hai assalammualaikum

Biskut Beras Untuk Fariza - Sekarang Fariza dah 9 bulan, jadi dia dah mula makan bubur. Jadi tak perlu dah nak blend segala makanan dia. Kadang nad suap je nasi yang nad makan tu dekat dia, tapi dilenyekkan sikit atau nad kunyah dulu baru dia makan. Dia dah start makan biskut, kuih yang lembut. Usia 9 bulan ni dah berani la bagi dia semua tu, kalau tak sebelum ni takut betul nak bagi. Yela takut tercekik..huhuhu..seriau bila dia makan lepas tu tersedak..Sekarang, apa yang mommy dan daddy dia makan, dia pun mula buka mulut nak makan.



Jadi nad carilah biskut untuk dia makan supaya time kitaorang makan, takdela dia terliur tengoknya. Jadi pergi Tesco, cari tempat makanan bayi. Macam-macam makanan bayi ada. Puree pun ada jual sini..hahaa..Nad nampak biskut untuk baby. Mula tu fikir, boleh ke dia makan sendiri?? Lembut ke biskut ni?? Tak tertelan ke??..macam-macam dalam kepala ni ha. Risau, sebab kita tak biasa. Tapi mr mafia kata beli je, dia dah pandai dah..okla..kita ikutkan..

Suka dia dapat biskut tu..Pegang tak lepas hah..Nad beli Biskut Beras Baby Guide yang ada perisa sayur-sayuran. Dia tulis dekat situ mudah dihadam, tanpa pewarna, tanpa pengawet,tanpa lemak, tanpa gluten. Tapi tak tau la kan betui ke idok..huhuhu..Takpela yang penting Fariza ada benda nak dikudap.

Masa balik tu terus buka. Punya dikejarnya makanan tu. Mula nad rasa dulu, betul ke lembut dalam mulut bila di makan. Apa-apa biar maknya makan dulu, cuba dulu. Nad buat macam lambat je lembut..ahhaa..ok risau lagi..Tapi mr mafia cuba yakinkan nad " lembut tu, kan dia hisap dulu"..yela-yela..kita ngalah.


Bagi la dekat Fariza. Nasib lembut, sebab dia hisap lama-lama dulu. Nak tau, sekejap je dia habiskan biskut tu. Memang lapar dah budak ni. Memang nak makan jela..fuh..Suka muka dia tu dapat Biskut Beras ni.

Kalau pergi mana-mana nad bawak, sebab mudah kalau dia bising ke apa, bagi dia biskut ni..hehee..diamla. Kena beli stok banyak lagi. Nad pun nak belajar buat biskut baby ni. Macam banyak je resepi ni..huhu..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. sedapnya tgok Fariza makan. hehehe

    ReplyDelete
  2. Mak aii macam sedap pula tengok budak Fariza makan. Bila boleh dapat jumpa ni.. ;)

    ReplyDelete
  3. hai fariza :) good morning...

    kalu fariza byk makan, buat sendiri nad.
    better. jimat. bukan murah biskut baby, tau.
    ngalah kan biskut kita :)

    ReplyDelete