hai assalammualaikum

Tiga Sebab Pergi Bazar Ramadhan Desa Pandan - Bulan puasa ni, memang dekat mana-mana ada Bazar Ramadhan. Tapi nad selalu pergi yang berdekatan dengan rumah je. Tapi bukan nad yang pergi, selalu yang pergi mr mafia tu..Nad kan nak memasak dekat rumah. Jadi, dapat pergi bazar bila masa nak gantung kuali iaitu masa malas masak.

Selalu mr mafia pergi bazar Ramadhan dekat Pandan Jaya, tapi satu tempat Bazar Ramadhan ni nad ajak mr mafia pergi. Tu pun pergi sekali je..cukupla untuk puaskan hati..hehee..Bazar Ramadhan nad maksudkan ialah Bazar Ramadhan Desa Pandan. Sekali sekala bawak Fariza sekali..hehee..


Semalam Nad dengan mr mafia pergi Bazar Ramadhan seawal 4 petang. Sebab takut hujan. Dekat Kuala Lumpur ni, hujan tk menentu..tapi kerap waktu petang. Jadi, taknak jadi apa-apa, kkta pergi awal. 15 Ramadan baru dapat jejak Bazar Ramdhan..hehee..Bila puasa ni tak pergi bazar lain rasa pulak. Kenapa nad nak sangat pergi Bazar Ramadhan Desa Pandan ni??

Pertama, sebab bazar ni berdekatan dengan rumah. Nak kata dekat takdelah, pergi naik kereta juga, maksud dekat, masih di kawasan Pandan..hahaa..Okla kan, time-time macam ni, nak pergi jauh kene fikir juga dengan sesaknya, dengan ramai orangnya. Kang dari nak berbuka dekat rumah, terua buka dalam kereta je. Kalau dekat, mr mafia tau jalan singkat. Ni kan kawasan dia..hahhaa..

Kedua sebab Bazar Ramadhan Desa Pandan Ni besar sikit. Nak.kata besar sangat tu takdelah..ade lagi besar kot. Tapi ni besar jugakla..hehehe..Bila dah besar, macam-macam makanan yang dijual. Nad suka datang pun sebab macam-macam pilihan makanan ada. Walaupun beli takdela banyak, tapi masa tu dapat la tengok makanan yang tak pernah tengok..



Lagi satu tengok gelagat orangla..haha..tempat luas nak membeli makanan pun senang. Takde terhimpit-himpit. Ke masa tu nad datang awal..hahah.. Masa ni beli kebab dari orang Arab sendiri. Panjang pulak orang beratur. Harga kebab RM5 satu..huhuhu..



Ketiga nad datang sini sebab nak rasa Popia beratur ni. Tahun Lepas tak dapat rasa, tahun ni kita beli nak rasa. Sedap ke sampai orang beratur panjang giler kau..Nama gerai Popia Power Pak ya..power ke??..heehe


Macam-macam popia ada. Popia Goreng, Popia Basah dan Popia Sira madu. Popia Sira madu tu pertama kali dengar tapi nad tak beli pun..hehee..nad beli Popia Basah. Ikut tekak mr mafia la. Sebab yang tukang habiskan dia juga..hahhaa..

Tapi tak sia-sia beratur..sedap popia dia weii..sampai jilat jari. Isinya padat..suk sebab banyak sayur..hehhe..


Nah ni la hasil tangkapan balik Bazar Ramadhan Desa Pandan. Ada lauk siput sedut, lala, ikan keli, ada kuih..macam-macam la....hahaa..nampak banyak tapi semua habis. Baki pun buat sahur. Alhamdulillah..kenyang..Kita beli jangan melampau, yang penting habis kan..tiada bazir-bazir..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. betol tu. Love Food Hate Waste. hehehe

    ReplyDelete
  2. Tak gemar pi bazar ramadhan yang terlalu ramai orang. Selalu suh hubby ja pi beli, akak tunggu dalam keta hehe

    ReplyDelete
  3. comey budak tecik tu..tecik2 dah ke bazar

    ReplyDelete