hai assalammualaikum

Baju Menyusu / Nursing Wear Milkwithlove - Sebagai ibu yang meyusukan anak, perkara paling rumit ialah apabila menyusukan anak di tempat terbuka/ awam atau " breastfeeding in public". Bila nak keluar je, mula risau, macam mana kalau baby fariza nangis?? Dekat mana nak susukan dia?? Pakaian apa yang sesuai untuk memudahkan penyusuan?? Dan setiap kali nak keluar, mestilah nak cantik macam che ta tu..hahaha..ni dah pakai baju cantik-cantik, dah kene selak sana sini. Aurat lagi boleh nampak. Kalau sebelum ni, ada nursing cover, tapi rasa beban pulak kan, sebab kene pakai lagi, kena bawak kehulur kehilir..haishh..

Ibu menyusu juga nak tampil menawan, stylo dan cantik ketika menyusukan anak. Sebab tu perlu ada baju yang sesuai untuk ibu menyusu ni. Tanggungjawab seorang ibu untuk menyusukan anak, tidak membataskan seorang muslimah untuk tampil bergaya, yang penting menutup aurat dan mengikut syariah.


Memang banyak sekarang baju ibu menyusu ni, tapi nad berkenan dengan baju nursing daripada Milkwithlove ni. Milkwithlove ni menjual baju-baju nursing secara online. Apa yang menarik dengan baju nursing di Milkwithlove ni ia lain dari yang lain. Apa lainnya?? Koleksi baju di sini nampak lebih stail, elegan dan warna yang menarik apabila dipandang. Sesuaila dengan taglinenya "stylish nursing wear expert ".




Nad tertarik dengan cardigan nursing ni. Kalau sebelum ni, cardigan sebagai baju biasa, kini cardigan boleh dibuat nursing cover. Hebat tak!!!.. dahla cantik-cantik semua nursing ni. Ada yang biasa dan ada yang bercorak. Dengan cardigan ni, kita boleh cover ketika hendak menyusukan anak. Cardigan ni nampak sesuai dipadan kan dengan apa sahaja. Mommy nampak anggun dan stail la bila pakai cardigan ni. Cardigan nursing cover  ni sangat fashionable dan praktikal sebab boleh dipakai ketika tidak menyusukan anak.


Cardigan nursing material cotton stretchable yang lembut dan sejuk. Butang boleh laras, mudah untuk disemadkan di bahu ketika menyusu dengan sebelah tangan. Nak bagitaula yang CARDILATCH BY MILKWITHLOVE MERUPAKAN BEST NURSING WEAR AWARD 2015 by Reader's Choice Award 2015..woww!!!

Cardigan Menyusu 




Selain cardigan, terdapat juga rekaan lain yang pasti menambat hati ibu-ibu di luar sana dan penggemar pakaian muslimah. Milkwithlove ada pelbagai jenis pilihan baju menyusu ni, antaranya blouse, dress jubah dan kaftan. Semua koleksi nampak simple dan menarik beserta warna-warna yang sangat lembut.


Rekaan Milkwithlove tidak menggunakan zip, hanya perlu selak sahaja.Pakaian yang jenis selak ni memudahkan ibu dan anak. Koleksi Milkwithlove mementingkan keselesaan ibu dan bayi. Rekaan yang menutup aurat, labuh dan tidak melekat. Pemilihan material kain seperti cotton, soft cotton, lycra, semuanya sesuai untuk ibu menyusu dan keselesaan pada anak. Blouse, dress dan cardigan menyusu boleh dipadankan dengan palazo,skirt atau jeans.

Blouse dan dress menyusu 
http://www.milkwithlove.com.my/product-category/nursing-tops/



Jubah nursing ni memang cantik. Korang boleh guna dua belah depan dan belakang dengan warna yang berbeza. Baju Atiya Dual Way Nursing ni tidak melekap dan kembang. Material moss crepe yang jatuh terletak dan kainnya yang sejuk. Boleh dipakai ketika hamil, penyusuan dan tidak menyusu. Bukaan menyusu selak bersama pelapik dikedua-dua belah untuk memelihara aurat ketika menyusu. Tidak perlu bazir masa menggosok
http://www.milkwithlove.com.my/product/atiya-3-0-4/


Menariknya lagi, rekaan Milkwithlove ni ada baju nursing waktu malam..hehhe..ala macam baju kelawar la. Jadi, kalau korang nak balik umah mak mertua ke atau dekat rumah waktu malam senangla lan. Tak perlu angkat baju tu. Tidur pun aman..hehhee..cute je kan.

Rekaan milkwithlove bukan sahaja cantik dan mesra penyusuan, malah boleh digayakan ketika waktu santai.Banyak lagi koleksi Milkwithlove ni. Jom pilih mana yang berkenan. Nak tau lebih lanjut boleh layari:
Berikut adalah maklumat yang diberikan:
Ig: milkwithlove_nursingwear
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. Akak paling suka tgk Cardigan dia cantik sungguh...lawa

    ReplyDelete
  2. Menarik baju yang cardigan tu.. sesuai la untuk ibu menyusu kat public time NIP jadi isu ni

    ReplyDelete
  3. Mana dtgnye lebihan kain tu..hihi almaklumlah... tkpernah bg susu

    ReplyDelete
  4. LAWA,KAN..Yang tak menyusu pun boleh pakai ni ;)

    ReplyDelete