hai assalammualaikum

Kenduri Cukur Jambul Dan Akikah Baby Fariza - Alhamdulillah selesai majlis cukur jambul dan akikah anak dara nad sorang ni. Bila dapat anak perempuan kenala tumbangkan kan kambing seekor. Kambing kitaorang dah tempah awal siap sembelih dan masak. Senang, takdelah banyak kerja..hehehe. Kambing kitaorang masak kari.


Fariza dah 5 bulan baru nak cukur jambul. Yela majlis kene perlukan duit, jadi duitnya baru masyuk, sebab tu lambat cukur..hahha..lepas ni kasi botakla anak dara ni. Alahai rambut dahla sikit, lepas botak tak taula tumbuh macam mana.



Majlis bermula lepas Isyak. Buat sederhana je. Panggil saudara mara, panggil orang surau je. Fariza stedy je muka. Mesti fikir apala orang ni buat dengan rambut dia, dah la sikit..huhu..dan mr mafia, ni la pertama kali dia rasa majlis ni dalam hidup. Selama ni tak pernah amik tau bab-bab majlis cukur ni. Nah, terkial-kial dia..hahaha..


Majlis cukur jambul dekat kawasan rumah mak nad meriah sebab gotong royong. Bertambah meriah bila ada baling duit. Hah!! Mesti korang akan kecam tengok gambar ni, mesti ada cakap " apa la duit dibaling dekat budak" " budak-budak tu dah macam tu, macam ni".. mulut orang biasa. Tapi bagi kitaorang kalau takde baling duit macam tak best je. Kadang-kadang budak-budak kawasan sini dah tau, siap cakap, " ada baling duit tak". Sebab diaorang akan berebut duit tu, lepas tu kira berapa dapat. Buat acara ni dari nad sejak kecik lagi, jadi bila takde rasa lain.

Alamat terlupa amik gambar makanan pulak..hahaha..biasalah sibuk dengan anak.



Hah yang ni sepupu fariza. Diaorang ni sebaya. Tahun lepas ramai sepupu nad mengandung. Sorang-sorang selamat lahirkan baby, nah sekarang diaorang dah sama besar. Ada lagi baya diaorang, ada 6 ke 7 orang macam tu..hahaha.

Fuh letih..ok kemas rumah pulak..aktiviti yang memang tak suka..hahaha..k bai..
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Good girl r Fariza.. tak nanges pn.. moga jadi anak yg solehah ey.. :)

    ReplyDelete
  2. senang majlis yg simple macam ni..

    ReplyDelete
  3. alololo comeynye.... geram tau..

    ReplyDelete
  4. alaa comelnya semua. sonokla dorang dapat geng sebaya. bila gathering meriah je. bila semua dah 'dapat kaki', habis semua kecoh. hehehe.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2