hai assalammualaikum

Bayi Rasa Nyaman Dengan Minyak Anugerah Bebe - Nad tak tau pulak yang minyak telon baby ni merupakan salah satu benda penting yang wajib ada dalam senarai list. Tak terfikir pun masa nak beli barang baby. Yela, kita jarang baca bab minyak telon baby ni. Ada orang tulis dalam senarai barang baby, tapi tak amik port pun, ingat tak perlu sangat. Sampaila Fariza lahir, akak nad tanya " ko ada belikan dia minyak tak"..nad pun terpinga, cakap "untuk apa".. " La baby kan memang perlu pakai minyak, biar tak kembung, tak sejuk"..Manalah nad tau semua tu..yang nak tau lepas mandi pakai bedak dengan lotion je..haaha..



Pernah Fariza menangis tak berhenti. Nad bagi susu dia tolak, nad baringkan dia nangis, tapi bila diangkat dia lega sikit. Hah!! kembung perutla tu. Bila dia dapat kentut, lega dia. Lepas kejadian tu, nad pun pakaikan Fariza dengan minyak telon pemberian kakak nad. Kadang-kadang baby ni tak boleh terima sebarang minyak, takut naik merah-merah dekat badan. Fariza pulak, dia pakai ok, tapi minyak yang akak nad bagi macam panas sikit, jadi takut Fariza tak sesuai. Lepas tu, nad cubala Minyak Telon Anugerah Bebe ni. Mesti korang dah tau pasal Minyak Anugerah Bebe ni kan. Nad ni baru dapat jumpa minyak ni. Ramai dah kata bagus untuk bayi minyak ni. Tak terlalu panas dan sedap je bau dia. Fariza pun nampak selesa je.


Selalunya kalau beli minyak telon fariza ni, nad tengok isi kandungan dia. lagi bagus kalau dari bahan-bahan semulajadi dan tradisional. Minyak Anugerah Bebe ni  diperbuat daripada minyak kayu putih, lengkuas, serai, pudina dan limau purut yang dapat memberikan keselesaan kepada bayi. Patutla baunya wangi ada serai dan limau purut.


Bila tuang dekat tangan, nampak macam berminyak sangat kan, tapi bila dah sapu dekat tangan Minyak Anugerah Bebe ni akan meresap terus dan tak melekit. Jadi pemakaian tu jangan banyak sangat, kang cepat habis. Pakai dua atau tiga titik pun cukupla..lepas tu usap dekat badan baby.


Selalu nad bubuh minyak telon ni selepas mandikan Fariza. Nad akan sapu dekat dekat bahagian perut, belakang, peha kentucky dia tu..hahaha..dan telapak kaki. Bubuh sedikit dekat siku..Bagi badan dia hangat-hangat dan lena je tidur. Setiap tengah malam pun nad sapukan Minyak Anugerah Bebe ni supaya malam dia mimpi indah gitu.


Minyak Bebe Anugerah ni sesuai digunakan dari bayi baru lahir sehingga lah 3 - 4 tahun. Serius best rupanya minyak ni, kadang nad sapu sedikit dekat perut nad, nak rasa jugak..hahha..sedap rupanya. Disarankan kepada para ibu, kalau taknak anak kembung malam, taknak panik sebab anak asyik menangis je, baik korang beli Minyak Anugerah Bebe ni. Wajib ada dalam senarai list barang-barang anak korang..

Harga pun murah je. Mampu milik..Minyak Bebe Anugerah 50ml/botol RM15 sahaja!

Untuk maklumat lanjut boleh layari
website: http://www.anugerahwellness.com/index.php/minyak-bebe-anugerah.html
Facebook: Anugerah Wellness
Instagram: Anugerah Wellness

Alamat
ANUGERAH INTERNATIONAL SDN. BHD. (971560-V)
P.O Box 7319, Persiaran Dato Menteri
40000 Shah Alam, Selangor

NO. TELEFON
+603 4143 0441

WAKTU OPERASI
Isnin - Jumaat
9.00AM - 6.00PM




Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

11 comments so far,Add yours

  1. wangi bau minyak ni.. melegakan si kecil.

    ReplyDelete
  2. Syok laa fariza tidoq lena camtu kan hehe

    ReplyDelete
  3. patutla fariza makin montel sebab kena urut ngan uminya ye hehehe

    ReplyDelete
  4. Owhh ya minyak telon utk kembung perut baby.. ingat2 lg.

    ReplyDelete
  5. Ni konfom rasa best jak dia rasa.. hehe

    ReplyDelete
  6. salu dok tengok orang guna minyak yuyi untuk legakan perut kembung baby..hee

    ReplyDelete
  7. wahhhh...baby fariza pun guna yer...bestkan minyak ni...hihihi

    ReplyDelete
  8. dah lama tak singgah blog akak...dulu selalu singgah sini...tgk ni, dah tukar templete..hahaa...smart kak...

    jemput dtg & komen sini..tq :)

    http://www.yayacendana.com/2016/07/dapat-baucer-rm5-untuk-pembelian.html

    ReplyDelete
  9. Tak pernah guna minyak ni. tapi selalu jugak dengar pasal minyak anugerah ni..

    ReplyDelete