hai assalammualaikum

Semua Ni Akan Ada masa Puasa nanti - Kebanyakan kita tak sabar nak sambut Bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Hah!!..masa ni benda-benda ni semua akan muncul di Bulan puasa ni. Memang dah jadi rutin harian kan setiap tahun..hehehe..Yang penting Bulan Puasa ni kali ni, banyakkan la buat amal ibadah.

Jom tengok..
1) Bazar Ramadhan
 

Semestinya bagi peniaga tak sabar nak menjual pelbagai jenis makanan di Bazar. Bagi pembeli, semestinya tak sabar nak beli makanan kegemaran mereka. Banyak pilihan , semuanya nampak sedap. kalau boleh nak beli semua, tapi pembaziran itu tak bagus. makanan yang paling popular ialah murtabak, roti john manakal air pula semestinya air soya..hehehe.. Selalu kalau pergi Bazar, pergi yang berdekatan dengan rumah jela..hehee..Ingat masa mebeli makanan jangan ikut nafsu, tapi beli dengan keserdehanaa. Nak tengok mana tempat Bazar Ramadhan, bolehla serach ye..

2) Jalan menjadi sesak





Yang ni semestinya akan terjadi. Sebab mereka akan pulang awal, dan berpusu-pusu nak balik berbuka puasa. Kadang terpaksa berbuka di dalam kereta. Nak buat macam mana. Depan rumah nad, setiap hari boleh nampak..huhuhu..Tin ton tak henti-henti. Macam ni la, bulan puasa ajar kita erti kesabaran. Jadi siap-siaplan beli makanan untuk makan dalam kereta.

3) Solat terawih


Solat Terawih yang dibuat setahun sekali hanya di Bulam Ramadhan. Pergi solat dengan ikhlas, takperlulah nak amik gambar atau hastag..hehhee..Banyak manfaat solat terawih ni iaitu memberi tenaga kepada tubuh badan. Selain itu, dapat menyimbangkan berat badan kita.

4) Lagu raya berkumandang


Hah!! yang ni paling best. Kalau dulu-dulu dah nak dekat raya baru pasang, sekarang, belum puasa lagi dah pasang. Membuatkan orang tak sabar nak sambut raya. sedangkan puasa dulu bagi hati kita sedar..huhuhu..takpela..nak menghilangkan bosan, sekali sekala, layan la lagu raya..

5) Bunga api


Yeahh!!!..benda yang disukai kanak-kanak. Orang tua pun suka tau. Tapi berhati-hati ketika bermain, jangan sampai ada putus sana sini. Tapi setiap hatun mesti ada kes, haishh korang ni, orang suruh main betul-betul, pergi jahanamkan bunga api tu buat apa. Kreatif sangat budak sekarang. Nak nampak hebat, padah diri sendiri.

Ok korang..selamat berpuasa..

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. 6. Berita Putus Jari
    Cerita yang tidak sepatutnya ada setiap bulan puasa / hampir raya kerana mercun buatan sendiri.

    ReplyDelete