hai assalammualaikum

Cara buat Baby Diam daripada Nangis - Baby mana bokeh bercakap, jadi kalau dia sakit ke, nak susu ke, nak tidur ke, nangis jela dia mampu. Apa lagi dia boleh buat. Tapi bila dia nangis je taknak berenti, nad share satu cara bagi diamkan baby daripada nangis. Teknik ni kakak nad yang bagi dekat facebook. Nad pasti ibu-ibu diluar sana dah tengok video ni. Jadi, nad nak share jugak sebab mr mafia buat menjadi kau..hehhee..

Macam baby fariza, dia kuat nyusu, kalau lambat buat susu memang mengamuk habis. Nangis dia satu kawasan boleh dengar..huhuhu...jadi taknak bagi dia nangis, mr mafia la buat cara yang ditunjukkan seperti di video. Nad tak mampu buat sebab baby fariza semakin sihat..lenguh tangan..hehhe..


Tengokla ni..senyap baby fariza bila daddy angkat dia macam tu. Dah macam nak terbang je..hehhe..Masa ni memang tengan nangis sesangat..sekali buat gini..senyap..

Ok nak tau caranya macam mana.. ini dia


1) Pusingkan / terbalikan bayi seperti meniarap
2) Lipatkan kedua-dua tangan bayi dengan tangan kita


3) Tampung punggung bayi dengan tangan kita


4) Dodoi bayi dengan perlahan pada sudut 45 darjah dan sokong dagu bayi dengan jari.


Sebenarnya cara ni daripada Dr. Robert C Hamilton.Dr. Robert C Hamilton dari California berkata dia telah menemui satu teknik memegang bayi yang boleh membuatkan mereka berhenti menangis. Menurutnya, teknik yang dipanggil 'The Hold' itu belum pernah gagal dari membuat bayi berhenti menangis.

Dr Hamilton merupakan Pediatrik (pakar kanak-kanak), dengan lebih 30 tahun pengalaman. Dia telah share teknik tersebut di laman youtube dan sudah memperoleh lebih sejuta penonton.

Mudah je tekniknya. Menurut Dr Hamilton, teknik ini sesuai untuk bayi 3 bulan ke bawah kerana sesuai dengan badan mereka yang masih ringan, mudah untuk ibu bapa melakukannya.  
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. assalamualaikum nad...yer la betul tu...bila buat baby akan senyap...mama pun pernah cuba kat cucu...:)

    ReplyDelete
  2. good info...tapi anak-anak pun dah besar hehehe...

    ReplyDelete
  3. nak buat kat baby sendiri tapi masa tu dia da start bambam...ayah dia xlarat nak pegang macam tu, apatah lagi ibu dia...huuu

    ReplyDelete