hai assalammualaikum

Store Bawah Tangga Idaman Hati - Cantiknya store macam ni. Jatuh cinta pertama kali bila tengok gambar ni dekat facebook. Tak terfikir nak buat store bawah tangga macam ni. Nasib jumpa gambar ni. Cantik betul. Dah boleh terbayang, semua barang dalam keadaan tersusun je. Boleh masuk dalam list ni.




Pernah sebelum kawin kalau boleh nak rumah yang kemas, cantik dan tersusun. Konon dulu berangan ada rumah sendiri, boleh susun atur macam mana kita nak. Lepas kawin, duduk rumah arwah mak mertua, memang tak dapatla nak buat apa kita nak. Cuma apa boleh buat, susun elok-elok bagi kemas biar nampak ruang yang luas dan teratur.


Paham-paham jela orang tua ni suka menyimpan barang. Macam mak nad la, sayang nak buang barang tu walaupun dah tak boleh guna. Satu tempat yang nad rasa nak ubah sekarang ni ialah store bawah tangga. Nampak tak dalam gambar. Hah!! Terpaksa letak rak pinggan dekat situ sebab dapur kecik. Sedih kalau tengok, habis barang disumbat dalam tu. Sampai nak buka pintu tu pun susah. Nak masuk dalam memang dah tak boleh..hahaha.

Memang terfikir nak panggil orang bersihkan store. Nak kemas bawah ni, biar semua barang teratur dan bersih. Nak simpan apa-apa dalam ni pun boleh. Nak asingkan mana barang yang boleh guna dan tak boleh guna.


Pastu ternampak gambar ni dekat facebook. Mula tunjuk dekat mr mafia. Mr mafia pun tertarik dengan design dia.memang lawa bila buat. Nampak exclusive kau.Tapi tula duitnya takda lagi. Dia cakap nak buat ni mesti dalam beribu. Ayoyoyo...masaklaa..Kalau dapat buat, semua barang-barang yang dekat almari ni boleh di susun dekat store bawah tangga. Dan rak pinggan boleh alih ke bahagian sini. Jadi dua almari ni boleh sedekah ke dekat orang atau alternatif lain boleh guna. Memang banyak ruang macam tu.

Dah termimpi-mimpi dah dapat buat store macam ni. Bestnyaa..kan best kalau ade yang nak sponsor...hahahha...
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Memang cantik! Tapi slow slow kumpul duit kak Nadia. Bila dah buat nanti mesti puas hati gila :D

    ReplyDelete
  2. wowww, cntk store macam tu 😍 memang kemas la nanti jadinya 😄 parents sy pun mcm tu, kalau ada brg lama di rumah, tak dsuruh buang. nak buat kenangan katanyerrr

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2