hai assalammualaikum

Turban Untuk Si Kecil - Semalam nak cubalah tudung yang nad baru beli. Adalah dalam tiga helai gitu..hahha..Perempuan biasalah, tudung dah banyak pun nak beli lagi. Lain tahin kang mula kemas dah bagi kat orang..hahah.. Tengah sibuk-sibuk cuba pakai, si kecil Fariza asyik tengok mommynya pakai tudung tu..hahhaa..Dalam hati mesti dia ingat maknya nak keluar jalan, sebab dia dah pantang tengok mommynya pakai tudung, ingat nak keluar.


Lepas nad dah habis cuba, pandang Fariza, tiba-tiba mommy ada idea untuk pakaikan dekat Fariza..hahaha..Kreatif juga mommy buat turban dekat anaknya..lilit dua kali dan siap..fuh cantikkk...Fariza macam biasa takde perasaan apa yang mommynya buat. Asalkan, mommy tak tinggalkan dia...hahaha..


Tengok sahaja muka pasrah dia..penat nad surih senyum..masih tak senyum..letih la nak oii..mak nak buat awok senyum..tapi pandai jugak dia posing..hehe

Sebenanrnya memang nad nak beli turban untik dia raya ni. Comel je tengok budak pakai turban. Dah besar sikit ajar dia pakai tudung. Kalau sekarang pakai tudung takut die rimas pulak.


Nad ada nampak turban comel sangat. Tapi belum whatsup lagi penjual tu..Raya kali ni sangat mengujakan sebab sebelum ni berdua sekarang bertiga. Semakin sibuk mommy..hehhe.Setiap momment itu amat berharga.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours