim BB adalah yang terbaik digunakan dengan jari anda. Hanya titik sedikit produk di seluruh muka dan tepuk produk ke dalam kulit dengan jari anda sehingga anda mempunyai kulit wajah yang sempurna. Cecair asas boleh digunakan dengan berus stippling, paddle brush, atau jari anda sendiri.



Lepas apply BB cream, nad akan buat dekat mata pulak bubuh eyeshadow. Bahagian mata nad ada tengok youtube letak garisan hitam dekat tulang mata, lepastu, letak colour cerah dekat mata, diikuti dengan warna gelap..hehehe..menjadi jugak weii..sebab buat hari-hari..hehe..set eyeshadow sekali dengan blusher..jimat dekat situ..aritu buat dekat sepupu nak kawin..nasib lawa..hahahha...sebab dia pun nak makeup simple je..nad jarang guna blusher sebab tak reti..hahaha..




Lepas tu bubuh eyeliner. Nad suka eyeliner jenis tajam ni sebab mudah nak bentuk. Eyeliner ni ada dua, jenis tajam, belakang jenis pensil. Yang tajam tu nad guna untuk atas mata, dan suka buat bentuk tajam hujung mata..Suka pakai eyeliner sebab dia besarkan mata, walaupun mata dah besar tapi still nak pakai sebab taknak mata nampak kuyu. Yang pensil tu pulak pakai untuk bawah mata..tak banyak sebab dia boleh mencomotkan mata. Eyeliner ni beli masa ada artis buat jualan. Lepas tu pakai maskara. Untuk melentikkan bulu mata tu.


Lepas tu tepek-tepek bedak sikit. Nad tak sekali sapu..nad suka tepek-tepek sikit je..macam cop-cop gitu..Sebelumni pakai bedak pixy, tapi bedak pixy dah habis, pergi guardian ingat nak beli pixy jugak tapi ternampak bedak silky white ni dengan harga murah sekali free remover makeup..ape lagi amikla..hahaha



Last sekali bahagian bibir la..Gincu banyak warna macam nad tunjuk dekat SINI. Tengok nad la nak pakai mana yang sesuai pada hari tu. Dah tepek letak lipgloss bagi bersinar bibir..hehehe..tak sempat pakai dalam kereta je..



Ok dah siap..tu sahaja makeup yang nad selalu guna..tadaaa..dah boleh jenjalan dan pergi event..
hai assalammualaikum

Resipi Sardin Masak Black Pepper - Hari ni adalah hari kepenatan sangat..malam tadi tak boleh nak tidur sebab tak selesa dekat perut..dengan anak bergerak sana sini lagi..bangun-bangun pun layu..kasi exercise sikit..segar la sikit..tengok dapur ade ayam,daging ikan..tapi dari haritu asyik makan tiga jenis ni je..haritu dah ayam..takkan nak ayam lagi kan harini..hahaha..jadi nampak sardin..hah apa kata masak sardin jele..cepat dan mudah...tapi kita masak cara masakan lain la pulak ..takkan sambal je kan...lagipun harini rasa macam malas-malas gitu..

S

Sebelum ni nad masak sardin masak kari..harini masak black pepper pulak..ala bahan sama macam black pepper lain..cuma tukar sardin je...hehehhe...

Bahan ditumbuk
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- halia
- lada hitam

Bahan di hiris untuk hiasan
- cili merah
- cili padi
- bawang besar

Lain-lain
- sardin
- kicap
- sos tiram
- garam
- gula
- air sedikit


Cara membuatnya:
- Tumbuk bawang merah,bawang putih,lada hitam dan halia..tumbuk sampai halus dan tumiskan bahan tumbukan ni sehingga naik bau. Bubuh dua camca sos tiram dan satu camca kicap.
- letakkan sedikit air, bagi rasa garam dan gula. Kemudian letakkan sardin, jangan bubuh kuah sardin..nanti jadi lain..hehehe..
- dah agak-agak masak, bolehla letak bahan hirisan cili merah, cili padi dan bawang besar.cili padi tu nad letak sebab mr mafia memang suka makan pedas..tak pedas die kata tak syok..yela ikutkan jele..

