TAWARAN PTPTN UNTUK PENUKARAN UJRAH

in , , by Nadia Johari, 20:19:00
Hai assalammualaikum



Tawaran PTPTN Untuk Penukaran Ujrah - Dua minggu lepas, member kolej whatsup bagitau pasal tawaran PTPTN ni, harini baru nak cerita dekat blog. Almaklumla, sibuk dengan anak sampai lupa nak update benda penting. Kat group whatsup kawan kolej, sibuk dah bercerita sampai harini, sebab ada member belum tukar ujrah. Tarikh tutup penawaran ni pulak besok..huhhu..Nak kata berita baik, tak taula baik ke tak..hahaha..sebab PTPTN buat tawaran siapa yang nak tukar ujrah bayar RM300 sahaj untuk tunggakan dan dapat tukar ke ujrah.

Nad dah lama buat ujrah. Entry ade dekat SINI. buat ujrah pun bukan susah..pergi kaunter PTPTN dekat UTC semua ada situ. Cuma ramai tak ramaila. Tak taula ujrah ni bagus ke tidak..sebab bila ditengok balik interest dari 3% menjadi 1%. Tapi kata 1% lagi lama bayar..entohla..nak pahamkan konsep PTPTN ni memang susah..yang penting kau bayar..kalau diaorang menipu tu antara dia dengan Allah. Kita nak bising pun dah malas, sebab kita dah pinjam.


Berbalik kepada tawaran PTPTN, Tawaran menarik untuk peminjam-peminjam PTPTN. Bagi tempoh 14 Januari 2016 hingga 20 Januari 2016, peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan dibenarkan untuk membuat bayaran pendahuluan serendah RM300 ATAU 3 bulan ansuran bulanan yang baharu, mana yang lebih rendah bagi membolehkan permohonan penstrukturan semula pembiayaan dan/atau pertukaran Ujrah diproses.

Polisi sedia ada memerlukan peminjam membuat pembayaran pendahuluan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan. Oleh itu, SEGERA berunding dengan PTPTN untuk menikmati tawaran yang terhad ini.

Semalam dengan harini member kolej buat tawaran ni san bertukar kepada ujrah. Yang penting lepas ni bayor..


Jadi sesiapa yang nak buat ujrah, taknak.disenaraihitamkan, bolehla cepat-cepat ke kaunter PTPTN, untuk grab tawaran ni. Sebab esok 20 januari dah last. Boleh rujuk laman web PTPTN ni. http://www.ptptn.gov.my/web/guest/penawaran-pertukaran-ujrah

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Bila fikir ptptn.. pening pening.. huhuuu..

    ReplyDelete
  2. Akak tak berapa paham dengan PTPTn ni..tak meminjam jadi tak tahu la..tapi memang dengar2 juga ada yang merungut pasal PTPTN ni..nak tak nak kena juga bayar .. diaorang nak belit nak pusing ke apa , itu nanti la diaorang kat atas tu menjawab dengan Yang Di Atas jugak..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2