hai assalammualaikum

USB Power 4 Port - " Abang, dah habis cas tepon belum".. " Abang, sayang buka tepon abang nindulu erk, sayang nak cas tepon sayang pulak".. macam ni la rutin bila ada telefon. Zan teknologi, telefon makin canggih. Sorang pulak lebih satu handphone..yela satu untuk personal, satu untuk kerja. Macam tu la kan. Sudahnya, nak cas telefon berebut..hahaha..


Sekarang tak perlu berebut dah..Mr mafia ada beli satu ni khas untuk cas telefon. Satu plug ada 4 cas..hah hamik kau.!!.. senang kan..Ni la dia USB Power 4 Pots..nampak tak..ada 4 tempat cas..


Kat situ dia tulis ade untuk ipad, iphone, galaxy dan standard. Tapi sebenarnya dia sesuai untuk semua jenis handphone. Tengok semua tempatnya sama kan. Jadi kalau korang ada 4 handphone..hah gunala kesemuanya..takde siapa boleh kacau.


USB Power 4 Pots ni mempunyai 4200ma output. Nak cerita panjang-panjang pasal ni nad tak reti..hahaha..yang reti tau guna je. Dan memudahkan kita untuk cas tanpa perlu berebut.. lagi satu tak payah bawak plug banyak-banyak kan..hehe..

Ni mr mafia beli dengan kawannya, harga maybe dalam RM65 kot. Beli dekat pertama complex.
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. ingatkan syampu je yg ada 4 dalam satu ni…

    :D

    ReplyDelete
  2. tak taw plak ada 4 charge mcm ni...

    ReplyDelete
  3. Memang takkan berebut la kan, dah dapat sorang 1...bagus juga tu kalau MV beli

    ReplyDelete
  4. mudah la macam ni..tak semak rumah dengan charger belambak2 sampai nak guna untuk lain pun tak boleh..kan??

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2