Ok tu sahaja..senang..hehehe..selamat mencuba.

hai assalammualaikum

Suka Makan Aiskrim Ketika Mengandung - Kalau sebelum hamil, makan aiskrim takdelah sekerap sekarang..kalau tak dapat aiskrim pun takpe..tapi sejak hamil ni..keinginan nak aiskrim tu membuak-buak..hahaha..kalau tak dapat rasa nak meronta..last-last mr mafia belikan stok banyak-banyak aiskrim dekat rumah ni..berbekas-bekas die beli..sebab dia tau isterinya mesti nak mkaan aiskrim lepas makan nasi..atau makan sambil tengok tv..

Hahha..memang rutin nad sejak hamil suka makan aiskrim lepas makan nasi, sebagai pencuci mulut katakan atau makan sambil layan tv..ada kawan blogger komen dekat facebook, automatik bila mengandung, akan suka makan aiskrim..hahaha..memnag betul..semua jenis perisa aiskrim boleh masuk..lagi-lagi dengan cuaca panas ni, ibu mengandung cepat rasa panas..jadi bila dapat makan aiskrim nikmatnya tak terkata..lepas je makan aiskrim, baby dalam kandungan pun mulala bergerak sana sini..hahha..agaknya dia pun suka makan sekali...hahaa..tu la yang nad rasa..


Dekat rumah ni sebelum ni ade dua bekas aiskrim..perisa vanila dan perisa campur..perisa vanila memang wajib ade, sebab kami berdua suka perisa vanila..lepas dua-dua bekas habis..mr mafia beli lagi 4 bekas aiskrim..kau tengok dia punya tambah..taknak isteri meroyan..hahaha..beli stok banyak-banyak..yang tinggal 3 bekas aiskrim sebab satu bekas tu dah habis..hahah..tiga bekas yang tinggal..aiskrim vanila, coklat dan perisa buah-buahan



Yang perisa buahan-buahan ni pertama kali mr mafia beli. Tak rasa lagi..tapi nampak macam sedap je..huhuhhu..memang bagus aiskrim buah-buahan ni..takdela asyik coklat dan vanila je..

Ada mitos mengatakan makan aiskrim tak elok..ermm takdela pulak penah dengar..huhuhu..korang janganla makan aiskrim je dari pagi sampai ke malam sampai tak makan nasi..hahaha..adehlaa..ais krim adalah makanan yang selamat dinikmati oleh ibu mengandung kerana ia diperbuat daripada bahan asas yang mengandungi susu, lemak dan kalsium iaitu nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu sepanjang kehamilan.

Semasa mengandung, ibu memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang janin yang dikandung dan menguatkan tulang ibu sepanjang kehamilan. Ini kerana semasa mengandung, ibu akan mengalami perubahan hormon dimana keperluan kalsium meningkat daripada biasa. Jadi, ais krim merupakan salah satu sumber kalsium yang baik untuk dinikmati oleh ibu mengandung.

Jadi, banyak kebaikan ais krim untuk ibu mengandung... antaranya:

  • sumber kalsium yang baik untuk ibu dan bayi dalam kandungan
  • mengatasi masalah kegemukan dan berat badan berlebihan jika mengambil ais krim dalam kuantiti yang betul
  • mengatasi masalah loya dan mual di awal kehamilan.

hai assalammualaikum

Basic Barang Makeup Yang Ada - Perempuan walaupun tak suka makeup tapi mesti ada barang makeup jugak. Heyy, walaupun dia pakai bedak compact sahaja tu pun dikira makeup tau..huhuhu..nad ni walaupun jarang makeup tapi suka nak ada barang makeup..hahaha..perempuan kan..mestilah nak ada foundation, eyeshadow, eyeliner dan macam-macam lagi la..walaupun makeup tu jarang guna..simpan itu wajib..hhahaa..jangan simpan lama-lama sebab makeup pun ada expired dia.

Barang makeup nad takde la mahal mana. Setengah barang makeup ni pun dari hantaran kawin..masa ni nad memang tak tau nak makeup jenama apa, yang macam mana..hahahha..sebab selalu tengok orang beli satu set punya tapi jenama tak tau yang mana bagus..sebab sebelum ni guna bedak avon dengan eyeliner je masa study..dah la perempuan tapi tak tau nak guna jenama apa bagus..nampak sangat tak pernah amik tau kau..barang makeup ni semua mr mafia yang pilih..hahahhaha..tu pun setelah dibantu oleh kawannya sendiri..sebenarnya kawan dia yang jual..lelaki ok..hahhaa..nad tengok berkenan, nad kata ok je..huhuhu..



