hai assalammualaikum

Susun Atur : Kemas Baju Baby Fariza - Bila datang rajinnya, mula la kemas sana sini. Bila mata tu pandang tempat tu tak berapa nak kemas, mesti cari idea nak bagi kemas. Biar nampak elok je. Bila dah kemas betul-betul kemas dan kita puas hati baru lega hati ni..hahahha...macam tu la nad. Lagi-lagi tempat baju anak kecil ni. Semua baju dia dah la kecik-kecik, jadi kena la kemas elok-elok supaya tak nampak macam berterabur.

Bila dah ada almari baju tu, lagi ligat tangan nad nak mengemas baju anak. Biar, bila buka almari tu, nak ambil baju pun senang. Bila dah satukan sepasang, takdalah susah nak capai..Cara lipatan pun kena betul, biar banyak ruang dan elok je..

Apa nad buat???
1) Seluar dan baju yang sepasang disatukan sekali
2) Baju sepasang dengan seluar pendek disusun sama, begitu juga baju dengan seluar panjang disusun sama. Untuk nad, seluar pendek untuk waktu siang, seluar panjang untuk waktu malam.
3) Seluar sahaja diletak satu tempat bersama
4) Tuala, stokin dan topi ditempat yang sama

Ni cara lipatan nad.

Baju dan seluar sepasang


Baju dengan gaun


Romper


Ni cara nad susun. Bawah sekali Baju dan seluar pendek, baju dan seluar panjang dan romper.


Laci kedua seluar dan gaun. Fariza takda lagi almari untuk gantung. Jadi buat macam ni dulu.


Atas sekali, headband, topi, stokin dan tuala. Nampak berterabur, sebab tak beli bekas-bekas kecik. Nanti nad akan beli..huhuhu..


Yang penting, mudah nak capai..ok siap..tunggu Fariza besar, mesti kena beli almari besar, baju pun bertambah..


SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Senang nak cari kan bila lipat Sekali macam tu..

    ReplyDelete
  2. memang senang bila buat mcm ni..senang dan jimat ruang..tpi tak best sbb abang dh pandai nk memilih pkai baju pe..habis di tarik yg lain yg keluar..heheh

    ReplyDelete
  3. Bila tersusun macam tu mudah nak cari.

    ReplyDelete
  4. Bagus akak buat macam tu. Lebih kemas tersusun. Cantik

    ReplyDelete
  5. hahaha afzal takdenye lipat cenggini.sakit hati..lipat kemain cantik, at last anak dara sorang tu kembuh balik, dilipat ikut cara dia :D

    ReplyDelete
  6. Senang pairing macam ni. Tak payah pening nak cari baju dan seluar yang bersesuaian

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2