hai assalammualaikum


Persiapkan diri Untuk Berpuasa Esok - Dalam beberapa jam lagi seluruh umat Islam akan menyambut Bulan Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan oleh kita semua. Bulan di mana begitu banyak keberkahan dan pahala yang mengalir. Tentunya Anda tidak ingin melewatkannya begitu saja, bukan? Karena keistimewaannya inilah, setiap amal kebaikan yang kita lakukan akan dilipatgandakan di bulan ini. Alhamdulillah, Allah panjangkan usia ini untuk merasai puasa. Puasa kali ni lain sedikit, disebabkan nad dah jadi ibu. Kemungkinan, puasa ni sangat mencabar kerana, nad menyusukan Fariza. Tapi takpa, orang cakap niat betul, insyallah, susu pasti keluar dan dapat berpuasa dengan sempurna. Dan semestinya persiapkan diri dengan betul supaya ibadah puasa dapat dijalankan dengan baik.



1) Persiapkan Fizikal dan Mental
- Fizikal dan Mental untuk ibu menyusu kene kuat. Ni nad pertama kali dapat rasa, jadi nad tak tau sangat macam mana keadaan susu bila kita makan. Tapi orang cakap niat betul, Insyallah pasti ibadah puasa dapat dijalankan dengan baik dan anak pun sentaisa kenyang. Tak boleh fikir yang bukan-bukan atau sedia. Perlu sentiasa positif dalam apa sahaja. Supaya susu sentiasa keluar. Kalau boleh bermain dengan anak sahaja waktu bukan puasa ni. Main dengan anak kecil takda penat sangat pun..heehe. Kena sentiasa pastikan kesihatan baik, dapat menjalankan ibadah puasa dengan lancar, serta kegiatan ibadah atau sosial lainnya dapat dilakukan dengan semangat.

2) Persiapkan menu
- Tadi pagi nad pergi pasar, ramai betul orang beli barangan dapur. Yela esok nak puasa kan, jadi orang pun beli bahan untuk puasa. Banyak jugak yang habis. Setiap tahun, nad memang bangun sahur untuk bagi badan cergas. Dari awal lagi dah selidik menu untuk sahur dan berbuka. Ibu menyusu ni lagi wajib kena bangun sahur, bagi tenaga dan susu sentiasa ada. Dah pulak sediakan bahan-bahan untuk dimasak sahur nanti. Senang dan mudah. Kurma pulak jangan lupa..Kata orang wajib amik dalam 3 ketul.
 1) Lebihkan serat (Fiber) - ambil makanan yang tinggi dengan serat seperti kurma, oat dan buah-buahan/ sayur-sayuran kerana ia dapat mengurangkan asid dalam peut yang boleh menyebabkan gastrik, pedih ulu hati dan byk lagi.
2) Cukup minum air - di antara waktu berbuka dan bersahur, cuba minum air sebanyak mungkin atau sekurang-kurangnya mencukupi keperluan harian ibu (2-3 liter air bagi purata berat badan 50kg). Ia penting bagi mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa.
3) Cukup Protein dan Karbohidrat - sumber protein seperti daging, kacang soya, susu; dan karbohidrat seperti roti dan nasi adalah perlu mencukupi jika ibu menyusu dan berpuasa kerana tenaga harian ditukar dari makanan-makanan ini
4) Pastikan ambil mineral, vitamin dan gula secukupnya - pengambilan mineral dan vitamin boleh membantu mengisi kekurangan zat yang diperlukan badan kerana semasa berpuasa, ibu cenderung tidak dapat memenuhi keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk sistem badan berfungsi dengan sempurna. Pengambilan gula sihat dari jus buahan atau minuman glukos semasa berbuka adalah cara memulihkan tenaga secara cepat selepas berpuasa.
5) Kurangkan makanan tertentu - sesetengah jenis makanan perlu dikawal dan dikurangkan seperti makanan pedas, berminyak, berkafein dan bergula tinggi (terutama jika anda diabetik)

3) Makan supplement
- Hah yang ni pun penting untuk ibu menyusu. Selama ni nad amalkan ephyra untuk susu bertambah. Ramai cakap makan supplement masa puasa dapat bekalkan tenaga dan mengisi nutrisi dalam badan sepanjang proses puasa.

4) Air mineral
- Yang ni sangat penting. Penghasilan susu memerlukan air. Jadi ibu menyusu wajib kekal minum 2-3 liter air sehari. Masa minum mungkin agak terhad, sebaiknya ibu sediakan botol yang mudah dibawa kemana sahaja. Boleh minum antara waktu solat terawikh dan sebagainya. Nad ada baca waktu-waktu untuk minum air mineral masa puasa.
Cadangan minum air ketika puasa:
1 gelas selepas berbuka dengan kurma
1 gelas selepas makan nasi
1 gelas selepas solat Isyak
1 gelas selepas solat Terawikh
1 gelas setelah makan malam (kuih muih)
1 gelas sebelum tidur
1 gelas sebelum sahur
1 gelas selepas makan sahur


Insyallah..nad dapat lakukannya..amin..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. ahamdulillah day 1 puasa oklah setakat ni. selamat berpuasa sis

    ReplyDelete
  2. BAGUSNYA PERGI PASAR BAGAI.. ADUIII INSAF LA UMMI...SEBAB BELI MAKANAN SIAP2..BALIK KERJA MANA SEMPAT NAK MASAK BANYAK-BANYAK... NAD, THANKS UNTUK TIPS YANG BAGUS.

    ReplyDelete