Ni la set makeup dari Miss Rose..foundation,eyeshadow, eyebrow,gincu dan lipgloss..tu semua yang basic je..nad dah guna foundation dia, tapi tak sesuai dengan muka nad sebab muka nad tak boleh terima foundation yang berair..muka jadi tak ok..yang lain semua ok dekat nad..hehee..sampai tak tau nak pakai mana..hari-hari tukar-tukar warna gincu kalau nak keluar..kadang terlupa nak pakai..hahaha..eyeshadow tu jarang pakai..time event je pakai..


Yang ni pulak makeup sehari-hari yang nad guna. Disebabkan foundation cecair tak sesuai, nad cuba guna bb cream safi..alhamdulillah ok dengan muka. entry ade dekat SINI. nad ada penah cuba barby doll cream foundation tapi tak pernah cerita dekat blog..hahaa..tak sempat..tengok-tengok dah habis..nak cuba foundation bukan cecair yang lain..bedak compact telah bertukar ke silky girl sebab bedak compact miss rose dah habis..sebelum ni guna pixy tapi nampak harga silky girl murah sekali dapat free remover makeup, nad amik jela..nampak tak orang yang berjimat ni..hahaha..semua nak murah..



Sekarang nak cuba tambah, concealer, gincu warna merah dan makeup untuk kening..

Ni jela setakat ni barang mekup nad..walaupun murah tapi nad selalu berhati-hati dalam memilih produk supaya tak memberi kesan buruk dekat muka ni ha..kann..lagi-lagi sejak amalkan ephyra..memang simple je makeup sebab dah lawa kan..hehehe..

Ada sesiapa nak order ephyra..hehee..boleh whatsuup no seperti tertera di atas.

hai assalammualaikum

http://letaknamaterlalumainstream.blogspot.com/2015/07/feecamella-raya-2015-giveaway.html
klik banner untuk join


Kawan-kawan hanya perlu jawab 1 soalan mudah and berpeluang untuk menang 
giveaway awesome dari kami :)
Boleh lah dapat duit raya and bergaya dengan FeecaMella dalam bulan Raya ni.
Raya kan Sebulan. Sempat lagi nak bercantik-cantik :) 

Giveaway bermula dari 23 July 2015
and berakhir pada 31 July 2015
Pemenang akan diumumkan di blog ini and FeecaMella Instagram
pada 2 hari berikutnya 2 August 2015 :)

Syarat-Syarat Wajib Penyertaan : 
1. Tulis entry yang bertajuk "FeecaMella Raya 2015 Giveaway"
-----> (Copy & Paste kandungan entry ini)
2. Follow blog ini, Aynal Mansor
3. Follow Instagram @FeecaMella 
4. Like Facebook FeecaMella
Soalan :
1. Pada Tahun Bilakah FeecaMella Ditubuhkan?
----> Nak tahu Jawapan mudah ada di Entry Ini :))

Mudah je kan..jom join .
hai assalammualaikum

Beraya Di Rumah Blogger Bubblynotes Farah waheda - Hari sabtu haritu, nad pergi ke shah alam sebab ada kenduri kawin saudara belah mr mafia, sambil-sambil tu nak pergi la beraya sekali rumah kawan yang terdekat. Disebabkan masa hari tu kawan mr mafia datang rumah, jadi lewat keluar rumah, tau-tau jela jalan dari kuala lumpur ke shah alam memang jem..lagi-lagi waktu petang. Jadi nad pun sempat pergi beraya rumah kak Farah je la, sebab rumah saudara dekat dengan rumah kak Farah..

Kak Farah mana ye..hehe..ala blogger bubblynotes tu yang suka membebel..hehhee..nad pun tak pernah lagi singgah rumah kak Farah dekat Puncak Alam tu. Sekali datang nak tengok ash..motifnya la kann..sampai rumah kak Farah dah pukul 6.30 petang..datang-datang je dah dengar ash terjatuh..adoiila ash..semakin aktif awok ye..tak sabar nak sambut tetamu (padahal nak ikut mommy dia keluar, takut mommy tinggalkan dia)..hehehhe..

