hai assalammualaikum

Teknik Tepuk Atau Percussion Bantu Masalah Kahak Bayi - Ingatkan bila baby masih kecik, takdelah penyakit yang akan kene, rupanya baby lagi mudah kene jangkitan. Penyakit seperti hingus dan kahak, penyakit yang paling kita risau yela kalau tak hilang boleh jadi batuk pastu demam.

Selsema ok lagi sebab dia meleleh je, cuma sukar nak bernafas, tapi kahak..nak keluar macam mana kan. Si kecik pun belum pandai lagi nak buang kahak dan henbus hingus. Sebab tu masa baby fariza selsema dan berkahak nad sanggup sedut walaupun tak reti..hahaha..jijik tolak tepi..demi anak weii..keluar sikit pun alhamdulillah..tapi tak kega jugak. Tapi bagusnya baby fariza tetap tidur lena.

Selalu jugak nad google pasal baby selsema dan berkahak ni. Memang macam-macam cara dan teknik untuk buang hingus dan kahak antaranya steam berwap tu, alatan berhingus dan teknik tepukan. Teknik macam ni lagi jimat sebab tak perlu guna duit. Tak perlu susah-susah pergi klinik.

Tapi masa baby fariza selsema dan ada kahak, nad just letak minyak batook ori dan buat tepukan percussion. Nak buat steam takut, sebab baby fariza kecik lagi..huhuhuhu..sudahla panas..kang nad tercuai, jadi lain kang. Sebelum nad buat teknik tepukan, nad pastikan baby fariza tidak menyusu, sejam atau setengah jam untuk elakkan muntah.


Teknik tepukan atau percussion ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru. Setelah 15 minit, biasanya bayi akan batuk dan bersin dan sekaligus mengeluarkan kahak.




Cara tepukan percussion:
1) Pastikan bayi dalam keadaan meniarap dan diletakkan bantal di bawah perut.
2) Condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
3) Ibu atau bapa ( yang buat teknik ni) perlu bentukkan tapak tangan seakan mangkuk dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan utuk menepuk perlahan dibelkang bayi.
4) Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih ke kiri dan kanan tubuh bayi.
5) buat depan dan belakang

Yang ni cara atau step buang kahak dan hingus
1) Mandikan baby dengan air suam ( anak kecil yang belum mencecah 2 tahun)
2) Keluarkan kahak selepas mandi air suam sebab mudah kerana kahak dan hingus cair waktu itu.
- sedut cara manual ( guna mulut
- sedut dengan penyedut hingus.
3) wapkan bayi. Caranya masukkan air panas yang masih mengeluarkan wap dengan satu bekas yang lebar. Titiskan minyak telon, bawang putih dibakar di dalam air panas. Terlangkupkan bayi dan muka menghadap ke bawah dekat dengan wap air. Hati-hati kerana panas. Boleh rujuk di blog SINI.
4) Teknik tepuk atau percussion iaitu tepuk belakang kiri dan kanan dan hadapan kiri dan kanan. Tapak tangan perlu berbentuk mangkuk.
5) Petua orang tua, ambil kunyit basah sebesar ibu jari, asah hujungnya di lesung sehingga keluar air kunyit. Lepas tu sapu dekat batang hidung anak
6) Sapu minyak telon ke badan, belakang, tapak kaki dan kepala bayi.

Semoga anak kita sihat selalu.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. susah hati bila anak berkahak... mudah muntah bila bagi susu dan anak pun tidak berapa selesa untuk tidur dan bernafas.

    ReplyDelete
  3. Link la blog i. hehe http://shehanzstudio.com/2011/10/anak-anak-flu-batuk-ada-bagusnya.html/

    ReplyDelete