hai assalammualaikum


Sekolah SMK Meru Terbakar - Dapat dari group whatssup family, sekolah menengah di Meru terbakar. Allahuakbar..sekolah nad ni. Sekolah dari tingkatan satu sampai tingkatan lima. Banyak dah perubahan yang berlaku dekat sekolah ni. Rindu je rasanya bila lalu depan sekolah menengah kebangsaan meru ni. Rumah nad dengan sekolah tak jauh mana pun. Dulu pergi sekolah naik basikal je. Sekrang budak-budak dah advance, naik moto kau..bila dengar sekolah terbakar..Ya Allah sekah aku..

Ni sumber dari bh online

4 KELAS SMK MERU TERBAKAR


KLANG: Empat bilik darjah di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Jalan Bukit Kapar, di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 5.30 pagi tadi. 

Pengarah Bomba Selangor, Zamri Che Din, berkata pemeriksaan lanjut mendapati tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian di tingkat dua bangunan sekolah itu.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian pada jam 5.37 pagi. 

"Empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Andalas, Kota Raja dan Pelabuhan Klang dihantar ke lokasi untuk memadam kebakaran. 

"Setakat ini punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya. 

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Nor, berkata sesi pembelajaran akan berjalan seperti biasa kerana kebakaran membabitkan bilik darjah yang menempatkan bilik disiplin serta makmal. 

Katanya, tiada pelajar terjejas susulan kejadian itu. "Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan seperti biasa," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. innalillahwainnaillahirojiun.. besar ujian sekolah ni..

    ReplyDelete
  2. innalillahwainnaillahirojiun...baru td member masukkan kt whtsapp group bgtahu sek tempat anak dia bljr terbakar...sek yg sama la ni..kat Meru..

    ReplyDelete
  3. ohh..baru tahu pasal sekolah ni terbakar..
    selalu jugak lalu depan sekolah ni..

    ReplyDelete
  4. terbakar awal pagi..time tak de budak2 sekolah lagi ni..kalau tidak risau juga kot2 ada yang jadi mangsa..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2