Masuk je dekat rumah kak Farah, ash riang suka suki kau..berlari sana sini sebab ada tetamu datang. Memang tak boleh duduk diam. Suka tengok gelagat dia yang semakin ligat tu. Yela selama ni kawan dengan nekma dengan atuknya je..sekali tetamu datang mana tak jadi macam tu..hehee..happy budak tu..kak Farah cakap memang dia takkan duduk diam..duduk sekejap pastu ada je benda nak mainnya..hahaha..memang betul..semua mainan dia nak ditunjukkan..nad layankan je..biasalah budak-budak kan..


Nad ada baca dekat blog kak Farah, yang ash rindukan babahnya, setiap kali jumpa laki dia akan rapat..hahaha..memang betul. Masa Mr Mafia duduk..dia pun nak kepit jugak dengan Mr Mafia..Mr Mafia pun layankan je..siap main lagi..suka dia..bagi Mr Mafia praktis jadi bapa ye ash..haaha..baru layan ash belum lagi anak sendiri..macam mana la gamoknyaaa..


Terima Kasih kak Farah sambut nad dengan suami..dengan terhiburnya tengok gelagat ash..hehe..yang bestnya bila kita nak kiss, dia kiss mulut kau..nampak peramahnya ash ni..hehehe..baru anak orang..anak sendiri macam mana la agaknya..hehee..

hai assalammualaikum

Happy Bithday To Me : Renew Lesen Yang Dah Mati - Masuk bulan Julai je, pasti ada sesuatu yang ditunggu..hehehe..bulan Julai, tarikh 18 Julai maka lahirla seorang gadis yang ayu, cun melecun, kecik molek ingin melihat dunia..hahhaha..semakin hari semakin meningkat usia..tapi wajah masih maintain muda jiwa remaja..auchh gitu...tak sangka la sekarang dah jadi isteri orang..ayoyoyo..nak tengok muka kite masa kecik..ada buat entry dekat SINI..hehehee..


Bila dah ada suami ni, kalau time hari terpenting ni, mesti tunggu apa yang dia nak buat. Surprise ke idak..saja buat-buat senyap..tengok dia ingat ke tak buat hari lahir isterinya ni..18 Julai masa ni raya kedua, raya dekat kampung lagi. Selalunya akan wish malam pukul 12 malam..ni tunggu punya tunggu takdok ni..haishhh..dia ingat ke tidak ni..esok pagi..nad annouce dekat mak.."makk!! harini harijadi diah"..hahha..macamtu sekali..mak cakap "oo yeke..selamat hari lahir"..mak ucap.."makk, masak sedap-sedap ye arini"...bila mr mafia masuk rumah, (baru lepas mandi dekat luar..orang lelaki memang mandi dekat luar).ngadu lagi dekat mak.."mak ada orang tu tak ingat birthday kita"..mak gelak je..mr mafia buat-buat blur..mak terus cakap.."harini birthday dia"..mr mafia sengih.."abang taula sayang..abang ingat..nak wish malam tadi tapi sayang dah tidur'..eleleh alasan..huh..hahaha..pagi tu terus wish..dapatla kucupan dahi..aummmm..


Sekarang ni dalam hidup, apa nad nak..sikit-sikit dah dapat walaupun tak sepenuhnya..alhamdulillah..takpe nad akan berudahsa lagi..untuk capai apa yang nad nak walaupun kadang-kadang ada halangan. Itu kan semua dugaan hidup..

Ingat dapat surprise lain lagi..tapi belum dapat lagi..takpe akan ku tuntut..hahahahaha...


Perkara pertama yang nad buat untuk birthday girl, perkara paling penting ialah renew lesen..hahahaha..dah setahun rupanya lesen ku tu..kali ni sedar..hahaa..bukan macam sebelum ni..tak sedar lesen mati..nasib baik masa tu sempat buat..kali ni mudah je..nad buat dekat pejabat pos je. Baru nad tau, lesen yang baru lepas habis P, mesti dibuat dekat JPJ tak boleh dekat pejabat pos, tapi lesen yang dah full, yang dah takde P, baru boleh buat dekat pejabat pos. Jadi senangla takyah pergi JPJ tu. 

