hai assalammualaikum

Berbuka Puasa di Pak Tam Asam Pedas Sg Bakap Taman Melati Gombak - " abang ahad ni malas masak ".. nad dah cakap awal-awal dekat mr mafia ahad malas masak, sebab nak rehat..cakap awal takde la kelam kabut naknpikir makan mana. Tapi sama gak..sampai masa hari ahad tak tau nak makan mana..hahaha..
Mr mafia: sayang nak makan mana
Nad: Entahla bang..ermm..abang fikirla ( sebab dia je tau area kuala lumpur ni)..
Mr mafia: La sayang fikirla kat ne??
Nad: tak tau..abang la bawak sayang..tapi jangan bawak kat tempat sama..bosan. Bawakla jalan tempat lain yang sayang boleh tulis dekat blog..kalau tempat sama je apa nak tulis..hahah..

Nampak tak..nampak tak..kita masih fikir pasal blog..kita masih fikir nak kongsi tempat dengan pembaca nad..

Sampaila dia suruh bersiap pukul 5 gerak. Seorang suami yang memahami kerja isteri sebagai blogger, mesti nak cari bahan untuk kongsi..jadi bawakla tempat makan ni. Memang nad tak pernah pergi. Lokasi tempat makanan ni dekat Taman Melati Gombak. Rupanya dia dah banyak kali datang tempat ni jumpa klien, tapi tak bawak isterinya. Puasa ni baru bawak..nasibla..kalau tak merajuk tak sudah..hahaha..


Inilah tempat dia Pak Tam Asam Pedas Sg Bakap. Lokasi dekat dengan sekolah. Tak perasan pulak sekolah apa..

Sampai sana dalam pukul 6 petang. Tempat masih kosong, ingat tak da orang atau tak popular tempat ni..tapi rupanya diaorang dah booking awal untuk berbuka. Meja hampir penuh..huhuuhu..jadi masa nad sampai nasib ada meja lagi dan booking tempat. Masa tu siap-siap order makanan, bila dekat waktu berbuka, baru diaorang hantar makanan.




Suasana kedai makanan dia.


Ada juga menu yang disediakan untuk korang pilih sendiri dekat sini.



Jam menunjukkan hampir berbuka. Dekat situ ada pasang radio untuk dengar azan. Jangan risau ye. Hah makanan pun dah sampai untuk terhidang. Nama tempat dia pun Pak Tam Asam Pedas, jadi nad order Ikan Pari Asam Pedas. Nyumm.nyumm..besar betul ikan pari dia..seekor pun cukup untuk dua orang makan. Bagi nad asam oedas dia ok la. Cukup rasa..




Banyak lagi menu Asam Pedas lagi. Jangan risau. Korang boleh pilih..tengok gambar la tu nad dah bubuh..hehehe..





Menu lain nad order, sup campur, sayur kailan ikan masin, daging pedas dan sotong goreng tepung.


Tembikai dan kurma memang diaorang sediakan. Bagi free..:)..

Nyum..nyumm jemput makan korang..Budak kecik ni pun happy mommy suap tembikai dan nasi..

Harga Murah Giler!!!!



Dah habis makan mesti kena bayar, takkan tak bayar kan. Masa ni mesti ingat mahal kot tapi bila tengok kertas dia bagi..serius harga dia..murah weii!!!..

Masa ni memang nad terkejut habis. Ingatkan juadah ni dalam RM 50 ke atas..tapi bila tengok harganya cuma RM44.50 untuk Lima jenis makanan kau..harga macam tu..perghh!!! Dahla kenyang , perut pun dah terisi, senyum meleret la bila tengok harga macam tu. Rasa nak tambah lauk lagi..hahaha..masih tak percaya dengan harga..hahaha..

Kalau korang nak cuba bolehla pergi ke PAK TAM ASAM PEDAS SG BAKAP TAMAN MELATI GOMBAK. Tempat pun best dan selesa.
 Address: Melati Utama, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. Cuba tak air durian belanda? Sedap gilerrr!

    ReplyDelete
  2. Cuba tak air durian belanda? Sedap gilerrr!

    ReplyDelete
  3. alamak tak cuba pulak..take lain kali minum air tu pulak

    ReplyDelete
  4. Dekat je dgn rumah ahkak taman melati tp akk xpnh cuba makan kat situ...blh la bila2 nanti...sk taman melati nama sekolah dekat paktam tu

    ReplyDelete
  5. Dekat je dgn rumah ahkak taman melati tp akk xpnh cuba makan kat situ...blh la bila2 nanti...sk taman melati nama sekolah dekat paktam tu

    ReplyDelete
  6. Boleh cuba try test nanti.. Tak hari puasa, hari biasa2 nanti.. Sedap tengok asam pedasnya tuu

    ReplyDelete
  7. terliur tengok asam pedas tu.. kenapa la gombak sana... kat perak takde ke.. huhu

    ReplyDelete