hai assalammualaikum

PERADUAN MUDAH DARI SUDOCREM MALAYSIA : KRIM NAPPY SUDOCREM MEMBANTU MERAWAT MASALAH RUAM LAMPIN BAYI


Peraduan Mudah Dari Sudocrem Malaysia - Contest yang mudah hanya menjawab soalah 'A dan B' sahaja di bahagian komen, dah boleh memenangi hadiah mainan bernilai RM100 dan sebotol Sudocrem Nappy Crem berat 60g yang berharga RM18.90. Sudocrem Nappy Crem adalah produk yang membantu merawat masalah ruam lampin bayi. Hah!!..kepada mak-mak tu jangan la ketinggalan untuk mencuba, mana tau rezeki korang dapat mainan tu atau dapat Sudocrem Nappy. Nad ada baca google, produk ni sangat bagus untuk ruam dan ekzema. Nad pun kena beli satu untuk baby Fariza.

Syarat Peraduan amat mudah
- Boleh pergi ke Facebook Sudocrem Malaysia 
- Syarat dan peryertaan boleh rujuk di Terms dan Condition. untuk tau lebih lanjut pasal pertandingan.
- Hanya menjawa "A" atau "B" dalam komen kepada setiap hari kami di "Would You Rather..." contoh seperti DI SINI. Pastikan ada perkataan soalan " Would You Rather.."..lepas tu boleh jawab A atau B di bahagian komen
- Tidak perlu membeli barangan
- Pertandingan di buka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
- Peserta hanya boleh menghantar satu (1) jawatan penyertaan bagi setiap hari, tetapi boleh mengambil bahagian dalam setiap post setiap hari individu antara 9:00 pagi -05:59 petang. pemenang harian akan diumumkan sebelum 9.00 pagi dan pada 09:00 pagi soalan "Would You Rather..." yang baru akan dikeluarkan.
- Jika Pemenang Pertandingan yang dipilih tidak menuntut hadiah mereka dalam tempoh tujuh (7) hari, Pihak
DKSH Malaysia Sdn Bhd berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang dan memilih pemenan.

Nak tau lebih lanjut berkenaan Krim Nappy Sudocrem??? Meh nad bagitau...


Krim Sudocrem Membantu Merawat Masalah Untuk Ruam Lampin Baby - Sejak ada anak ni, semua nak kena amik tau. Kalau boleh taknak ada luka, gigitan yang singgah dekat tubuh baby kecil Fariza. Tapi kadang kita dah elak, pasti akan datang juga. Seluruh anggota badan anak tu penting dijaga, sebab baby ni sangat sensitifla kulit dia. Lagi-lagi bahagian tersorok bawah tu. Bahagian tempat dia pakai lampin. Pernah nad terlewat sikit tukar pampers dia, tup-tup merah dikawasan tu menyebabkan dia tak selesa. Nad pernah dengar kalau lambat tukar pampers, bayi jadi tak selesa dan menyebabkan kemerahan. Keadaan itu dipanggil ruam lampin.

Bagaimana Ruam Lampin Boleh Terjadi??



Ruam lampin adalah perkara biasa bagi bayi, terutama sekali apabila mereka antara sembilan hingga 12 bulan. Ruam lampin adalah kerengsaan kulit yang disebabkan air kencing dan najis. Jika lampin yang telah dipenuhi dengan air kencing dan najis dibiarkan dan tidak ditukar dengan segera ia akan merosakkan kulit bayi. Akibatnya bahagian ini sering lembab dan dicemari fungus, kuman dan bakteria yang membawa kepada kulit kemerah-merahan dalam keadaan gatal.Bermula dengan kemerahan sedikit di kulit dan membawa ketidakselesaan kepada bayi.

Mencegah Ruam Lampin 
Boleh mengikut langkah-langkah berikut untuk melegakan ruam lampin.
- Tukar lampin bayi anda setiap kali ia menjadi basah atau kotor atau setiap kali 2jam.
- Ia sangat penting untuk menghentikan bahan kimia dalam urin atau tinja daripada terus menyebabkan keadaan kesihatan kulit bayi anda yang halus semakin buruk.
- Biarkan lampin tidak dipakai sepanjang dan sekerap yang mungkin agar udara segar dapat sampai ke kulit bayi.
- Cuba pastikan lampin bayi anda padan dengan badan bayi dan tidak lecet atau menggeser.
- Elakkan daripad menggunakan apa-apa sabun, detergen atau mandi buih yang boleh merengsa kulit bayi anda.
- Pastikan kulit bayi anda bersih dan kering sebelum menggunakan lampin yang baru, bersih dan kering.
- Gunakan Sudocrem ruam lampin setiap kali menukar lampin untuk melegakan dan melindungi kulit.

Krim Nappy dari Sudocrem Merawat Masalah Ruam Lampin


Nad ada terbaca di goodle, ada satu produk khas untuk masalah ruam lampin ni. Krim Nappy Sudocrem asalnya dari Ireland, tapi telah ada di Malaysia. Sudocrem merupakan pilihan terbaik untuk membantu melegakan kesakitan kulit dan merawat ruam lampin

Sudocrem telah terbukti secara klinikal bahawa dapat melegakan dan Melindungi kulit bayi anda yang halus. Sudocrem bertindak dalam tiga cara yang mudah. Pertama sekali, ia mengandungi emolien yang melegakan kesakitan. Kedua, sifat penyejukannya dapat melegakan kesakitan dan kerengsaan. Akhir sekali, asasnya yang tahan air membentuk rintangan sebagai perlindungan, membantu mencegah perengsa (urin dan tinja) daripada bersentuhan dengan kulit.

Sudocrem juga boleh digunakan untuk melegakan dan melindungi:
- ruam lampin

- luka
- lecet
- kelecuran ringan
- kudis tekanan
- akne
- ekzema

Bagaimana untuk digunakan?

Sudocrem boleh disapukan, pada setiap kali lampin ditukar, untuk mebantu melagakan ruam lampin dan melindungi kulit bayi anda.

Langkah 1: Pastikan bahagian punggung bayi anda bersih dan kering.

Langkah 2: Dengan tangan yang bersih dan kering, letakkan sedikit Sudocrem di atas hujung jari anda. Ingat bahawa sedikit sudah cukup untuk banyak membantu.
Langkah 3: Urutkan Sudocrem dengan perlahan ke dalam kulit dengan menggunakan pergerakan yang ringan dan membulat. (Elakkan daripada menggosok, terutamanya apabila kulit kelihatan sakit.)
Langkah 4: Anda hendaklah menghasilkan selaput yang nipis dan lut cahaya pada permukaan kulit. Jika krim putih masih lagi kelihatan, anda mungkin telah meletakkannya dengan terlalu banyak. (Jika ini berlaku, tiada apa-apa yang akan terjadi ke atas bayi anda, cuma ingat agar letakkan jumlah yang lebih sedikit lain kali.)
Langkah 5: Ulangi sapuan ke atas bahagian punggung bayi anda sekerap yang diperlukan


Dengan harga RM24.90 setiap tab 120g dan RM15.90 setiap tab 60g, Sudocrem boleh didapati di Guardian, Caring, farmasi. Untuk maklumat lanjut boleh layari
website : https://sudocrem.co.uk /
facebook: Sudocrem Malaysia
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours