hai assalammualaikum


Sentiasa Berwaspada Walaupun Berita Palsu - Jenayah sekarang semakin menjadi-jadi. Tengok dekat berita, ada sahaja kes bunuh, rogol,culik dan rompak. Kadang-kadang dok pikir dunia sekarang dah tak selamat. Nak kemana-mana pun dah takut walaupun duduk rumah je. Dekat mana-mana boleh jadi. Allhuakbar..seram bila dengar. 

Bila kita dalam ketakutan, kerisauan, ada jugak orang yang permainkan benda-benda macam ni. Seperti kes remaja 14 tahun tu. Bila nad dengar rakaman dia, memang takut, siapa yang tak takut bila dengar suara tangisan dia, dengan diakhiri suara menjerit seperti handphone diambil. Kita yang dengar pun terbayangla macam mana situasi budak tu. Macam mana nasib dia?? Tapi rupanya semua tu palsu dan direka.

Memang sedih, marah kita bila benda macam ni dipermainkan. Tapi kita kene ingat, kita kene selalu berjaga juga, sebab manusia di sekeliling kita ni ada macam-macam perilaku. Selalu berwaspada di mana je kita berada. Selalu tengok anak-anak tu, janganla main jauh-jauh. Kalau nak ke mana biar orang tau atau pergi ramai-ramai.

Nad sendiri dah takut sekarang. Lagi sekarang dah ade anak dara ni. Walaupun masih kecil, tapi kene berjaga-jaga juga.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours