hai assalammualaikum

Tempat Makan Hipster Garage 51 Bandar Sunway - Selalu nampak kawan-kawan blogger makan tempat pelik-pelik ni. Nak lagi sedap, orang panggil hipster la..Sekarang ni trend hipster dan menular di negara kita. Bila dah hipster, nad pun teringin jugakla nak mencuba. Takkan nak tengok je kan!!.. Lagi-lagi bab makanan, kita memang rakus..hahaha..Bukan sahaja tempat makan tu pelik, tapi persembahan minuman dan makanan pun pelik..Macam mana pula rasa dia?? Adakah pelik juga??..



Hah!!.Akhirnya nad berkesempatan untuk makan tempat cafe hipster ni. Disebabkan konsep cafe ni Hipster, jadi konsep bangunan dia pun mesti nampak kelainan sikit. Tengok dari luar pun dah nampak unik dengan lukisan tu. Nama cafe ni Garage 51. selalu dengar perkataan Garage ialah tempat bangsal. Tak kisahla bangsal kereta ke, bangsal apa-apa la..hahaa..tapi yang ni tempat makanan ok. Haritu mommy dengan Fariza pakai baju askar..nak hipster jugak..hahaha


Cafe ni terletak di Bandar Sunway. Lama sangat tak jejak Sunway. Dulu-dulu zaman remaja, Sunway piramid tempat dating kita..hahahaa..Ok berbalik kepada Garage 51. Sebelum masuk dalam cafe ni, dah nampak kerusi dekat luar ni. Kerusi ni pun diperbuat daripada tong. Kreatif tak kreatifla..Ni namanya kitar semula. Bagi mereka yang nak open air atau mereka yang nak merokok, bolehla duduk di luar ni.






Bahagian dalam pulak, ada dua tempat. Satu bahagian bawah dan satu bahagian atas. korang boleh nampak, pelbagai tempat duduk disediakan. Ada khas untuk mereka yang datang secara berkumpumpulan, macam kami duduk di meja panjang dan tinggi, lagi tempat duduk untuk 4 orang. Ikut pilihan korangla erk..Mana-mana pun selesa..Boleh nampak tempat bahagian masakan, dan boleh tengok orang tu buat air hipster..huhuhu...


Kalau nak bersantai sambil baca buku pun boleh..hehehe..Sambil makan sambil membaca...huhuhu..

Menu Bulan Ramadhan
Ok, tak sabar kan nak tengok menu apa yang ada dekat sini..Jom nad tunjukkan. Sebelum tu, nad nak tunjukkan menu untuk Ramadhan 2016 nanti. Lagi beberapa hari nak bulan puasa, macam biasa ada tempat-tempat yang menyediakan menu baru khas untuk Bulan Ramadhan. Garage 51 menyediakan 3 menu istimewa sempena Bulan Puasa nanti iaiatu 2 menu makanan dan 1 minuman.



Hah!! ni la dia. Minuman terbaru sempena Bulan Ramadhan. Air Bandung Cendol Dengan Karipap dan Kurma. Huh!! Dalam minuman pun ada kuih kau..hahaha..nampak je pelik tapi sedapp oo..Tak manis dan karipap tu memang sedap. Susah nak cari karipap sesedap macam tu sekarang. Sekali ada kurma, jadi, sebelum buka puasa kena makan kurma dulu kan. Hah!!..sesuai sangat air ni untuk Bulan Ramadhan nanti. Harganya RM18.90.

Ada dua menu makanan yang disediakan sempena Bulan Ramadhan iaitu



Nasi Goreng Serunding dengan Kebab Percik. Nasi goreng dengan serunding memang meletop kau..sedap betul. Ditambah dengan kebab tu, fuh!!!..meneyelerakan..Kebab tu sangat sedap..Nampak tak kuah kuning tu..hah!!..sedap kuah tu..calit la dengan kebab..memang nyum..nyum...Harga makanan ni ialah RM20.00



Menu kedua ialah Spagetti Serunding dengan Kebab percik. Pertama kali makan serunding dengan spagetti, tak sangka boleh masuk dua-dua ni, rasa dia memang lazat. Western dicampur dengan melayu..terbaikklaaa..Harga dia RM20.00

Menu lain
Menu lain yang terdapat di Garage 51 yang wajib korang terjah dan cuba ialah


Hah!! ni la ni minuman keluarga kacau bilau . kenapa dipanggil kacau bilau?? sebab ada Ada The Father (Chocolate with peanut butter), The Son (Nutella with hints of hazelnut awesomeness), The Cousin (Salted caramel with brownies) dan The Nephew (Cookies and cream - Baharu) dengan harga RM 18.90 setiap satu. Korang patut cuba weii...memang sedap semuanya..Picagari tu dalamnya susu tau..korang jangan masuk dalam mulut..tapi tekan picagari tu dalam air..hahaha..



Grill Salmon Spagetti Dengan Lemon Cream. Ni paling mendapat sambutan kami semua..hehee..sebab dia so creamy dan lazat. Ditambah dengan salmon yang diperah dengan lemon..Sedap sangat kau!! Tak muak pun kalau makan..serius weii..Harga dia RM 24.00


Chicken Parmagiana dengan Mashed Potato sama je macam chicken chop tapi kuah dia lain sikit. ayam dia rangup setiap kali gigitan. Harga RM 18.00



Penne Basil-Spinach Pesto denagn Grilled Chicken. Tak tau nak cakap menu ni macam mana..hahaha..sebab nad makan bersama dengan ayam dia baru sedap..Dia punya kandungan macam bubuh rempah. Harga RM 16.00



Chicken Mango Salad dengan Wholegrain Mustard Dressing..untuk mereka yang nak diet, makan ni pun boleh..hehee..Makanan berkhasiat iaitu salad, ayam, tomato dan mango. Semua ada..Memang sedap..harga RM 12.00

Hah!!..nad puas hati dengan makanan dan minuman dia..semuanya menyelerakan..Tak rasa sia-sia datang dari jauh..dengan tersesat..dengan jem lagi...hehehe..Jadi silalah pilih Garage 51 sebagai tempat makanan untuk korang berbuka puasa nanti. Lagi bagus booking dahulu, takut takda tempat nanti, meranan korang nak cuba. Takpun datang santai-santai sebelum puasa pun boleh..

Ini details Garage 51 by Coffee Societe at Bandar Sunway untuk korang…

Garage 51 by Coffee Societe at Bandar Sunway
Facebook : Garage 51 by Coffee Societe at Bandar Sunway
Instagram : Garage 51
Alamat : 51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
No Telefon : +60 3-5612 5618

Waktu Operasi : Isnin hingga Ahad
11:00 am – 11:00 pm

SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Tak rugi repeat makan sini. Huhu

    ReplyDelete
  2. Pehhh... makanan dia mmg kebaboomm... mantop n terbaik... marveles... :)

    ReplyDelete
  3. wowterujanya dengan konsep dia. makanan pun nampak menarik

    ReplyDelete
  4. teruja tengok gambar2 makanan/minuman dia..paling rare, siap ada karipap tu..

    ReplyDelete
  5. makanan semua sedap-sedap kan..nanti nak repeat lagi..

    ReplyDelete
  6. makanan semua sedap-sedap kan..nanti nak repeat lagi..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2