hai assalammualaikum

Gaya Stailo Dengan Kasut Boots - Dah lama teringin nak kasut boots, sebab tengok orang pergi travel pakai kasut Boots, lawa je dia pakai. Jadi mula la terfikir nak beli walaupun tak pergi travel. Yela, orang cakap siap-siap ada, biar senang nanti kot-kot pergi travel, dah ada kasut sesuai..hahaha..Tapi kasut Boots sekarang tak pergi travel pun dah boleh pakai. Pergi shoping complex ke, pergi bercuti dalam Malaysia pun boleh pakai Boots kan. Sebab tu nad beli boots ni..hahaa..Sebab pakai boots ni nampak stailo je.

Bila survey dekat instagram, akhirnya dapatla Boots yang diidamkan. Bukan satu tapi dua sekali nad beli. Kisahnya selepas nad terima kasut Boots yang salah dari Mysale. Nak tau Boots ape dia bagi nad, Entry ada dekat SINI. Marah sangat dengan mysale, terus beli dua kasut Boots dekat peniaga online lain..hahaa..gitu sekali. Takpe, puas hati sebab dapat kasut yang nak sangat. Lagi lawa dari mysale..hhaha..


Ni la dia Koleksi Kasut Boots nad sekarang. Satu coklat dan satu merah. Satu bertali dan satu main sarung je. Mula-mula tu takut jugak kan beli kasut dekat online ni, dengan tak tau kualiti, dan paling penting saiz dia. Kang takut terbesar ke kang, takpun terkecik. Macam nad selalu saiz kasut nad beli saiz 6, kecik kan kaki nad..hehee..tapi kawan nad bagitau, " kalau selalu ko pakai saiz 6, kena amik saiz 37 Euro "..tu untuk saiz euro..Kasut ni pun guna euro, jadi nad pun pilihla 37. Tapi peniaga online nad beli ni, dia bagi saiz ukuran kaki supaya nad tak tersalah pilih saiz. Fuh!!..nasib baik. Jadi, bolehla ukur kaki kita dengan tali ukur.


Masa sampai excited betul. Terus cuba kasut Boots ni. Nasib baik ngam-ngam dengan kaki. Tak besar dan tak kecik. Bila pakai nampak stailo gitu. Boots ni sesuai dipakai dengan baju apa sahaja. Tak kisahlah jeans, tshirt, tak pun dress, gaun. Semua bolehla. Macam nad pakai Boots dengan seluar askar dan tshirt. Memang sesuai sangat. Nampak rockers..hahaa..Anak pun dah mula nak ikut mommynya..hahaha..Kasut ni warna coklat, jadi memang sesuai dipakai masa bila sahaja. Nad pakai masa pergi ke tempat-tempat yang sesuai, macam shoping complex, tak pun jalan-jaan bercuti.


Kasut coklat ni tumit dia tinggi sikit. Tapi selesa di pakai dekat kaki. Kasut ni bertali, tapi takdela setiap kali kau buka tali lepas tu ikat balik..Ikat siap-siap, lepas tu nak pakai cuma longgakan bahagian atas je..senang dan mudah. Kasut pun tak keras sangat dan kualiti pun bagus.



Yang ni pulak Boots bersarung je. Cuma buka tepi tu je. Boots ni macam jenis kain berbulu. Tapi tak berbulu la..hahaha..alahai susah nak cakapla..hehehe..Masa ni nad pakai masa pergi KL Tower. Sesuai la pakai kasut macam ni. Nad gandingkan dengan seluar jeans dan jaket. Yang ni pulak kasut tak tinggi. Okla satu beli tumit tinggi, satu beli tumit tak tinggi..ehhhe..

Dua-dua Boots ni best. Jadi tak sia-sia beli..koleksi kasut bertambah..ahhaa..tinggal nak cari kasut warna biru je..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. wauu.. klu kuci x pandai pakai boots.. kaki pandai melecet..

    ReplyDelete
  2. apa nama insta tu ... mcm nak belek juga lah ... jeles nih .

    ReplyDelete
  3. IQ pun suka pakai boot, selalu pakai yang tak bertumit, first pakai mula2 buat jalan tapi lama2 buat pergi kerja sebab dulu duk site manjang. lepas tu duk ofis kurang sket, kena feminin...heeee...da ad 3 boots, tapi 1 jual bundle sbb xpakai....

    ReplyDelete
  4. Sesuai kaki halus pakai boot...kalau akak nanti jalan kengkang badan besor hahahahhahaha

    ReplyDelete
  5. Suka yang warna merah tu.. lawa2... smart nampak

    ReplyDelete
  6. Boots mmg sesuai... nampak kemas, rugged dan sopan... terbaik!

    ReplyDelete