hai assalammualaikum

Trend Minuman Cawan Besar, Big Cup Disana Sini - Boleh nampak, dekat mana-mana sahaja dah ada minuman cawan besar ni. Dekat tepi jalan, dekat warung, ada minuman cawan besar iaitu Big Cup ni. Macam-macam nama jenama air minuman cawan besar ni. Ikut kekreatifan si penjual nak bagi nama apa?? bentuk logo dia supaya dapat menarik pelanggan. lagi satu, disebabkan dah viral sana sini, minuman tu mesti la sedap daripada orang lain. Barula ummpphhh..


Kadang-kadang semua minuman ni rasa sama je, tapi disebabkan jenama dia lain-lain, tu kadang-kadang orang beli. Yang nad beli, ada jenama, tapi dia tak lekat dekat cawan besar pulak..hehee..so lupa nak amik gambar dekat warung dia. Bestnya Big Cup ni sebab minuman ni puas diminum...hahaa..yela, cawan besar kot. Mana tak puas minumnya. Boleh kenyang minum air je. Harga yang nad tengok macam semua sama je, RM5. Tak tau kalau ada yang lebih dari RM5 kan.

Semalam, nad beli air minuman cawan besar ni dekat warung yang nad makan..hahaha..dah makan pun nak beli air ni lagi..biasalah orang kuat makan. Kadang kalau nak rasa, mesti kena beli. kalau tak kempunan, tengok je orang minum. Ni kali kedua nad minum cawan besar ni. sebelum ni rasa mocha, yang nad beli semalam ni, cappucino. Lepas ni nak cuba rasa green tea pulak..Apa sedapnya air green tea tu erk. ramai suka..hahaha..Macam tu la, bila orang rasa, kita pun nak rasa kann...

Dekat Meru, kampung nad pun banyak pilihan air minuman cawan besar ni. Big Cup sana sini. Tepi jalan je. Cuma rajin tak rajin nak berenti. Balik nanti nak cuba rasa.
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. tg pikiaq utk naikkan harga ni. hehe

    ReplyDelete
  2. water business increasingly in demand..

    ReplyDelete
  3. Kalau cawan besar gini boleh kongsi berdua nih...

    ReplyDelete
  4. Di tempat saya... big cup tu RM6.50.

    ReplyDelete
  5. Tapi tu la. Cawan dah besar. tapi ais nya penuh melimpah ruah pun tak guna jgak. Sedut dua tiga kali dah habis dah air dia.

    ReplyDelete
  6. Memang sedap minum dalam cawan besar.Tambah lagi kalau tengah hari. sekejap je habis... :-)

    ReplyDelete
  7. Memang trending ni since last year.
    Masih lg byk jual.
    Aida x brape minat sebab terlalu sejuk!!!
    Baru 2 kali beli. Tu pun 2 cawan besar tu share 5 beranak :-)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2