Tanya kaunter, perlu ke gambar pasport. dia cakap tak perlu sebab dia akan scan je. Ok selamat lagi, sebab nad takde gambar pasport masa tu..hahahha..tapi tak bestnya dia amik gambar dekat kad pengenalan kita. Alahai gambar dekat kad pengenalan tu dahla tak lawa.. hasiyehh..takpela..yang penting renew..Renew kene ikut tarikh lahir kita. Jadi nad buat dua tahun untuk renew lesen sebab nak buat setahun tak boleh cause terlambat buat..Takpela..dua tahun lagi bagus..lama sikitt..nampaknya nak kene tukar kad pengenalan baru pulak la..dah buruk sangat kad pengenalan nad..huhuhuhu..

walaupun jarang bawak kereta..renew lesen tetap penting..hahahhaha.. Menunggu mrmafia buat surprise..haaha..
hai assalammualaikum

Biskut Kapit Coklat Menjadi Kegemaran Raya Ni - Sambil-sambil ziarah rumah saudara mara di hari raya, mata sambil melilau tengok kuih, biskut,kerepek apa yang disediakan. Bila ada yang disukai pasti akan dimasukkan mulut..lagi-lagi kalau nampak makanan yang sangat digemari..kalau boleh nak dihabiskan je, tapi tak elok kan sebab orang lain pun nak makan. Lagi perkara jahat kalau boleh nak bawak balik rumah...masuk dalam beg..hhahahah..tapi tak senonoh pulak perangai macam tu..orang cakap apa pulak..hahahah


Setiap kali beraya, mata nad akan cari biskut kapit. Kalau dulu biskut kapit kosong, takde isi, tapi sekarang orang suka buat lain dari yang lain, tambah perisa bagai kan. 


Sekali dapat rasa biskut kapit berisi coklat, sedapnyaaa..memang suka sangat kerepek kapit coklat..kadang-kadang susah nak cari kerepek kapit coklat ni..cepat habis.sebab bukan nad je suka..ramai orang suka..bila nampak kerepek ni memang tak berhenti makan..walaupun pergi banyak rumah tu ade kerepek kapit coklat, rumah tu seterusnya pun ada..tetap makan..hahahah...tapi takdelah habiskan..

Nak kene cari untuk buat kudap-kudap dekat rumah...hahaha




hai assalammualaikum

Kemeriahan raya Mesti Ada Bunga Api Dan Duit Raya - Alhamdulillah, dah masuk tujuh syawal, cerita syawal macam banyak pulak, tak habis-habis ni..hahaha..biasalah syawal kan sebulan..syawal memberi kemenangan kepada kita sebagai umat Islam yang sudah menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Sebutnya sahaja Bunga Api dan Duit Raya memang seronok sewaktu nad kecik-kecik dulu. Dua benda ni la yang dinantikan masa nak tibanya Syawal..hehee..sekarang dah besar pun masih excited lagi dengan dua benda ni..kalau takda dua benda ni macam tak meriah raya..

Bunga api/mercun

Secara ringkas, antara sebab yang menjatuhkan bermain mercun dalam kategori haram adalah :-
1)   Mudarat Kepada Diri
2)   Mudarat Orang Lain
3)   Pembaziran


Memang bila tibanya nak Syawal, berdentam dentum bunyi mercun di mana-mana. Bukan setakat mercun,meriam pun masih ada lagi. Walaupun dikatakan mercun atau bunga api ni mengganggu orang lain, tapi jika tiada, senyap je, macam takde erti Syawal ni. Walaupun bunga api dikatakan bahaya, kalau digunakan betul-betul, insyallah takda masalah.


Lagi elok ada pantauan daripada orang besar bila kanak-kanak bermain. Memang banyak kes budak terkena mercun, putus jari, budak-budak sekarang advance, kadang-kadang mercun direka untukdijadikan hebat,last-last, terputus jari diaorang baru nak insaf... tapi kalau kita cakap "tak boleh main mercun"..mesti kanak-kanak akan beli jugak kan..sebab dah jadi macam perkara biasa bila nak sambutnya Syawal ni. Nak selamat beli je bunga kucing atau bunga api warna warni tu..takpun mercun bawang....huhuhu..

