hai assalammualaikum

El Nino Makin Teruk : Senarai Sekolah Tutup Esok - Masih belum pulih lagi El Nino ni. Makin lama makin teruk. Walaupun kadang-kadang hujan, bahangnya masih terasa. Tak semua tempat hujan turun kan, sampai ada empangan yang semakin kering. Disebabkan El Nino, ada yang jatuh sakit, risau memang risau. Kadang dah minum air banyak pun, badan masih lemah, disebabkan cuaca begitu panas. Kalau orang dewasa dah rasa macam ni, macam mana pulak dengan anak-anak kita??

Sebagai langkah keselamatan, pemantauan oleh kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap cuaca kering dan panas yang melanda negara sekarang mendapati di kawasan bacaan di Negeri Perlis , Daerah Jerantut dan Daerah Temerloh di negeri Pahang sehingga hari ini 21 April 2016 telah mencatat bacaan suhu tertinggi melebihi 37c pada satu-satu masa dalam tempoh 3 hari berturut-turut.


Sehubungan itu KPM ingin memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Perlis, daerah Jerantut dan Daerah Temerloh di negeri Pahang akan ditutup selama satu (1) hari iaitu pada 22 April 2016 (Jumaat). Penutupan ini adalah sebagai langkah penjagaan kesihatan murid semasa cuaca panas ini. Jaga anak masing-masing. Kalau nak bagi anak-anak main keluar, mainpetang-petang macam tu. Yela budak-budak mana nak duduk dalam rumah je..
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2