hai assalammualaikum

Disebabkan Batuk Dan Selsema, Tak Kene Cucuk - Mommy kalau cerita pasal fariza, teruja sangat. Kalau boleh, hari-hari nak update pasal dia je, tapi takut orang jemu kan. Jadi kita selang seli la. Kang asyik cerita fariza, orang cakap, macam kau je ada anak..huhuhu..k abaikan. Oitt..pejam celik pejam celik, dah 5 bulan dah budak kecik ni. 23.5.2016 haritu dia masuk 5 bulan. Nak mudah ingat usia anak, ikut tarikh dia lahir..hahaha..kalau tak nad konfius..Harini dia pergi check up untuk 5 bulan.


Kalau ikut buku pink, 5 bulan kene cucuk untuk tiga serangkai. Dah jadi mommy ni, baru kau dengar tiga serangkaila, imunisasi la..fuh..masa ni la nak membaca semua berkenaan anak..hahaa. Kalau ikut turutan injection, usia sebulan, dua bulan, tiga bulan kene cucuk. Masuk empat bulan tak kena cucuk, tak tau kenapa, dah carta tulis macam tu. Kakak pun ada cakap, 4 bulan baby tak kena cucuk. Bagusla, kesian tengok fariza kena cucuk je. Walaupun sebenarnya cucuk bukan suka-suka, ia untuk elakkan anak daripada penyakit..huhu.. Fariza kalau di cucuk, nangis sekejap je, keluar bilik senyap la dia.

Kakak nad pernah cakap, kalau baby demam, batuk atau selsema, takkan kena cucuk. Sebab takut lagi mudarat. Dah 5 hari dia selsema dan batuk tak hilang, cakap dengan fariza, "sihat ye fariza, fariza kuat, nanti nak cucuk, taknak la postpone-postpone cucuk". Sampai hari check up dia, dia masih lagi selsema dan batuk. Jadi tadi timbang dan ukur ketinggian jela. Kena datang balik 14.4.2016 ni..ermm..harap-harap sihatla dah masa tu. Rasa macam dah terlewat 5 bulan je. Yela nurse kira 14 hari rasanya. Sepatutnya bulan 3, tapi nurse haritu bawak ke bulan 4 ni. Postpone ke 14.4.2016. Kejap lagi nak 23.4.2016 dia dah masuk 6 bulan..huhuh..


tadi timbang Berat dia 5.7kg. Sebelum ni 5.2kg.. Tapi nad rasa, macam lebih dari 5, macam dah 6kg lebih..fuh..kalau angkat dia, lenguh tangan ni ha.Tengok graf meningkat..ok good job fariza..hehehe..biarlah naik sikit, asalkan sihat dan sentiasa gebu gebas..hahaa..


Tapi fariza ni batu ke, selsema ke, aktif jugak..boleh ketawa lagi..tadi nurse cakap, bulan depan dah boleh bagi bubur. Yela dah 6 bulan. Was-was pulak nad..hahaha..tela macam anak dara ni kecik je lagi. Takleh telan benda lain selain susu. Daddy yang excited. Boleh dikatanya, bagi ikan, sayur, ayam..bla..bla.uishh..kita bagi puri dulu..ajar anak makan sayur..huhuhu..


SHARE 3 comments

Add your comment

  1. semoga cepat sembuh ya fariza..

    ReplyDelete
  2. Masi breastfeed ke? Ibu kena topup vitamin c. Jd nnt anak dpt la vitamin melalui susu ibu. Semoga cpt sembuh.

    ReplyDelete
  3. yes, permulaan ni cuma bgi puree dulu, xnak perut terkejut klo trs bgi bubur.. mcm sy, sy bg puree buah dulu...skrg dh masuk 2minggu..minggu dpn baru start dgn sayur plak..hehe..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2