Memang dikatakan membazir beli bunga api ni disebabkan kita keluar duit banyak-banyak,pastu dibakar bunga api tu, pastu dibuang..hahhaa..nampak tak pembaziran disitu. Tapi disebabkan nak bagi kemeriahan Syawal tu kadang-kadang ibu bapa pun beli. 

Duit Raya


Ni part yang paling best bila tibanya Syawal, lagi-lagi budak-budak. Orang suruh datang beraya, berziarah tapi datang rumah orang tak sabar nak duit raya. Kadang tak makan pun kuih muih yang disediakan tetamu. Ish tak baik macam tu, kene ajar anak-anak kita cara ziarah tetamu. Baru la pikir duit raya.  Jadi ibu bapa la yang kene ajar anak-anak mereka tu.


Jika dilihat dari persepktif baik, ia dapat memupuk semangat dan sifat menderma sebagai bukti hasil keberkatan yang diperolehi dari tarbiyah Ramadhan.

Malah, sebenarnya ia lebih baik jika di berikan sebelum tamatnya Ramadhan, ia bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w dari Ibn Abbas r.a yang menyebut :-
كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس بالخير , وكان أجود ما يكون في رمضان , حين يلقاه جبريل , وكان يلقاه كل ليلة في رمضان حتى ينسلخ , يعرض عليه النبي القران , فإذا لقيه جبريل كان أجود بالخير من الريح المرسلة

Ertinya : "Adalah Nabi SAW adalah manusia yang paling bagus dan pemurah dengan segala jenis kebaikan, dan Nabi paling pemurah adalah di bulan Ramadhan, dimana ketika bertemu Jibrail yang datang di setiap hari di bulan ramadhan membentangkan (menyemak) al-Quran dari Nabi SAW, apabila ditemui Jibrail maka Nabi akan menjadi paling pemurah dengan kebaikan lebih dari angin yang bertiup" (Riwayat Al-Bukhari)

Kanak-kanak yang berkunjung ke rumah sanak saudara, rakan dan rumah terbuka tentu seronok bila menerima duit raya yang dihulurkan oleh tuan rumah. Ada yang bersampul dan ada yang diberi begitu saja, sama ada duit syiling atau kepingan duit kertas baharu. Pemberian duit raya ini sangat wajar diteruskan.. mungkin ada yang berkata ianya bakal mewujudkan amalan negatif (beraya sebab nak duit raya), namun ianya bukanlah matlamat asal beraya. 

Raya ni kita nak kongsi kegembiraan. Kalau dalam bulan puasa, kita banyak bersedekah, kenapa tidak diteruskan pada bulan-bulan selepasnya? Tak rugi kalau rajin bersedekah ni, malah akan menambahkan lagi keberkatan dalam harta kita. Setiap pemberian kene ikhlas. Sebagai ibu bapa juga, duit raya ni boleh disimpan di dalam bank untuk masa depan mereka. Takdelah mereka boros je, lainlah mereka dah besar, taulah mereka nak buat apa dengan duit tu.

Bila nad pikir balik, rugi dulu duit raya boros..hahaha..kan menyimpan itu elokkk..huhuhu..kalau tak duit mesti dah berjuta..

Kesimpulannya, walaupun banyak negatif, tapi bila niatkan ia positif, gunakan secaar betul, insyallah ia akan positif dan takkan ada apa-apa yang berlaku..lagi eriah syawal tu bagi kita semua.








 
hai assalammualaikum

Kad Raya Daripada Blogger - Dah masuk Enam Syawal, kepuasan beraya tu takkan puas selagi tak sebulan..hahaha..kalau boleh nak serbu rumah semua kawan-kawan, tapi masa tak mengizinkan. Kalau yang kerja , kalau boleh nak cuti sebulan..tapi tak boleh..jadi sambung raya hari minggu jela..Kalau dulu,masastudy nadsuka bagi kad raya dekat kawan-kawan sekolah, sekarang nad bukan taknak bagi tapi komitmen lain banyak pulak. Insyallah tahun depan nad akan usahakan untuk bagi..

