LAGU HANG PI MANA PUN BOLEH POPULAR ERK!!!

in , , by Nadia Johari, 22:12:00
hai assalammualaikum

Lagu Hang Pi Mana Boleh Popular!!! - Nad ni kalau dengar tajuk lagu yang ntah apa-apa memang tak layan lagu tu. Yela, kalau dulu tajuk lagu bermakna dengan isi lagu..sekarang tajuk lagu, dengan lirik lagu, pelik sangat...hahaha..Kalau dulu lagu feling-feling gitu..sekarang lagu..ermm..Macam salah satu lagu ni, tajuk Hang Pi Mana!!!...Masa tu dalam kereta, mr mafia cakapla " tajuk ni pun boleh jadi lagu na...macam tu abang nak buat tajuk lagu Hang Buat Apa?? "...boleh...haahaha.. Nad layankan jela..Lepas tu suatu hari mr mafia cakap, yang nyanyi lagu ni orang dulu-dulu. Suara dia memang sedap..fuhh..gituu..

Pertama kali dengar memang bosan..lama-lama dengar, nad pun dah terbiasa..hahaha..sebab tajuk tu tak boleh blah..sampai nyanyi masa nak siapkan Fariza..hahaha..Sebab dia punya rentak yang boleh goyang kaki dan kepala gitu..hahaha..Tengok lirik, lagu tentang isu masyarakat pasal kerja. Okla tu, walaupun tajuk ntah apa-apa, tapi ada maksud tersirat..hehehe..ok layan dengan baby Fariza sat..cek pun dah nak cakap utara na...




 Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana

Pagi pagi buta
Mak dan ayah dah tanya
Aku nak kemana

Berseluar yankee
Baju bunga bunga
Duduk atas tangga

Ai malu nak kata
Takkan ku nak auta
Mak ayah tercinta

Cek nak pi kerja
Insyaallah
Bukan nak pi mana

Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana

Pergi sekolah
Bukan cikgu di sana
Baju bunga bunga
Bukan tukang kebun juga

Mak ayah tanya
Cek pi buat kerja apa
Malu nak kata
Nanti apa tau juga

Anak anak mak ayah bukan tanya tanya saja
Depa tanya p mana bukan mintak duit kita
Malu apa janji kerja janji tidak buat dosa
Memang cek nak habaq tunggu lepas solo gitar

Cek pi sekolah
Memang kerja di sana
Kerja duduk saja
Sambil tengok sini sana

Kerja mulia
Bukan cek buat dosa
Gaji sederhana
Kerja jadi JAGA saja

Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah

Hang pi mana
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. lirik macam lawak jer... macam tak ada makna, tapi boleh femes lagu ni..hahaaa

    ReplyDelete
  2. Patutlah ramai duk nyanyi lagu ni.

    ReplyDelete
  3. Lagu Hang Pi Mana NI memang ada makna ditambah pula cara penyampaian yang agak pelik dan unik memang boleh naik dan dapat sambutan.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2