hai assalammualaikum

Resepi Sotong Goreng Telur - Semalam berbuka dengan keluarga, harini buka dengan husband dan anak pulak. Macam biasa dok fikir nak masak apa. Fikir punya fikir, nah datang idea nak masak yang simple je. Dah ada anak ni, bahan-bahan kena siapkan cepat.


Menu arini Sotong Goreng Telur. Bahan-bahannya ialah:
1) Sotong
2) Bawang
3) Cili padi
4) Tepung gandum
5) Lada hitam
6) Garam
7) Telur
8) Daun kari


Pertama sekali rebus telur sehingga masak. Setelah masak, buang kulit dan masukkan dalam sebuah bekas. Kemudian hancurkan telur tersebut.


Lepas tu buat sotong goreng pulak. Tepung gandum ni dibubuh garam sedikit dan lada hitam. Lepas tu sotong digaul dengan tepung gandum. Lepas tu digoreng..


Lepas tu..eheh banyak pulak lepas tu..hehehe..kemudian campur semua bahan. Mula masak bawang, cili dan daun kari..kasi naik bau..lepas tu bubuh telur hancur tu. Letak garam sedikit. Kemudian bubuh sotong goreng tu. Gaul sehingga rata.. Dah agak-agak sekata semua..siapla tu..hah senang kan...

Mr mafia cakap sedap..haahha..ok percubaann yang bagus nad..hihihi..selamat mencuba..


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. Huishhhh! Sedap ni! Resepinya pun mudah.. esok nak pergi pasar cari sotong,.. nak try buat, hope sodappp

    ReplyDelete
  2. Nanti nak try la..simple & senang bahan2 dia..suka menu yg senang nak cari bahan2 dia...

    ReplyDelete
  3. tak pernah rasa letak telur hancur camtu, boleh laa try ni

    ReplyDelete