hai assalammualaikum


Buka Mittens/Sarung Tangan Di Usia Dua Bulan - Mulanya tak tau apa itu mittens..rupanya sarung tangan baby..hahhaa..almaklumla sebelum ni tak pernah nak amik tau..hehhe..kenapa baby perlu pakai mittens/sarung tangan??

1) untuk mengawal suhu badan bayi dan mengelakkan bayi daripada sejuk. Pada peringkat awal kelahiran bayi, ada tiga tempat yang membuatkan haba badan bayi keluar dengan cepat ialah kepala(ubun-ubun), tangan dan kaki. Sebab tu baby dipakaikan topi khas, sarung tangan dan sarung kaki bagi mengekalkan suhu badan baby.

2) untuk mengelakkan baby tercalar dengan kukunya sendiri. Baby baru lahir ni memang kukunya panjang..macam anak nad..panjang dan tajam. Kalau terkene muka mesti tercalar,merah dan luka. Hah, sebab tu kene pakai sarung tangan.

Nad buka sarung tangan baby fariza usia dia dua bulan. Nad tak tau usia berapa yang sepatutnya buka sarung tangan ni..huhuhu..nad buka awal sebab biar baby fariza dah mula start nak merasa dan memegang sesuatu. Pada mulanya nad perasan baby fariza ni menghisap sarung tangan, tapi takde sampai basah lenjun. Jadi sebelum basah lenjun, baik buka aje..huhu.lagipun orang cakap kalau lambat buka sarung tangan akan lambat perkembangan deria sentih dan genggaman bayi.

Suka tengok cara orang putih, tak pakaikan sarung tangan sejak bayi diaorang sejak kecik lagi. Lepas je nad buka sarung tangan, fariza macam pelik..dia dapat lihat tangan dia..serius..dia usha tangan dia , belek-belek..hahha..nad tengok pun fariza dah boleh lihat. Muka dia ceria je bila buka sarung tangan.


Lepas tu ape dia buat..dia hisap jari la..hehhe..tula kegemaran baby kan. Dok hisap jari.


Nad ajar dia pegang barang. Mula-mula terkial-kial jugak..tapi lepas tu..hoyeahhh!!!.. berjaya pegang..tak lama tapi ade perkembangan..hehehe..


Alololo..anak mommy dah besar..tersenyum dia dapat pegang mommy..walaupun sebelum ni dapat pegang jugak, tapi rasanya mesti lain..hehe..fariza masih usap-usap muka jugak..tapi bila dia rasa sakit, dia takkan usap lagi..hehe..baby pun tau ok..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. dulu masa check up nurse pun suh buka masa 2 bulan..nk bg rangsang deria dia..tp tdo kdg2 pakai gak sbb selalu calar balar muka..huhu

    ReplyDelete
  2. Comel sangat ! terbayang2 fariza usha2 tangan dia tu....

    ReplyDelete
  3. alolo.. comelnyaa Fariza.. mesti happy sangat kan dah buka mittens.. hehe

    ReplyDelete
  4. Cx pon buka mittens di awal nak masuk 2bln sbb cx tknk perkembangan anak jd lmbt. Tp tula..kene mrh plak dgn org dulu2. To cx buat derk je. Hahaha

    ReplyDelete