hai assalammualaikum

Hadiah Istimewa Jubah Dan Kurta Untuk Mak Dan Ayah - Haritu kita ada sambut Hari Ibu dan Ahad semalam kita sambut Hari Bapa kan. Jadi nad terfikir nak belikan mak ayah sesuatu. Selalu kitaorang akan buat makan-makan, tapi tunggu nad balik kampung baru nad akan buat..hehee..Alhamdulillah, haritu dapat rezeki lebih, jadi nad pun cadang nak belikan hadiah istimewa untuk mak dengan ayah.

Macam mak memang suka barang-barang ni, ayah tak pernah cakapla dia suka apa..hahaaha..tapi apa anaknya bagi mesti dia suka kan. Jadi nad terfikir untuk belikan Jubah dan Kurta untuk mak dengan ayah. Dah nak raya ni, diaorang pakai sedondon kan manis..hehee


Jubah dan Kurta ni, nad beli dengan kawan nad. Dia ada post dekat group whatsup. Tengok harga ok la untuk sepasang. Mula-mula ingat nak surprise, tapi nanti takut tersalah saiz ke apa, terpaksa bagitau mak..hahaa..kita pun cakapla
Nad: Mak saiz jubah apa??
Mak: Ko nak belikan ke?? Takyahla..( biasalah orang tua suka cakap takyah..padahal dalam hati suka memanjang..hehee )
Nad: ish cakap je mak, Diah nak beli juga...
Mak: Takyahla, nanti terbesar, salah saiz..( macam-macam mak kita ni tau )
Nad; Diah amik saiz L tau..
Mak: Hah! mak kalau boleh nak warna hitam..taknak terang-terang ( eheh tadi beriya taknak..hahah)
Nad: ok..

Sebenarnya jubah ni sama dengan jubah nad jugak..hahaa..warna pun sama..amik dark blue. Nad tengok saiz S untuk nad besar macam ni, jadi boleh anggar saiz untuk mak berapa. Untuk ayah, kurta. Cantik sangat kurta dia. Saiz ayah sama dengan saiz mr mafia. Jadi nad amik saiz M.

DETAIL JUBAH
- Material Peach Koshibo
- Wudhu' Friendly
- Breasfeeding Friendly
- Ironless
- Kain Sejuk apabila di pakai
- Flowy (tidak melekap di badan)
- Poket di sebelah kanan baju
- Kualiti sangat baik
- Tidak jarang

DETAIL KURTA
- Material Peach Koshibo
- Ironless
- Kain Sejuk apabila di pakai
- Magic button
- Poket di sebelah kanan (hidden zip)
- Poket di sebelah kiri juga ada
- Poket terletak di dada
- Kualiti sangat baik

Masa amik gambar ni warna tak sama macam gamabr yang ditunjukkan atas..hahaa..mungkin pencahayaan tu..takpela asalkan lawa dan mak ayah pun suka. Ayah pergi sembahyang raya dengan baju kurta..fuh segak weii..Sebenarnya ni pun baju raya nad..hahahaa..takpela sama..kan lawa sedondon...
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. hahah...kan..diorg ckp xnk..so senang belikan je..heheh

    ReplyDelete
  2. Sama la dengan parents ena.. jangan ditanya, beli je terus

    ReplyDelete
  3. Boleh tak no contact yg jual kurta tak ekin nak cari kurta untuk suami

    ReplyDelete