hai assalammualaikum

Macam Tak Percaya Je Dah Jadi Daddy - Itulah kata-kata mr mafia sampai harini. Walaupun usia Fariza dah masuk 8 bulan, masih tak percaya yang dia dah jadi daddy..Nad pulak tertanya " kenapa pulak??".. Bagi mr mafia, dengan umurnya yang 40an tu, boleh jadi daddy. Dia cakap macam tu sebab, kebanyakan kawan-kawan dia yang baya dia ada yang belum dapat anak lagi. Nad tak pernah terfikir pulak lelaki ni ada masalah walaupun umur dia dah banyak, yang nad risau diri nad, sebab nad ni period tak menentu.. Rezeki masing-masing kan. Insyallah rezeki kawan mr mafia adalah tu nanti.


Teringat masa bersalinkan Fariza. Entry ada dekat SINI. Masa tu nad operation, Fariza bersama dengan nurse, mr mafia sampai hospital, cari mana nad, nurse cakap dalam bilik operation. Pastu nurse tunjuk Fariza. Mr mafia cakap dia terkejut..sebab tak percaya anak dia dah selamat melihat dunia..hehee..Lepas tu sayu hati dia masa azankan dia..masa nad takde, mula nak bayangkan macam dalam drama, tengok air mata seorang suami apabila melihat anak pertamanya..huhuhu..tapi lain jadinya..takpela..yang penting selamat.

Macam nad, dah biasa dengan budak-budak ni, sebab anak buah ramai, pengalaman jaga anak buah pun dah biasa. Macam mr mafia, memang dia janggal sikit la. Yela, orang laki, dia cuma tau main je dengan anak buah. Sekarang bila anak nangis, dia kena pandai pujuk. Bila anak demam kena berjaga..hahaha..Kena pandai uruskan masa. Tapi dia masih fail lagi bab nak tidurkan anak, tukar lampin..hahahah..gitu..


Kalau dulu, kalau nak amik gambar, bawak barang kamera sahaja. Sekarang nah amik, siap ada puting, botol susu, pampers..hamik kau..hehehe..pernah nad buat entry pasal Macam Ni ke Akan Terjadi Bila Ayah Photography..hehee..tapi nasib baik tak gini. Apa-apa pun, dia memang happy sejak ada anak ni. Main dengan anak. Bagi dia, dia taknak Fariza membesar..hahaa..gitu kau..takpela..nanti boleh tambah baby lagi ye..eh!!!..hehehe..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

9 comments so far,Add yours

  1. Samalah Nad SS pn period tak menentu. Alhamdulllillah syukur ada rezeki anak jugak.

    ReplyDelete
  2. Samalah Nad SS pn period tak menentu. Alhamdulllillah syukur ada rezeki anak jugak.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, rezeki Allah kita tak tahu ye dok.. dapat baby omey angat lak tu.. hehehe Apapun tahniah Mr Mafia sebab dah jadi daddy ekkeke

    ReplyDelete
  4. Doa bnyk2 malam2 terakhir ramadhan..semoga SS dan Nad ada rezeki baby tahun.ni.

    ReplyDelete
  5. Bagi mereka yang belum kawin, ha cepatlah kawin, spya cepat dapat baby omey cam ni. Kan? Nad kan?

    ReplyDelete
  6. Kalau dah rezeki tak kemana kak.
    Semoga jadi keluarga bahagia selamanya :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah dah dapt fariza yg comel..:)

    ReplyDelete
  8. betul 2,laki xde mslh so jgn risau utk mr mafia...on top of that congrats eh kak..comel fariza ni..

    ReplyDelete
  9. bapa mana yang tak suka bila ada anak kecik kan heheehe. Macam tak percaya je kena tukar lampin anak haha. Nad kena ajar mr mafia bab tu sampai pandai tau hehehe :D

    ReplyDelete