Terharu bila kawan-kawna blogger masih ingat akan diriku untuk bagi kad raya ni. Seronok bila dapat kad raya ni, sebab rasa nak raya tu lagi meriah. selain itu, kita dapat mengeratkan ukhuwah antara sesama blogger. Lagipun sekarang zaman dah canggih, kad raya pun masing-masing mesti lawa-lawa semua, lagi-lagi blogger. akan terpampamg wajah mereka dekat kad raya..hehehe..tu yang seronok nak kumpul balik kad raya tu..tahun ni nad hanya dapat daripada beberapa blogger sahaja, tu pun mereka yang nak bagi..terima ksih korang..sayang korang..

Meh tengok kad raya siapa yang nad dapat.









Sedihnya salah satu kad telah masuk ke dalam sampah..sedihh oo..macam mana leh terjadi, ayah nad dia kemas-kemas meja, last-last terbuang sekali kad raya tu..macam nak menangis weiii...sobsobsob..taknak mention sapa punya..bebel jugak la nad ni masa terbuang tu..huhuhu..nad dah mention dekat orang yang bagi kad tu..takpela takde rezeki nak simpan kad raya dia tahun ni..Ada dua lagi kad raya yang tak dapat..sebab dua orang ni ada mintak alamat tapi kad tak sampai lagi..huaaaa..harap-harap sampai la..
hai assalammualaikum

Gaya Raya Simple Aku Sebagai Ibu Mengandung - Sebenanrnya banyak baju untuk ibu mengandung, tapi tahun ni taknak membazir, pakai apa yang ada je, sebab tengok almari alahai banyak baju yang masih baru dan masih pakai beberapa kali je..tak salah nak repeat baju tu semula..kihkihkih..Tahun depan la kita melawa ye..insyallah tahun depan bertiga. Nad sekarang dah tak selesa pakai baju yang dulu disebabkan perut semakin membesar. Jadi pakai baju dress mengandung, seluar mengandung yang memberi keselesaan kepada diri.

Banyak pakaian ibu mengandung yang cantik-cantik pada masa kini. Tentulah ia tidak semudah untuk anda mencari pakaian seperti sewaktu sebelum mengandung. Yela sebelum ni cari saiz paling kecik je, sekarang kene cari saiz besar sikit sebab tang pinggang dan perut dan membesar. Ibu mengandung pastinya inginkan pakaian selesa dan nampak cantik pada masa yang sama.


Hari raya ni walaupun simple tapi mesti nak nampak jelita di hari raya kan..hohohoo..dengan gabungan warna yang ceria dan berani. Tahun ni nad pakai baju blouse dengan skirt. Blouse tu nad dah lama beli tapi terbesar, jadi pakai sekali je..hahaha..yela dulu kecik je..jadi baju ni boleh dipakai masa pregnant ni. Memang sesuai sangat. Kain pulak nad beli dekat tesco je dengan harga RM35.00. Nak matchingkan dengan baju, nasib baik jumpa kain ni. Last minit beli, macam ni la..ingat nak beli kain duyung tu..tapi tak jumpa..jadi nampak kain ni..amik jele..


Aksesori yang nad pakai untuk taknak nampka kosong, nad pakai rantai berwarna hitam dengan gelang tangan. Semua ni memang dah ada dekat rumah sejak sebelum kawin lagi..pakai bagi nampak anggun sikit..


Kami tak sedondon tahun ni..hahaha..sebab memang tak rancang nak berdondon-dondon..takpe tahun depan kita meriah sikit.


Lagi satu  baju ibu mengandung untuk raya ni ialah baju tshirt dengan seluar. Yang ni nad beli dekat kedai motherworld dekat gombak. Ni kes mr mafia nak la tengok isteri dia berpakaian seperti orang mengandung. Kita pun ikutkan jele..nad memang nak beli seluar mengandung sebab dah jemu pakai kain je, tak sangka  pulak dia suruh beli baju sekali..ahahha..sebab dia berkenan dengan baju tu..amik jela kan..pink pun pink la kak oiii..asalkan mr mafia happy..akan dipakai lepas beberapa hari beraya..huhuhuhu..

Raya yang lain nad pakai baju lama yang boleh dipakai..memang jimat tahun ni...