hai assalammualaikum

Periuk Nasi Pelbagai Fungi Philips - Alkisahnya sebelum nad balik kampung nak berpantang dekat sana, periuk nasi yang dah sedia ada dah pun rosak. Memandangkan nad takde berbulan-bulan dekat rumah kuala lumpur ni, jadi cadang takyah beli lagi, sebab husband confirm akan makan dekat luar..hahhaa. Memandangkan nad dah balik kuala lumpur, jadi tugas isteri kene dibuat..masak wajib supaya berjimat tak makan dekat luar..hehe.


Periuk nasi ni hasil pemberian hadiah masa kawin aritu. Orang dah bagi mestilah kita guna kan, daripada beli..jimat. Tapi akhirnya dia dah jahanam, jadi kenela beli baru. Masak nasi guna gas asyik hangus je. Jadi memerlukan periuk nasi baru untuk memudahkan kerja.

Haritu kitaorang pun pergi la jalan-jalan dekat Tesco sebab nak cari periuk nasi ni. Jalan dekat bahagian perkakas periuk nasi. Tengok punya tengok, ternampak satu periuk nasi comel je, warna pink ok..hahhaa..dan banyak button ko. Kalau selalu kita tengok satu button, ni berbutton-button. Periuk nasi pelbagai fungsi daripada Philips ni. Mr mafia cakap pun comel dan designnya unik. Takdela tengok bulat je kan. Bentuk lonjong. Jadi bila letak satu tempat nampak kemas. Tapi masa tu kitaorang tengok dulu, sebab nak tengok pulak dekat kedai perkakas elektrik.


Jadi pergila survey dekat kedai elektrik. Masa dalam kereta nad baru teringat, periuk nasi tu macam dekat mastechef punya..hahhaa..Sampai kedai perkakas elektrik, husband je keluar sebab hujan masa tu, kang si baby fariza demam pulak kalau kene hujan. Jadi nad dalam kereta je. Lepas tu dia balik masuk dalam kereta dan tunjukkan periuk nasi banyak button tu ade dekat sini, lagi ada design lain. Arghh sudah..penin pulak nak pilih. Tapi nad cakapbyang button sikit tu lebih ssesuai, takdela penin. Kalau banyak sangat button, siap kene tekan masa, kan dah penin..hahha..nak baca manual pun dah satu hal.


Jadi mr mafia beli periuk nasi pelbagai fungsi yang ni drngan harga RM299.. Hah ok sikit. Besar pun besar, boleh masak untuk ramai orang. Balik je terus masak nasi dengan periuk ni..hahaha..tak sabar kau..


Beli periuk nasi ni dapat bekas steam, penyeduk nasi dan sup dan bekas beras.



Macam biasalah, nak masak nasi mesti kene amik beras, basuh beras kan. Sukatan tak perlu risau, dah ada dekat periuk nasi ni. Kalau masa satu pot air mesti nak dua pot kan. Hah senang kan.


Kalau sebelum ni, nak masak nasi kene tekan bawah kan. Kalau tak tekan, alamatnya tak masakla nasi tu. Macam nad la kadang terlupa..huh..Tapi dengan Periuk nasi Philips ni,senang je. Button semua dekat depan mata. Just tekan je mana korang nak. Kalau nak masak nasi, terus tekan Standard cook, lepas masak dia akan bunyi "BIP" 4 kali. Lepas tu dia akan keep warm sendiri. Tak perlu kau nak panaskan lagi..senang kan..

Kalau nak panaskan, tekan je reheat. Nak masak cepat, tekan quick cook. Periuk ni bukan sahaja masak nasi, tapi bileh masak sup, bubur dan cake..Kek pun boleh kau..fuh..canggih sekarang ni. Macam-macam button.

Memang mudah kerja. Masak nasi lebih sedap dengan Periuk Nasi Philips ni. Ececeh..hehee..ok jom masak..


SHARE 3 comments

Add your comment

  1. bgs juga periuk mcm ni.. plbagai guna

    ReplyDelete
  2. hm lama dah perhati periuk macam ni haha. tunggu la ada rezeki nnt nak beli

    ReplyDelete
  3. mnarik gak ye..harga bleh tahan tuu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2